*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ada yang bertanya apa yang dilakukan untuk membuang
program yang berjalan secara automatik.

Beginilah. Program boleh dijalankan secara Automatik
bila Windows bermula, dengan pelbagai cara.

Waktu zaman DOS ada 2 fail config.sys dan autoexec.bat
config.sys ini untuk system program macam himem.sys
emm386.exe dan autoexec.bat ni ini applikasi macam
anti-virus dan doskey. (Rindunya kat DOS)

Untuk Windows 3.0 dan 3.1 dan 3.11 (untuk network)
Ditambah lagi system.ini dan win.ini . system.ini
ini untuk system dan win.ini untuk applikasi lain
hendak simpan config mereka.

Bila Win95 dilancarkan satu lagi bertambah Registry.
Registry juga ada dalam Win NT. Tapi terlalu complex
sangat.

Bagi pengguna Win95/98 untuk melihat config.sys dan
autoexec.bat system.ini dan win.ini gunakan

sysedit

Bagi registry taip

regedit

AMARAN. Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada
2 program ini. Salah edit boleh rosakkan sistem. Haris
dan sahabat-sahabat yang lain tidak dapat membantu dan
bertanggungjawab. DO IT AT YOUR OWN RISK.


Program boleh dijalankan dalam mana-mana fail-fail ini.
Kalau program cyber. Mungkin nama programnya cyber.
Boleh cuba cari.

Untuk cari program ini dalam autoexec.bat dan win.ini
(Jangan sentuh dulu config.sys dan system.ini, selalu
tidak ada kat situ). Gunakan sysedit dengan  menaip
pada start -> run -> open:

Bagi Autoexec.bat cari baris yang mungkin program cyber
delete satu baris tu.

Bagi win.ini cari baris-baris ini

[windows]
load=
run=

Jika ada program hendak dijalankan selalu lepas perkataan
load= atau run= . Buangkan yang lain tinggalkan load= atau
run=

CONTOH 

[windows]
load=cyber
run=cyber

Buang cyber tinggalkan seperti contoh ini.

[windows]
load=
run=


Lepas edit savekan

==========================


Untuk registry pula. Kena gunakan regedit
Taip regedit pada start -> run -> open:

Kita boleh gunakan search  untuk cari keyword
Cyber. Gunakan F3 untuk teruskan carian.

delete pada windows sebelah kanan, baris mana yang
tidak berkenaan. Hati-hati ya. sekali delete
tidak boleh patah balik.

Cadangan diatas bahaya kerana kita tidak tahu
apa kesannya pada Win95/98.

Cuba cari pada key ini.

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run

Ia bermaksud pergi kepada folder registry CURRENT_USER ->
Software -> Microsoft -> Windows -> CurrentVersion -> Run

Nanti dipintu sebelah kanan ada baris applikasi yang akan
dijalankan setiap kali win95/98 bermula. Delete baris
yang ada cyber.

Juga kena cari juga dibawah :-

HKEY_LOCAL_MACHINE

Tuju kepada
\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\

Ada folder 

Run, RunOnce, RunService RunOnceex Runservicesonce

Cari dalam folder-folder ini baris program cyber
dan delete.

Juga dalam 

HKEY_USERS

Cari folder
\.Default\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run


==========================

Program juga boleh dijalankan melalui start Menu.
Program-program perlu berada dibawah

START -> Programs -> StartUp

Untuk membuang program yang kita tidak mahu.
Tekan kunci kanan tetikus pada butang START
Haris suka pakai Open. (explore pun boleh)
Pilih folder Programs. Kemudian pilih folder
Startup. Cari shotcut program yang kita mahu buang.
(Ada lambang anak panah kecil). Delete aje shotcut itu.


Setakat ini sahaja. Sebarang pertanyaan boleh tanya
dalam dunia-digital. Yang hendak sertai boleh hantarkan
email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

Haris juga kumpulkan senarai kumpulan sokongan komputer
melalui email. Hantarkan email kosong kepada Autoresponder Haris
di alamat [EMAIL PROTECTED]

mailto:[EMAIL PROTECTED]

Wassalam.


: )

31 Mar 2000








Auoresponder berada di [EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
http://hafnie.cjb.net

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke