*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minatk maaflah mencelah sikit. Ambo baru lagi di hizbi. Tak tahu pula ada isu
bani tamim atau kicap tamin. Tapi bagi ambo, yang penting ikhlas amalkan suruhan
Allah. Tentang bani tamim ke tentera, mahdi ke, tentera dajjal ke, kita boleh
ambik tahu tapi jangan "over-reaction" pulak. Dulu arqam dok gembar-gembur bab
mahdi leee, bani tamim leeee. nok jadi PM leeee,  lepas tu tok guru dia pulak
kata ajarannya sesat lagi menyesatkan. gitu pulok dooh. Pas tu, tok hakim zabidi
tulis buku pulak kata memang tok guru dia tu berangan walaupun peringkat awal
arqam, ianya jalan molek. Yang jadi mangsa, anak buah yang tak pandai yang habis
tergadai harta beri kat arqam, sampai tok hakim zabidi kata, dia pun tak tahu
nak cerita lagu mana ke anak buah yang dah tak ada apa-apa.

Jadi benda gini, kalau jadi lagu tu eloklah jangan nok memandai nok jadi tentera
mahdi ke, bani tamim ke....tapi kalau nok jadi tauke macam tauke kicap Tamin tak
ape. Kalau kita ikhlas, Allah tahu sapa DIA nok pilih jadi wali dan khalifah
NYA. Walau kita kata kita boleh buat business besar-besar atas alasan fardhu
kifayah, tapi sumber modal dari kezaliman ke atas makhluk Allah yang lain, tak
guno juga....lainlah kalau ikut syariat Marciavelli....matlamat menghalalkan
cara. Dok gitu cik awae ????

arjuna armada wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
>
> Saudara netters sekalian, saya fwd kan email ini sekali lagi atas permintaan
> beberapa netters yang tidak menerimanya. Saya juga dapati email ini tidak
> tersiar di hizbi atau Dakwah seminggu yg lalu. Mungkin ada kesilapan. Harap
> maklum. Wassalam.
>
> Pemuda Bani Tamim (24)
>
> Jawapan untuk En. Hanzala
>
> Assalamualaikum para netters sekalian,
>
> Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kesihatan dan kesempatan untuk
> hambaMu ini terus menulis di ruangan ini. Saya mohon maaf kepada para
> netters sekalian yang telah lama menunggu sambungan siri ini. Kelewatan ini
> disebabkan sedikit gangguan kesihatan yang berlaku terhadap saya.
> Alhamdulillah, Allah yang Maha Kuasa telah mengembalikan semula
> "pinjaman"Nya kepada saya.
> Setelah beberapa lama melihat gelagat En. Hanzala, izinkan saya untuk
> memberi beberapa pandangan dan jawapan berkenaan perkara ini. Lebih-lebih
> lagi ia menyentuh persoalan perjuangan Islam akhir zaman yang saya susun di
> dalam siri Pemuda Bani Tamim.
> Persoalan pertama yang ditimbulkan ialah kekhalifahan Islam tidak akan wujud
> kecuali masih ada Nabi. Kita adalah umat Muhammad SAW, Nabi penutup segala
> nabi dan rasul. Berpandukan kepada pesanan Rasulullah SAW sendiri, khalifah
> Islam akan muncul di akhir zaman dan membawa kekhalifahan itu ke seluruh
> alam. Ertinya Islam akan kembali gemilang di bawah pemerintahan khalifah
> yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Dialah Al Mahdi.
> Sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Said Al Khudri bahawa Nabi SAW bersabda: Di
> antara khalifah kamu ialah seorang khalifah yang membahagikan harta benda
> tanpa mengira-ngira." (Riwayat Tirmizi)
> Khalifah inilah yang akan zahir di akhir zaman ini, membenteras segala
> kezaliman. Mengisi dunia ini dengan keadilan sepertimana ia dipenuhi
> kezaliman sebelumnya.
> Tidak timbul soal adakah masih perlu Nabi di zaman ini kerana kerasulan
> Rasulullah SAW adalah kesempurnaan dan penutup.
> Firman Allah SWT bermaksud: "Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari
> seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan PENUTUP
> nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui." (Al Ahzab: 40)
> Kezahiran Nabi Isa a.s adalah kemuncak kegemilangan Islam di akhir zaman,
> tetapi zahirnya bukan dengan syariat yang lain, melainkan syariat Muhammad
> SAW. Antara peranan Nabi Isa a.s adalah untuk membunuh Dajjal.Sesungguhnya
> Nabi Isa a.s itu belum wafat dan akaan dikembalikan Allah di akhir zaman
> untuk menyelamatkan umat dari fitnah Dajjal.
> Allah SWT berfirman, bermaksud: "Mereka tidak membunuh Isa dan tidak pula
> menyalibnya (di kayu palang), tetapi hanyaalah penglihatan mereka sahaja.
> Bahkan Allah telah mengangkat Isa kepadaNya (diangkat ke langit). Dan Allah
> Maha Kuasa lagi Bijaksana." (An Nisa': 157-158)
> Orang Kristian mengatakan bahawa ajaran Kristian benar kerana Nabi Isa masih
> hidup? Barang dijauhkan Allah, janganlah kita menganggap bahawa Nabi Isa itu
> membawa ajaran Kristian, sebaliknya baginda membawa ajaran tauhid kepada
> Allah. Nabi Isa bukan Nabi orang kristian. Kristian telah menigakan (3)
> Tuhan, sedangkan Nabi Isa tetap membawa ajaran mengesakan Allah SWT.
> Walaupun ada Kristian yang tidak berpegang dengan trinity, mereka juga
> termasuk orang-orang yang tidak menerima ajaran Allah SAW dengan menolak
> Rasulullah SAW, Nabi dan Rasul yang akhir.
> Saya sendiri berpengalaman beberapa tahun berdakwah kepada orang-orang
> Kristian di Sabah, dan saya dapati berbagai corak Kristian terdapat di sana.
> Hujah yang En. Hanzala bawa itu telah lama tidak digunakan mereka. Hujah itu
> hanya sesuai untuk orang yang beriktikad bahawa Nabi Isa itu membawa ajaran
> Kristian.
> Di dalam hadis juga menyebut secara jelas, bahawa Al Mahdi dan Nabi Isa a.s
> itu adalah orang yang berlainan. Mana mungkin Mirza Ghulam Ahmad itu
> sekaligus Al Mahdi dan Nabi Isa.
> Kezahiran Al Mahdi mesti didahului oleh Fataa At Tamimi (Pemuda Bani Tamim)
> dari Timur, sedang Mirza tidak ada Pemuda Bani Tamim. Al Mahdi pula
> bersambung dengan kezahiran Nabi Isa a.s, sedang Mirza mengaku dia sendiri
> Nabi Isa. Kedatangan Nabi Isa bermula dari episod Al Mahdi diburu Dajjal,
> akhirnya turun Nabi Isa untu membunuh Dajjal. Mirza juga tidak bertemu
> situasi seperti itu.
> Al Mahdi dibaiah oleh Syuaib bin Soleh (Pemuda Bani Tamim) dan
> pengikut-pengikutnya dari Timur, Asoib dari Timur dan Khurasan, wali Abdal
> dari Syam, wali Nujabak dari Mesir. Termasuk 3000 malaikat dan Ashabul
> kahfi. Mirza tidak ada semua itu.
> Tidak salah bercita-cita dan berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di
> mukabumi ini, tetapi biarlah bersesuaian dengan kehendak Allah dan Rasul.
> Antara sifat Al Mahdi itu, dia dikenali dan diberitahu oleh golongan yang
> berbaiah dengannya, bukan mengisytihar dirinya sendiri, walaupun dia tahu
> dirinya Al Mahdi. Peristiwa ini berlaku ketika ia zahir kali pertama di
> Masjidil Haram di suatu musim haji. Di saat itu, umat Islam amat perlu
> kepada pimpinan, Al Mahdi masih tidak mahu mengakui dirinya sebagai Al
> Mahdi. Hinggakan disebut di dalam satu riwayat hadis, orang yang mengetahui
> dia itu Al Mahdi hendak membunuhnya jika tidak mahu mengaku. Akhirnya
> barulah beliau mengakuinya dan memimpin umat Islam. Perkara ini berlaku agar
> tidak mudah untuk seseorang itu mengaku dirinya Al Mahdi.
> Berbeza dengan Pemuda Bani Tamim, beliau mengisytihar diri sebagai Pemuda
> Bani Tamim apabila kekuasaan negara diserahkan kepadanya, iaitu sebuah
> negara di Timur.
> Setelah meneliti banyak hadis berkenaan akhir zaman, jelaslah tidak ada asas
> untuk meletakkan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Al Mahdi atau Nabi Isa a.s.
> Sementelahan beliau telah meninggalkan dunia yang fana' ini.
>
> Wassalam,
> Arjuna Armada
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "$haji" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke