*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fwd:
Moga ada manafaatnya
=====================

A'kum,

Kadang-kadang bila berbual dengan kawan-kawan kat tempat kerja, saya 
mendengar ada sahabat, terutamanya yg masih baru dalam dunia industri
bertanya:

"Mana bagus kerja kilang Jepun ka kilang Amerika?"

Ini jawapan saya, yg dirasakan bermanafaat untuk mereka-mereka yang 
berkenaan, terutamanya yang baru grad atau pun yang tengah dok pikir nak
lompat kilang.

Berdasarkan pengalaman saya melompat dari satu kilang ke satu kilang, dari
kilang Amerika ke Kilang Jepun dan sebagainya; dan juga dari  pengalaman 
berhubungan dengan vendors dan customers dari kilang Taiwan,  Singapore,
Malaysia dan seumpamanya; maka saya rasa summary di bawah sedikit sebanyak 
mungkin boleh menggambarkan perbezaan suasana pekerjaan (working 
environment) antara kilang-kilang tersebut. Kalau tak tepat pun, mungkin 
sipi-sipi:

KILANG AMERIKA:

Bekerja di kilang Amerika nie, kalau nak naik cepat atau kalau nak dapat
visibility (orang kenai); kita mesti kena pandai cakap. Sana cakap sini
cakap; dalam meeting kena selalu cakap banyak, bagi lah apa-apa    pandangan
pun, betul ka tak betul ka itu belakang kira - janji hang kena  cakap. 
Kadang2 kalau tak tau nak cakap apa; dok senyap sat , dengar apa orang lain 
cakap; lepas tu angkat tangan summarize balik apa yang depa dua tiga  orang
tu cakap…..jadi lah macam idea depa tu idea kita. Senang kan?

Di kilang Amerika ini; kalau dalam meeting kita suka senyap walau pun dalam
kepala hotak kita bergeliga macam Einstein, tak guna punya - sebab orang 
ingat kita tak reti apa-apa. Tambah2 kalau meeting atau Conference Call
dengan Mat Salleh, kalau hang jenis senyap, memang depa pandang  leceh habis
kat hang. Hang cakap aje apa benda pun, kalau boleh tambah slang2 macam depa
lagi bagus. Agak2 kalau depa dok pakai 'swear' words kat hang, hang  balun
la balik ; dia tak kata apa aih; kat luar meeting balik macam normal. Kawan,
kawan jugak, tapi tang kerja, kena serius, kena cakap banyak. Nak  dapat 
perhatian depa, mulut kena mau rajin cakap.

So, kalau sapa-sapa nak kerja kilang Amerika, practiselah cakap
banyak-banyak!!

KILANG JEPUN:

Kalau sapa yang pernah kerja kilang Amerika, dah biasa dengan cara kilang
Amerika, lepas tu dia mai masuk kilang Jepun - Phuh! Culture Shock habis!!

Kilang Jepun nie, kalau hang cakap banyak dalam meeting, tak pasal-pasal
nanti hang kena balun dengan Jepun. Tak taulah sama ada sebab Jepun  nie 
jenis tak suka orang cakap banyak atau pun sebab Jepun-Jepun tu sendiri tak
reti cakap omputih; so depa tak suka orang cakap banyak. Dan, kalau pun hang
reti cakap Jepun, depa still tak suka hang cakap banyak.

Fesyen di kilang Jepun nie; depa jenis discuss dulu apa-apa yg nak
dibincangkan dlm meeting sebelum masuk bilik meeting; sebelum masuk bilik
meeting tu, bagilah segala pendapat hang kat engineer atau mata-mat Jepun yg
berkenaan; bila dah masuk bilik meeting, tak payah cakap banyak,  cuma tanya
untuk clarify saja; lepas tu angguk aje kepala, "Haik, Haik, Haik!!!"

Kalau hangpa gatal mulut dok tanya yg bukan-bukan, nanti depa chop kita
jenis yg suka melawan, cakap aje lebih, tapi tak reti buat kerja.

So, kalau kerja kilang Jepun, bincanglah apa2 isu sebelum masuk meeting; kat
dlm meeting, jadi tukang angguk lagi bagus!!

KILANG TAIWAN:

Kerja kilang Taiwan; kalau sapa-sapa yang suka cakap banyak; banyak 
bertanya bersoal, tak kira di luar atau di dalam bilik meeting, ia dikira
jenis suka cari pasal - mau lawan tokeh!

Kerja kilang Taiwan, kalau nak naik cepat, ada baik jadi tukang angguk
saja!!

KILANG MALAYSIA:

Kerja kilang Malaysia, kalau mau cepat naik, kena selalu bodek boss. Cakap
banyak tak cakap banyak, tengoklah kalau boss itu suka ka tak suka kat
hang...

Lagi satu, janganlah dok mintak bonus lebih-lebih; nanti boss kata:

"Sekarang ekonomi kilang kita merosot, business slow!!"

Tapi, pi rumah dia - Tu dia aih, dia pakai Pajero sebijik, Terano sebijik,
Jaguar sebijik, Harley Davidson 2 bijik, lepas tu pulak, rumah modified
habis RM5 juta ringgit....

-sekian-

______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke