*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….sambungan…….

 Maka sabda Rasulillah s.a.w.,”Pertama-tama;
disempitkan ALLAH dalam kuburnya dan dipicitkan
ALLAH.”
[ Yang pertama ALLAH bagi kuboq sempit,kemudian ALLAH
ramas jasad kita.Cuba tuan-tuan ambik kertas
selai,kemudian tuan-tuan ramas kertas tu,apa jadi?
Keronyok habih la jawabnya kertas tu,tuan-tuan.Macam
tu lah juga nanti jadi kat jasad kita tuan-tuan;
badan-badan kita dan segala tulang temulang kita habih
dipatah-patahkan oleh malaikat. 
Muslimin/muslimat yang dirahmati ALLAH.Pernah satu
ketika di zaman kekhalifahan Saiyyidina Abu Bakr
as-Siddiq; terjadi satu peristiwa yang menggemparkan
penduduk dipersekitaran kota Madinah.Ketika itu ada
satu kematian; seperti biasa lah,selepas
dimandi/dikapan,jenazah itupun
disembahyangkan.Kemudian,selepas disembahyangkan,orang
pun nak angkatlah keranda tu untuk dikebumikan.Tapi
tiba-tiba tergamam semua orang bila keranda  itu
bergerak-gerak.Kemudian,Saiyyidina Abu Bakr pun suruh
sahabat-sahabat yang lain buka keranda tu; bila saja
dibuka,pakat terkejut semua orang bila ada seekor ular
sedang membelit jenazah dalam keranda itu.Lalu,bila
terpandang saja ular,maka sahabat pun masing-masing
pakat cabut pedang la,nak bunuh buang ular tu.Tapi
ditakdirkan ALLAH SWT,tiba-tiba ular tu boleh
bercakap,”Lailla haillallah,Muhammadur Rasulullah.”
Kemudian kata ular tu lagi,”Pasai apa kamu nak bunuh
aku pulak? Apa dosa yang aku buat kat hangpa? Aku mai
duduk dalam keranda  ni pasai ALLAH yang suruh aku
belit/patuk jenazah ni.Bukan saja-saja aku nak
mai,tapi ALLAH yang suruh.”…Bila saja  Saiyyidina Abu
Bakr dengar ular kata macam tu,dia pun tanya ular
tu,”Tadi kamu kata ALLAH yang suruh kamu belit/patuk
jenazah ni,tapi apakah kesalahan yang dibuat oleh
simati ni semasa hidupnya,sehingga dia diazab sebegini
rupa?”…Kata ular tu,”Simati ni ada 3 kesalahan yang
dia buat semasa hidupnya.Yang pertamanya ialah dia tak
teringat langsung nak sembahyang jemaah di masjid,dia
hanya sembahyang di rumah,walhal setiap waktu dia dok
dengar muazzin mengumandangkan azan.” Memang la ada
hadis Nabi yang mengatakan jangan buat rumah kita
seperti kubur.Maknanya,dalam rumah pun kita kena
sembahyang.Tapi yang dimaksudkan disini,semua
sembahyang sunat seperti
tahajjud,taubat,istikarah,tasbih,hajat,witir dan kalau
boleh sembahyang ba`diyah pun kita buat kat rumah.Nabi
s.a.w. hanya 2-3 kali saja buat sembahyang sunat di
masjid,itupun pasai nak ajar sahabat.Oleh itu,selain
daripada sembahyang sunat yakni semua sembahyang
fardhu,hendaklah didirikan di masjid.Jadi,berbalik
kepada cerita ular tadi; simati tu sembahyang tak?
Tuan-tuan,simati tu sembahyang orangnya.Tapi dia
sembahyang di mana? Dia sembahyang di rumah.Sembahyang
di rumah pun kena azab,macamana pula halnya dengan
yang kelam kabut tak sembahyang? Takut tuan-tuan,saya
cukup punya takut bila dengaq cerita ni pasai kita pun
biasa dok buat sembahyang fardhu di rumah.
