Nampaknya boss dia pun sokong, 2 X 5 lah tu.





counterbalance <[EMAIL PROTECTED]> on 03/23/2000
01:29:59 PM

To:   [EMAIL PROTECTED]
cc:    (bcc: HUWAZI/QA/MSMM)
Subject:  H-Net* Isyarat tangan lucah oleh adnan tak jejas
      peluang BN, kata Pak Lah




Note: Some recipients have been dropped due to syntax errors.
Please refer to the "$AdditionalHeaders" item for the complete
headers.




 ISYARAT TANGAN LUCAH OLEH ADNAN TAK JEJAS PELUANG BN, KATA PAK
LAH

MENTAKAB, 23 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi berkata penyebaran gambar Menteri Besar
Pahang Datuk Seri Adnan Yakob sedang membuat isyarat tangan lucah
oleh Pas tidak akan menjejaskan peluang Barisan nasional dalam
pilihan raya kecil Sanggang 1 April ini.

Katanya Adnan bertindak demikian dalam keadaan beliau
dimaki-hamun dan diusik begitu keterlaluan oleh
penyokong-penyokong Pas yang agresif.

Abdullah berkata beliau sendiri tidak melihat Adnan membuat
isyarat itu tetapi apabila mendengar mengenainya beliau
bersimpati dengan Adnan.

"Saya tak hairanlah kenapa dia melakukan sesuatu sebagaimana dia
telah lakukan," katanya kepada pemberita selepas berceramah di
kampung Desa Murni, Kerdau dekat sini malam tadi.

Katanya perbuatan itu yang berupakan tindak balas Adnan terhadap
isyarat lucah yang serupa oleh penyokong Pas sebelum itu bukanlah
sesuatu yang boleh mempengaruhi pengundi.

Ini kerana ada lebih banyak isu yang lebih besar daripada itu
yang perlu diberikan perhatian.

Pas hari ini telah menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan
Adnan sedang membuat isyarat tangan lucah ditujukan kepada
penyokong Pas semasa penamaan calon untuk pilihan raya kecil
Sanggang di Temerloh Selasa lepas.

Gambar-gambar itu dikatakan telah diedar pagi semalam melalui
Internet.

Sementara itu, Adnan ketika memberi penjelasan berkata beliau
membuat isyarat lucah itu dalam keadaan apa yang orang anggap
"provokasi yang tiba-tiba".

"Saya balas balik sebab cara menangani orang yang kurang ajar
ialah dengan kurang ajar juga," katanya.

Katanya beliau sendiri akan melihat gambar-gambar itu dari
Internet untuk dibuat salinan bagi diedarkan kepada orang kampung
semasa memberi penjelasan mengenai kempen kasar Pas terhadap BN
yang memaksa beliau bertindak demikian.

Beliau yang diberi tepukan oleh Abdullah, Menteri Penerangan Tan
Sri Khalil Yaakob dan orang ramai selepas membuat penjelasan itu
berkata " kita kena tengok keadaan bagaimana gambar itu jadi
begitu."

Menurutnya para penyokong Pas yang termasuk penyokong DAP dan
parti Keadilan Nasional yang berhimpun di luar dewan penamaan
calon telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan mencerca BN dengan kata-kata
"mampus Barisan" dan "hancur Barisan" serta "Adnan Samseng".

"Pada mulanya saya diam dan masih senyum kepada mereka
sehinggalah seorang daripada penyokong Pas itu menunjukkan
isyarat lucah kepada saya," tambahnya.

--BERNAMA

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM


---------------------------------
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

ISYARAT TANGAN LUCAH OLEH ADNAN TAK JEJAS PELUANG BN, KATA PAK LAH

 

MENTAKAB, 23 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata penyebaran gambar Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yakob sedang membuat isyarat tangan lucah oleh Pas tidak akan menjejaskan peluang Barisan nasional dalam pilihan raya kecil Sanggang 1 April ini.

Katanya Adnan bertindak demikian dalam keadaan beliau dimaki-hamun dan diusik begitu keterlaluan oleh penyokong-penyokong Pas yang agresif.

Abdullah berkata beliau sendiri tidak melihat Adnan membuat isyarat itu tetapi apabila mendengar mengenainya beliau bersimpati dengan Adnan.

"Saya tak hairanlah kenapa dia melakukan sesuatu sebagaimana dia telah lakukan," katanya kepada pemberita selepas berceramah di kampung Desa Murni, Kerdau dekat sini malam tadi.

Katanya perbuatan itu yang berupakan tindak balas Adnan terhadap isyarat lucah yang serupa oleh penyokong Pas sebelum itu bukanlah sesuatu yang boleh mempengaruhi pen! gundi.

Ini kerana ada lebih banyak isu yang lebih besar daripada itu yang perlu diberikan perhatian.

Pas hari ini telah menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan Adnan sedang membuat isyarat tangan lucah ditujukan kepada penyokong Pas semasa penamaan calon untuk pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh Selasa lepas.

Gambar-gambar itu dikatakan telah diedar pagi semalam melalui Internet.

Sementara itu, Adnan ketika memberi penjelasan berkata beliau membuat isyarat lucah itu dalam keadaan apa yang orang anggap "provokasi yang tiba-tiba".

"Saya balas balik sebab cara menangani orang yang kurang ajar ialah dengan kurang ajar juga," katanya.

Katanya beliau sendiri akan melihat gambar-gambar itu dari Internet untuk dibuat salinan bagi diedarkan kepada orang kampung semasa memberi penjelasan mengenai kempen kasar Pas terhadap BN yang memaksa beliau bertindak demikian.

Beliau yang diberi tepukan oleh Abdullah, Menteri Penerangan ! Tan Sri Khalil Yaakob dan orang ramai selepas membuat penjelasan itu berkata " kita kena tengok keadaan bagaimana gambar itu jadi begitu."

Menurutnya para penyokong Pas yang termasuk penyokong DAP dan parti Keadilan Nasional yang berhimpun di luar dewan penamaan calon telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan mencerca BN dengan kata-kata "mampus Barisan" dan "hancur Barisan" serta "Adnan Samseng".

"Pada mulanya saya diam dan masih senyum kepada mereka sehinggalah seorang daripada penyokong Pas itu menunjukkan isyarat lucah kepada saya," tambahnya.

--BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke