resend

Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com


Kita meminta UMNO mengemukakan bukti bahawa ahli PAS membuat isyarat
lucah terlebih dahulu sebelum dia kemudiannya membuat isyarat lucah
sebagaimana yang didakwa oleh beliau.  Kalau ada gambar atau video klip
yang menunjukkan perbuatan tersebut, kita boleh terima.  Perlakuan
Adnan yang membuat isyarat sedemikina bukan sahaja terdapat dalam
bentuk gambar, malahan juga dalam bentuk video.  Ini membuktikan ianya
bukanlah gambar rekaan yang dihasilkan dalamasa 18 jam, tetapi gambar
yang sebenar yang disahkan oleh ramai orang.  Kalau UMNO mengambil masa
10 hari untuk menghasilkan gambar ahli PAS menunjukkan isyarat lucah,
maka ia bermakna gambar itu adalah gambar rekaan.

Seorang pemimpin yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin ialah seorang
yang berpekerti mulia, bersopan-santun dan berakhlak tinggi.  Seorang
yang tidak biasa menunjukkan isyarat lucah tidak mungkin sekali-kali
akan melakukannya.  Perbuatan yang spontan adalah lahir dari kebiasaan.
 

Saya pernah dua kali menghadiri penamaan calon.  Bagi pilihanraya
Sanggang saya tidak pula hadir, tapi kebiasaannya kita berlawan secara
gentleman.  Perlakuan menonggengkan ponggong adalah perbuatan yang
tidak gentleman langsung dan keanak-anakan.

Pesan bapa mertua saya, kalau orang buat jahat dengan kita, kita
hendaklah buat baik, agar orang tu segan dengan kita seterusnya datang
minta maaf.  Tapi nampak gayanya cara Adnan menangani orang yang
dikatakan kurang ajar terhadapnya amat dan lebih kurang ajar -
berlainan dari ajaran orang tua-tua.  Tidak pula kedengaran pihak
lawannya melawan balik isyarat tersebut sebagai tindak-balas terhadap
perbuatannya tapi menunggu masa dan ketika untuk menggunakan peluang
yang ada dari kesilapan beliau.

Seorang yang tidak dapat mengawal kemarahannya dan berselindung pula
disebalik kesilapannya, bukanlah seorang pemimpin yang baik.  Banyak
lagi kesilapan yang akan Adnan buat yang akan merosakkan imej UMNO
Pahang.  Jika UMNO ingin terus kekal di Pahang, sebaik-baiknya Menteri
Besar Pahang harus ditukar.  Mungkinkah kekalahan BN di beberapa DUN di
Pahang adalah akibat kebiadapan Adnan terhadap pengundi semasa tempoh
berkempen?  Mungkin juga Adnanlah punca kekalahan teruk BN di Pahang.

Ahli-ahli UMNO Pahang dan pengundi di DUN Sanggang harus menentang
penerusan Adnan sebagai Menteri Besar Pahang dengan menterjemahkan
dalam bentuk undi.  Biarlah rugi satu kerusi, asalkan imej UMNO tidak
terus terjejas.  Mungkin dengan hukuman yang diberikan oleh pengundi
Sanggang akan mengakibatkan Adnan dipecat dari jawatannya.  Maka UMNO
Pahang harus membantu ke arah itu.  Kalau menangpun ahli UMNO dapat
apalah sangat dan kalau kalahpun mereka tak rugi sangat, duit upah
merayu undi tetap dah dapat.



--- counterbalance <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  ISYARAT TANGAN LUCAH OLEH ADNAN TAK JEJAS PELUANG BN, KATA PAK LAH 
>   
> MENTAKAB, 23 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
> Abdullah Ahmad Badawi berkata penyebaran gambar Menteri Besar Pahang
> Datuk Seri Adnan Yakob sedang membuat isyarat tangan lucah oleh Pas
> tidak akan menjejaskan peluang Barisan nasional dalam pilihan raya
> kecil Sanggang 1 April ini. 
> 
> Katanya Adnan bertindak demikian dalam keadaan beliau dimaki-hamun
> dan diusik begitu keterlaluan oleh penyokong-penyokong Pas yang
> agresif. 
> 
> Abdullah berkata beliau sendiri tidak melihat Adnan membuat isyarat
> itu tetapi apabila mendengar mengenainya beliau bersimpati dengan
> Adnan. 
> 
> "Saya tak hairanlah kenapa dia melakukan sesuatu sebagaimana dia
> telah lakukan," katanya kepada pemberita selepas berceramah di
> kampung Desa Murni, Kerdau dekat sini malam tadi. 
> 
> Katanya perbuatan itu yang berupakan tindak balas Adnan terhadap
> isyarat lucah yang serupa oleh penyokong Pas sebelum itu bukanlah
> sesuatu yang boleh mempengaruhi pengundi. 
> 
> Ini kerana ada lebih banyak isu yang lebih besar daripada itu yang
> perlu diberikan perhatian. 
> 
> Pas hari ini telah menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan Adnan
> sedang membuat isyarat tangan lucah ditujukan kepada penyokong Pas
> semasa penamaan calon untuk pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh
> Selasa lepas. 
> 
> Gambar-gambar itu dikatakan telah diedar pagi semalam melalui
> Internet. 
> 
> Sementara itu, Adnan ketika memberi penjelasan berkata beliau membuat
> isyarat lucah itu dalam keadaan apa yang orang anggap "provokasi yang
> tiba-tiba". 
> 
> "Saya balas balik sebab cara menangani orang yang kurang ajar ialah
> dengan kurang ajar juga," katanya. 
> 
> Katanya beliau sendiri akan melihat gambar-gambar itu dari Internet
> untuk dibuat salinan bagi diedarkan kepada orang kampung semasa
> memberi penjelasan mengenai kempen kasar Pas terhadap BN yang memaksa
> beliau bertindak demikian. 
> 
> Beliau yang diberi tepukan oleh Abdullah, Menteri Penerangan Tan Sri
> Khalil Yaakob dan orang ramai selepas membuat penjelasan itu berkata
> " kita kena tengok keadaan bagaimana gambar itu jadi begitu." 
> 
> Menurutnya para penyokong Pas yang termasuk penyokong DAP dan parti
> Keadilan Nasional yang berhimpun di luar dewan penamaan calon telah
> mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Dr
> Mahathir Mohamad dan mencerca BN dengan kata-kata "mampus Barisan"
> dan "hancur Barisan" serta "Adnan Samseng". 
> 
> "Pada mulanya saya diam dan masih senyum kepada mereka sehinggalah
> seorang daripada penyokong Pas itu menunjukkan isyarat lucah kepada
> saya," tambahnya. 
> 
> --BERNAMA 
> 
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> 
> 
> ---------------------------------
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com


Kirim email ke