*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum,

Jadi ka tak jadi debat antara Ustaz Asri dan Astora Jabat, inilah persoalan
yang hangat dibualkan orang sekarang.

Malam tadi, ketika menanti masuk waktu maghrib, saya berbual-bual dengan
teman-teman dan pakcik-pakcik pencen di perkarangan masjid; isu yang sama
dibangkitkan. Jadi ka tak jadi debat antara Astora Jabat dan Ustaz Asri?

Satu suara berkata bahawa beliau mendapat maklumat yang si Astora Jabat & co
sudah pun menempah bilik hotel di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Perai. Satu
suara lagi berkata bahawa beliau mendengar dari mulut seorang ustaz R, kawan
baik ustaz Asri mengatakan debat itu tak jadi sebab si Astora Jabat TAK
DAPAT hadir.

Kata hamba Allah itu juga:
'Astora Jabat sudah ada segala jenis media, cakap saja TV mana dia nak
masuk, radio mana dia nak cakap, semua boleh pakai. Tak kan kot dia nak mai
debat dengan Ustaz Asri tak pasai-pasai, bukan nak dapat apa-apa publisiti
pun!'

Jadi ka tak jadi ka, sama-samalah kita tunggu 8 April ini, bolehlah pi
jenguk markaz Al-Imam Ibnu Qayim kat Mengkuang Bukit Mertajam tu. Jadi ka
tak jadi ka, isu debat antara Ustaz Asri dan Astora Jabat menyebabkan orang
jadi curious siapa dia depa 2 orang ini.

Ini sedikit coretan saya, apa yg saya tahu pasal depa 2 orang ni:

1: Ustaz Asri:

Ustaz Asri adalah seorang Ustaz yang paling saya hormat, paling saya respect
dan yang paling saya kagum serta yang paling saya admire di kalangan semua
Ustaz-Ustaz yang pernah saya ikuti kuliah atau ceramah mereka. Sebelum itu,
dimaklumkan bahawa saya hanyalah jemaah biasa, Ustaz Asri tak kenai pun
siapa saya.

Saya ingat lagi kata-kata beliau dalam satu kuliahnya di masjid batu,
kampung Pertama yang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Ketika
mengulas mengenai sikap sesetengah orang (Ustaz, penceramah, pemimpin & kita
semua) yang berdegar-degar bercakap pasal jihad tapi takut ke depan, beliau
berkata:

'Syeikh, syeikh janganlah hanya berani cakap berdebum berdebam ajak orang
turun jihad, tapi bila mai jihad depan mata, syeikh suruh orang pi dulu,
syeikh cuma dok tengok dari belakang!'

Saya tersentak dan jadi kagum dengan beliau apabila mendengar ucapannya ini,
kerana sesungguhnya ketika berlaku PANGGILAN JIHAD di Pulau Pinang 2 tahun
yang lepas, beliau adalah antara yang paling terkehadapan...

Saya yakin, andai ditakdirkan AMBON meletus di Tanah Melayu, kita insyaallah
akan dapat melihat wajah beliau yang berserban dan berjubah putih ini duduk
di barisan hadapan. Allah hu akbar!

Kerana itu, saya tak heran apabila dalam banyak-banyak ORANG-ORANG PANDAI
AGAMA di Tanah Melayu ini, Ustaz Asri yang pertama turun ke gelanggang
mencabar saudara Astora Jabat. Insyaallah yang hak akan terserlah mengatasi
yang bathil.

2. Astora Jabat:

Minta maaf saya tak dapat nak tulis panjang pasal Astora Jabat walau pun
keturunan kami bersasal dari tempat yang sama; cuma cukup saya katakan
Astora Jabat cumalah seorang opportunist yang cuba mengambil kesempatan di
atas suatu perjuangan yang sudah kita ketahui tiada lagi mendapat dokongan
daripada alim ulamak dan majoriti orang Islam di Malaysia.

Mungkin cerita dari USM ini boleh kita jadikan renungan:

'Menurut cerita, ada orang telah berjaya hack ke dalam sistem komputer
peribadi Astora Jabat, dan mereka telah menjumpai link-link yang telah
dilawati oleh beliau. Masyaallah, kebanyakannya adalah site-site lucah!!'

Email yang bertajuk 'Tok Ayah' (saya sendiri belum melihatnya) yang
menceritakan tentang link-link tersebut dikatakan sedang pantas beredar di
internet sekarang. Kiranya siapa yang ada email tersebut, sudilah kiranya
forwardkan kepada kita semua. Bukan untuk apa, cuma sebagai renungan....

Wallah hu aklam
Ibrahim

______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to