Lepas tu kata ular lagi,”Kesalahannya yang kedua ialah
dia ada banyak harta,tapi tak pernah bawa keluar
zakat.” Hah,yang ni,para-para bendahari mau ushar
kuat.Tak kira lah,Bendahari masjid ka,bendahari
koperasi ka,bendahari khairat kematian ka; bila mai
cukup setahun dan cukup haul,maka zakat mesti mau
bayar.Kalau tidak,semua ahli jawatankuasa punya
sembahyang,ALLAH tak terima.
Kemudian kata ular lagi,”Dan yang ketiga ialah dia tak
pernah dengar apa alim ulama kata.”…Ingat tadi tak
dak,rupanya ada juga orang macam ni.Bagi dia,alim
ulama ni hanyalah sebagai pemecah-belah
masyarakat.Yang para ulama dok cerita pasai
dosa/pahala,syurga/neraka; semua ni mengarut bagi dia.
Maka kata ular,”Aku diutus untuk patuk jenazah ni
kerana 3 kesalahan yang dilakukannya ni lah.” ]
     “Yang kedua; digelapkan ALLAH atasnya akan
kuburnya.Dan yang ketiganya; digeruhkan dengan dia
akan suatu malaikat,menyeksa akan dia dalam kuburnya
hingga hari qiamat.”
[ Disamping dia kena himpit hingga berselisih tulang
rusuknya,dan gelap pula kuburnya; kini mai pulak
malaikat untuk godam dia sampai hari
qiamat.Maknanya,azab bukannya dok kurang,tapi semakin
bertambah-tambah. ]
     Kata setengah ulama; disuruhkan ALLAH SWT atasnya
dalam kubur satu ular yang besar,iaitu namanya
‘Suja`ul Akra’.
[ Hari tu ada syeikh mana tak tau,dia kata,”Woi! mana
boleh,tak logiklah ulaq besaq dok dalam petak kuboq
sempit tuuu.” Kita,jangan dok tanya la tuan-tuan;
bolehkah satu ular yang besar boleh duduk dalam kuboq
yang sempit? Pasai,kita punya roh bukan duduk dalam
tanah tu,tuan-tuan; sebenarnya roh dok ada di alam
Barzakh.Yang dikatakan alam Barzakh ni,ia amatlah luas
kalau nak dibandingkan dengan alam dunia yang sempit
ni.Oleh itu,tak mustahil lah kalau ALLAH boleh bawa
mai satu ulaq yang amat besar untuk mengazabkan kita
di alam Barzakh kelak. ]
     “Nama ular itu ialah ‘Suja`ul Akra’.”
[ Suja` bermakna berani.Dan Akra bermakna kepala
botak.Jadi,Suja`ul Akra ni adalah satu ular yang
berani dan berkepala botak.Dengan namanya sahaja,kita
boleh tau yang ular ni cukup punya ‘cenge’. ]
     Matanya daripada api neraka dan kukunya daripada
besi.Panjangnya setiap satu kuku adalah setengah
daripada perjalanan sehari.Dan adalah sertanya pemukul
daripada besi.Maka berkata ia bagi mayat itu,suaranya
seperti petir yang amat keras.Padahal berkata
ia,”Disuruhkan akan daku oleh Tuhan ku,bahwa aku pukul
akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang Subuh
hingga sampai kepada waktu Zohor.”
[ Yang ni yang dikatakan tak zalimnya ALLAH SWT.Kalau
ALLAH kata masuk neraka,mesti Dia bagitau sebab apa
masuk neraka.Kalau ALLAH bagi masuk syurga,ALLAH mesti
bagitau pasai apa hang boleh masuk syurga.
Maka dengan kerana itu,samalah juga dengan apa yang
dibagitau oleh ular Suja`ul Akra ini.Kalau dia
pukoi,dia bagitau pasai apa dia pukoi kita. ]
     “Kemudian,aku pukul akan dikau sebab engkau
meninggalkan sembahyang Zohor hingga Asar.Aku pukul
akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang Asar
hingga Maghrib.Dan aku pukul akan dikau sebab engkau
meninggalkan sembahyang Maghrib hingga Isya`.Dan aku
pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang
Isya` hingga Subuh.Maka tiap-tiap satu pukul
itu,termasuk ke dalam bumi 70 hasta.”
[ Tuan-tuan; DUMMM! Sekali kata dia ‘sedeqah’,terbenam
kita ke dalam buni 70 hasta.Jadi,berapa kali kita nak
kena pukoi sehari semalam? Nak tau kalu; cuba kita
tanya diri sendiri,berapa lamakah kita tak sembahyang
yakni sejak kita baligh hingga sekarang? Cuba
calculate tengok.Kalau dapat satu angka,maka angka tu
pulak kena kali dengan 5,pasai kita nak kena ‘sedeqah’
5 kali sehari.ALLAHUAKBAR,tak sanggup saya,tuan-tuan.
]
     Maka dimasukkan oleh malaikat (ular) itu akan
kukunya ke bumi,maka mengeluarkan ia akan dia;
kemudian dipukul akan dia.Maka sentiasalah dalam
pukulan malaikat itu hingga hari qiamat.
[ Maknanya,Tuhan tak bagi masa untuk kita
rest.Tuan-tuan,kalaulah ada satu kematian dan kita tau
bahwa simati  tu bukan jenis orang sembahyang
punya,maka dia akan start kena balun sebaik saja adik
beradik serta rakan taulannya meninggalkan tanah
perkuburannya,sammmpaiii lah matahari naik kot
barat.Sebab itu dalam satu hadis Qudsi,ALLAH bagitau
bahwa yang kata kuboq ni,memanglah di atasnya nampak
tenang sahaja seolah-olah semua penhuninya sedang
tidoq/relax; tetapi di dalamnya sebenar adalah kelam
kabut; dengan dok keriau,tangisan dan macam-macam lah
tuan-tuan; hanya ALLAH sahaja yang Maha mengetahui.
Kalau atas dunia ni,ALLAH nak try kita punya daya
tahan.Dia tak payah pukoi kita aih.Dia hanya bagi kita
kena migran 4 jam cukup la tuan-tuan.Sapa pernah kena
migran,dia tau la macamana punya sakit kepala.Dengan
sakit sampai mata naik merah,urat keting sampai
timboi,kening satu macam punya naik lagu mana ‘Stone
Cold’,nak tidoq  mata tak boleh lena,makan ubat tak
reda jugak,punya la sakit kepala sampai anak bini
rumahtangga pun tak kenai dah; ALLAH bagi 4 jam sahaja
pun kira tak sanggup nak tahan dah,inikan pulak dok
kena DUMMM! DUMMM! DUMMM!, tiap-tiap hari dalam kuboq
sampai hari qiamat.Bila nak qiamat? Tak tau; hanya
ALLAH saja yang tau. ]
     Adapun siksa pada ketika bertemu dengan Tuhannya
adalah pecah sekelian langit,maka datanglah satu
malaikat yang menyeksanya dan adalah pada tangannya
rantai sepanjang 70 hasta.Maka menaruh ia akan dia di
tengkoknya,kemudian memasukkan ia akan dia pada
mulutnya dan mengeluarkan ia daripada
duburnya.Kemudian dihelanya sekali,tertiaraplah atas
mukanya; dan sekali,terlentanglah atas
belakangnya.Padahal menyeru ia dan katanya,”Inilah
balasan orang yang meninggalkan segala yang
difardhukan oleh ALLAH.”
[ Bila ada sahabat tanya lagu mana pula halnya bila
kita bangkit bertemu dengan ALLAH.Maka kata Nabi
s.a.w. bahwa ALLAH nanti ambik rantai besi dan perosok
masuk kot mulut dan kemudian tarik keluar kot lubang
dubur,kemudian jerot pulak tang leher dan tarik serupa
anjing.Sekali malaikat rentap,muka tersembam atas
lantai.Sekali malaikat tarik,kepala terlentang atas
lantai.Masa dok tarik tu,malaikat nanti hina kita
sekali,pasai benda fardhu kita tak buat langsung. ]
     Kemudian membawa ia dengan dia masuk ke neraka.  
    
  Dan kata lagi daripada Saiyyidina Abdullah bin Abbas
r.a.,”Jikalau ada satu cincin daripada rantai tersebut
itu jatuh di atas bumi,nescaya terbakarlah akan bumi
ini dengan sekelian isinya.”
[ Ibnu Abbas ni adalah seorang sahabat yang Nabi
s.a.w. sendiri jamin tafsirannya.Hatta sehinggakan
Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq pun bila mai satu
masalah nak tafsir satu ayat,beliau pi jumpa Ibnu
Abbas r.a.
Jadi bila Ibnu Abbas kata bahwa bila satu kalung
rantai tu jatuh ke bumi,lalu hancurlah 7 petala
langit/bumi; maka ini bermakna apa akan jadi bila
rantai tu masuk kot mulut kita ni; mau tak hancur
luruh seluruh isi perut kita. ]
     Dan yang keduanya; tiada ditilik ALLAH kepadanya
dengan tilik rahmat di atas azabnya.
[ Tuhan tak pandang dah kat dia; biar padan muka dia.
]
     Dan yang ketiga; tiada diampun ALLAH atasnya dan
baginya siksa yang amat pedih.
[ ALLAH tak mau ampun dosa dia dan berkekalanlah orang
yang tak sembahyang ni dalam neraka sehingga sampai
satu tempoh masa yang rasa ALLAH nak bebaskan dia,maka
barulah dibebaskanNya dia.
Muslimin/muslimat sekelian,maka ingatlah bahwa sehari
akhirat itu bersamaan dengan 1000 tahun di dunia.Kalau
kita dok 10 hari dalam neraka,maka seperti 10,000
tahun di dunia.ALLAHUAKBAR.Jadi,kalau sapa-sapa nak
tempah azab ni,maka silalah buat melawak main dengan
ibadah sembahyang.Sapa pun,tak kiralah; kalau buat
saja sembahyang,maka ada ganjarannya.Tapi kalau tak
buat sembahyang,maka tunggulah balasanNya. ]
     Wahai sekelian saudaraku,beriman kamu kepada
ALLAH dalam hati dan buktikan lah dengan amalan
kamu.Betapa hal,berani meninggalkan sembahyang? Dengan
umpama siksa yang tersebut dalam Quran dan hadis
ini,maka tiada seorang yang berani meninggalkan
sekelian fardhu. 
[ Penulis kitab ni iaitu Abdul Wahab al-Syakrani
bagitau bahwa dengan bawa mai dalil lagu ni,maka tak
dak lah orang yang berani lagi tinggalkan
sembahyang.Kalau lagu ni punya dok bagitau pun,depa
tak mau sembahyang jugak,maka bukanlah orang ia itu. ]
     Melainkan orang yang tiada punya iman,maka orang
yang tiada mempunyai iman itu adalah ‘kafir’.
[ Direct punya bagitau.Penulis kitab ini kata bahwa
kalau orang Islam mengaku dia Islam,maka dia akan
sembahyang.Tapi kalau hang tak sembahyang,maka hang
ingkar kepada ALLAH,bermakna hang bukan Islam.Betoi la
tu; pasai hang tak sembahyang,dan hindu Kampung Rawa
pun tak sembahyang jugak.Jadi,apa bezanya hang dengan
hindu Kampung Rawa? Bezanya kat IC saja la,kan.Depa
thaipusam pecah nyok,hang pulak pi kopek nyok tu. ]
     Inilah nasihat yang hamba sebut akan dia pada
sekelian saudara yang Islam; jangan sekali-kali
meninggalkan sembahyang.Dan jangan meninggalkan bayar
zakat; dan jangan tinggalkan puasa Ramadhan; dan
jangan tinggalkan haji ke Baitullah jika kuasa
berjalan kepadanya.Kerana agama Islam diperbuat ia
diatas 5 rukun asasi.Seperti mengucap dua kalimah
syahadah,mendirikan sembahyang  5 waktu,membayar
zakat,puasa Ramadhan dan menunaikan haji.
[ Jadi tuan-tuan,kita sebagai bapa,kira mau jaga
baik-baik.Anak yang kat rumah tu,kita mau dok pesan
selalu kat depa,mesti mau sembahyang.Janganlah dengan
terlampau sayang kat anak-anak sampai tak mau tegur
langsung depa tak sembahyang.Kalau depa tak sembahyang
 Asar misalnya; kalau kita tak tegur,maka kita adalah
bapa yang dayus.Tapi kalau ada orang lain yang nak pi
tegur anak kita yang dok terbang macam ‘keluang man’
saja bila mai waktu Asar; sepatutnyalah kita hendaklah
berterima kasih kepada orang tu kerana menyelamatkan
anak kita daripada murka ALLAH.Nie tarak; kita pulak
yang pi warning kat orang yang tegur anak kita tu,”Nie
syeikh,awat hang dok pi marah anak aku.Aku pun tak
pernah marah anak aku,hang pulak pandai-pandai nak
marah anak aku.Hang sapa?” Nie dia,tunjuk dia punya
‘perongoih’,lagumana Stone Cold,kan…..Jangan la
tuan-tuan,biar Stone Cold dalam WWF sudah la,kita tak
payah la tuan-tuan.
Jadi,kita sebagai ibubapa,perlu tegas dengan
anak-anak.Kalau anak-anak kita 7-8 tahun,takpa
la,pasai depa belum cukup umur lagi; itupun Nabi suruh
yang 7 tahun tu,kita ajar dia sembahyang sampai lah
hingga dia berumur 10 tahun.Kalau anak 10 tahun
pun,dia tak mau sembahyang,maka kita kena ajar dia
dengan rotan; inikan pula yang 17-18 tahun.Takkan tak
mau tegur kalau depa tak sembahyang.Awat,di akhirat
nanti; sanggup ka kita tengok anak–anak kita ni
diheret macam anjing,dengan muka macam khinzir? Masa
tu pulak,malaikat kata,”Nie anak sapa ni? Dari benih
sapa ni? Awat kotor sangat ni?”…Masa tu sanggupkah
kita mengaku depa tu anak kita? Muka kita nak letak di
mana? Pasai kata Nabi s.a.w.,”Pada hari pembalasan
nanti,ialah hari kita semua dilondeh habih.”…Malu
tarak dah tuan-tuan.La ni,kalau kita malu di kampung
kita,kita boleh lari pi duduk kampung lain,orang pun
nanti tak kenai.Tapi di akhirat,kalau kita malu,kita
nak lari di mana,tuan-tuan?…Oleh kerana itu,kalau anak
kita tak mau sembahyang,maka kita sebagai ibubapa
hendaklah guna kita punya kuasa ‘veto’ untuk mendidik
mereka. ]
     Muslimin/muslimat yang dirahmati
ALLAH.Jadi,kesimpulannya ialah sembahyang ni adalah
salah satu rukun daripada beberapa rukun Islam.Kalau
kita tak sembahyang,bermakna kita belum menyempurnakan
rukun-rukun Islam di dalam diri kita sendiri.Jadi,kita
buat satu kesimpulan bahwa start daripada hari
ini,dalam keluarga kita,semua pakat kena
sembahyang.Tapi tuan-tuan mau ingat; kuasa veto kita
hanyalah ke atas bini,anak dan adik kita sahaja.Tapi
untuk ibubapa,abang dan kakak,kita hanya boleh bagi
nasihat,pasai kita tak boleh control depa.Kalau depa
tak mau sembahyang jugak selepas dinasihati,maka kita
berdoa saja kepada ALLAH selepas solat dengan sebut
nama mereka,”Ya ALLAH,bimbinglah seluruh ahli keluarga
ku.Kalau Kamu tak bimbing mereka,sapa lagi yang boleh
bimbing mereka,ya ALLAH.Bagilah hidayah kepada
mereka,ya ALLAH.Kalau Kamu tak bagi,sapa lagi nak bagi
hidayah,ya ALLAH.Kalau mereka tak sembahyang; mereka
mesti kena azab.Jadi,aku tak sanggup tengok,ya
ALLAH.Bagi lah hidayah kepada semua kaum keluargaku,ya
ALLAH.”

WALLLAHU`ALAM.          

 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke