*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Telah beberapa purnama kita tidak bersua dalam arena perbincangan ilmiah.
Izinkan saya menulis untuk tatapan semua serta pedoman hidup untuk kita
sama-sama perolehi rahmat dan hidayah dari Ilahi. Sungguh pun terdapat
banyak kelemahan yang saya akui saya memohon ampun terhadap Allah SWT agar
segala kesalahan sama ada kecil ataupun besar dlm perjalan saya menuju
penghijrahan diri. InsyaAllah sama-sama lah kita berdoa. Amin.

Saya ada terbaca dlm sebuah buku yang bertajuk Pedoman Wanita mengisarkan
perihal Iman, Islam, Ikhsan dan hari kehancuran (Qiamat). Apa yang membuat
saya menulis kembali dalam arena perbincangan Ilmiah ini ialah untuk kita
sama fahami apa yang Rasulullah SAW maksudkan dgn berkenaan. Disampaikan
dlm  keadaan Rasulullah SAW dikunjungi oleh seorang lelaki yang tidak
dikenali...pakaiannya agak lusuh. Lagaknya seperti org yang rapat dengan
Rasulullah. tetapi dirinya tidak pernah dikenali oleh sesiapa. Duduk
bersimpuh seperti dlm solat lalu menyapa Rasulullah serta bertanya baginda
perihal Iman, Islam, Ikhsan dan Qiamat.


Rasulullah SAW menjelaskan persoalan itu satu persatu dengan jelas sekali.
Yakni wajib Iman akan kebenaran Rasulullah sebagai utusan Allah untuk
disampaikan kepada manusia.


kemudian untuk membuktikan tidak palsunya Iman itu dia haruslah Islam. Apa
itu Islam yakni melakukan segala Ibadat yang telah digariskan dlm syariat.
Percaya adanya Allah tapi tidak cukup dengan tidak melakukan segala
perintahnya antaranya ialah beribadat.
Melakukan ibadat baginda menyarankan agar dirinya dicontohi sepertimana
sabdanya:

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak, budi pekerti yang
mulia."

Beriman kepada kitab-Nya iaitu Al-Quran wajib menjadikannya sebagai cth
serta tempat pembalian segalan permasalahan.

Percaya kepada hari Qiamat bererti wajib pula membuktikan imannya dengan
memelihara semangat dlm beramal soleh sekalipun tidak mendapat penghargaan
dari sesama makhluk. Disini suka saya nak ceritakan beberapa peristiwa
mahupun terjadi pada diri saya sendiri ataupun pada diri anda untuk
dijadikan pengetahuan melalui pengalaman. Kita ni kalau nak jadi baik org
tak suka ada setangah org kata kita ni pura-pura jadi macamana kita nak
teruskan niat kita ni walaupun kita difitnah bahawa kita dikatakan
angat-angat taik ayam. Kat sini lah Rasulullah bersabda beramal lah dengan
yakin dan yakin bahawa amalan yang kita lakukan itu akanmendapat balasan
yang baik dari Allah. Dan ingatlah apa itu konsep hijrah? Disini kita
perlu guna konsep hijrah dlm apa juga keadaan untuk menghijrahkan diri. 
Sebagai cth yang ketara dlm masyarakat kita sekarang ini ialah mensisihkan
penagih gagah yang telah bertaubat dan cuba untuk membersihkan dirinya.
Apa pandangan segelintir masyarakat dlm penerimaan mereka2 ini?
Mari kita sembang-sembangkan dan bincang-bincangkan. Jika berminat email
terus kepada saya. Saya menanti dengan penuh harapan.

Berbalik kepada penerangan Rasulullah SAW iaitu;
Adapun ikhsan bukannnya ihsan ilaa yang berlaku baik semata-mata. Ianya
sememangnya sudah ada dalam erti Islam itu sendiri. Ikhsan disini
mengandungi erti al-itqaan yakni berbuat sesuatu dengan sempurna.
Melakukan ibadat dengan sesungguhnya, ikhlas hanya semata-mata kerana
Allah Ta'ala. Makan atas dasar apa...kerana Allah Ta'ala. Atas sebab makan
tu tadi kita mendapat tenaga untuk melakukan ibadat. Banyak lagi perkara2
yang boleh dijadikan cth.......fikir2kanlah. berfikirpun kerana Allah
Ta'ala kerana Allahlah memberikan kita akal dan fikiran untuk berfikir. 

Menjawab soalan yang terakhir baginda menyatakan "yang ditanya tidak lebih
tahu daripada yang bertanya" maksudnya saya atau anda semua sama-sama
tidak mengetahui bila hari Qiamat itu akan terjadi. Itu rahsia Allah...
Akan tetapi, tanda-tanda dan gejala kehancuran sesuatu umat , masyarakat
dan negara itu dapatlah kita ramalkan sebagai Qiamat pertengahan. Kerana
Qiamat itu bermaksud kehancuran........apa yang terjadi sekarang ini ialah
kehancuran dimuka bumi...apabila benar Qiamat itu terjadi  ialah
kehancuran seluruh alam. Wallaualam.




Sekian wassalam
 





------------------------------------------------------------------------
Get a NextCard Visa, in 30 seconds!  
1. Fill in the brief application
2. Receive approval decision within 30 seconds
3. Get rates as low as 2.9% Intro or 9.9% Fixed APR
Apply NOW!
http://click.egroups.com/1/2646/1/_/472499/_/955165184/
------------------------------------------------------------------------

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu 
nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali

Jumaat - Ya Allah
Sabtu  - Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad   - Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dengan sendirinya)
Isnin  - La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim  (Tidak ada upaya dan 
kekuatan melainkan dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)
Selasa - Allahumma shalli 'ala saiyidina Muhammad  (Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi 
Muhammad s.a.w)
Rabu   - Astaghfirullahal-'azhim (Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar)
Khamis - Subhanallahil-'azhimi wa bihamdih (Maha suci Allah yang maha besar dan pujian 
kepadaNya)

Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman


Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List

Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to:  
[EMAIL PROTECTED] (Free)
Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to:  [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to