*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ http://www.parti-pas.org/mppas/soalan.html Minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hutang negara terkini mengikut pecahan hutang dalam dan luar negara serta hutang kerajaan dan swasta dan langkah-langkah yang diambil bagi melangsaikan hutang ini. Jawapan: Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, pada akhir bulan September 1999, jumlah hutang luar negara Malaysia berjumlah sebanyak RM165.6 bilion atau AS$43.6 bilion atau 59% daripada KNK. Manakala hutang dalam negeri adalah sebanyak RM207 bilion. Untuk hutang luar negara, hutang sektor swasta mencakupi kira-kira 54% iaitu RM90.1 bilion daripada jumlah hutang luar negara, manakala hutang sektor awam merupakan kira-kira 46% ataupun RM75.5 bilion daripada jumlah hutang luar negara. Objektif utama pengurusan hutang luar negara Malaysia adalah untuk mengawal saiz hutang luar negara pada tahap yang berpatutan demi mengurangkan beban khidmat hutang. Mengikut definisi Bank Dunia, nisbah jumlah hutang luar negara dengan KNK sesebuah negara yang kurang daripada 48% dianggap sebagai negara berhutang rendah, nisbah dalam lingkungan 48% hingga 80% adalah negara berhutang sederhana, manakala lebih daripada 80% merupakan negara berhutang tinggi. Pada akhir September 1999, Malaysia berada dalam kategori negara yang berhutang sederhana. Langkah-langkah cermat kerajaan yang diambil untuk menyelesaikan hutang luar negara adalah seperti berikut, Kerajaan Persekutuan sentiasa cuba membuat pembayaran hutang luar negara secara terpilih untuk mengurangkan jumlah hutang kerajaan dan beban khidmat bayaran balik hutang. Sebagai contoh, dalam tempoh 1977 hingga 1998, kerajaan telah membuat pembayaran balik awal hutang ataupun prepayment sebanyak RM16.5 bilion. Kerajaan sentiasa mengawasi dengan teliti perkembangan dalam pasaran kewangan antarabangsa untuk mengambil setiap peluang untuk memperolehi hutang luar negara yang baru dengan syarat yang lebih baik untuk membiayai semula hutang yang sedia ada ataupun refinancing. Dalam tempoh tahun 1977 hingga 1998, kerajaan telah membiayai semula hutang kira-kira RM10.2 bilion. Dari segi pinjaman sektor swasta, kelulusan Bank Negara diperlukan bagi pinjaman luar negara yang melebihi RM5 juta. Kelulusan hanya akan diberi kepada pinjaman untuk membiayai kegiatan produktif serta projek yang strategik dan juga untuk melabur yang akan menaja pendapatan pertukaran wang asing yang secukupnya untuk menjelaskan hutang-hutang berkenaan. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Aimi Diyana" <[EMAIL PROTECTED]>