*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

    Keputusan pilihanraya Sanggang telah pun di ketahui. Apa yang perlu
kita ketahui ialah:

A) Undi yang di dapati oleh PAS berkurang hanya 190 sahaja berbanding
dengan pilihanraya umum yang lalu.

B) Wang yang dibelanjakan untuk pilihanraya ini adalah LUAR BIASA
jumlahnya dan ianya berjaya membeli undi dari pengundi2 baru.

C) Banyak kes di mana pengundi2 baru mendapati nama mereka tiada di
dalam senarai daftar mengundi.

D) Pengundi2 Cina masih mengundi BN atas tohmah2 dari MCA dsbnya.

E) PAS dan BA terpaksa berlawan dengan POLITIK WANG yang luar biasa
banyaknya.  Ramai pengundi2 muda telah siang2 di sogok dengan wang yang
sangat banyak menyebabkan mereka telah beralih ke sebelah sana.

F) Rakyat di Sanggang rata2 nya adalah penoreh getah,  Di musim hujan
ini income mereka berkurang dan menjadikan mereka termakan dengan
politik wang.  Faktor yang tidak menyebelahi PAS adalah faktor politik
wang yang luar biasa jumlahnya.

G) Perlu juga kita ingat bahawa method yang digunakan oleh BN tidak
dapat digunakan semasa pilihanraya umum kerana jumlah wang yang di
gunakan adalah tinggi untuk sebuah DUN.  Jadi, kemungkinan mereka tidak
dapat membeli undi sebagaimana mereka membeli undi di waktu pilihanraya
kecil ini.

F) Faktor isu tidak memberikan apa2 faedah kepada PAS dan BA kerana
faktor ini dengan mudah menenggelami faktor POLITIK WANG.

G) PAS tidak kalah dengan BN tetapi PAS kalah dengan WANG.

H) Mungkin PAS selepas ini perlu mengurangkan ceramah dan lebih
menumpukan kepada rumah ke rumah dan juga kepada ceramah kelompok yang
lebih INTERPERSONAL.

I) Jentera tempatan PAS juga hampir2 tidak bergerak kerana sejak awal2
lagi orang kampung telah ditakutkan serta di sogok dengan wang yang
banyak sekali.

Juga janganlah kita lupa HIKMAH di belakang kemenangan BN ini iaitu:

A) Mahathir dan kuncunya akan tetap berada di kepimpinan UMNOI
menyebabkan mereka akan berpecah lagi.

B) Kezaliman BN akan tetap terus berlaku menyebabkan BN masih tetap
ditolak rakyat.

C) BN hanya boleh menang apabila orang melayu tetap dibelenggu
kemiskinan dan kemelaratan.
KAlau tidak orang melayu akan menolak BN dengan mudah.

D) Anak2 yang bekerja di KL mesti memastikan wang di hantar ke ibu-bapa
mereka di kampung setiap bulan bagi meringankan kemiskinan orang tua
kita.

E) PAS dan BA mesti menjalankan program2 bagi anak2 muda kampung supaya
mereka tidak mudah di beli oleh BN.

Sentiasa lah mengingati ALLAH supaya kita tidak putus asa di dalam
menghadapi kekalahan ini.

Wallahualam.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke