*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saudara Kamaruz jangan cepat melatah.Ilmu agama bukan hanya untuk orang PAS 
sahaja dan jangan ingat orang UMNO tidak kuat agama,tidak tahu hukum. Kalau 
setakat orang PAS menggaji pakai buku dan bukan berpandu pada AlQuran dan 
Sunnah,inilah yang berlaku, riak jauh dari berilmu.Kalau akidah yang perlu 
diperbetulkan,adakah bermaksud Encik Kamaruz tak perlu sembahyang dulu 
sedangkan Allah (SWT) telah berfirman "tidak kujadikan manusia ini melainkan 
untuk beribadat kepadaKu". Bukankah akidah saudara yang perlu diperbetulkan 
dulu.Akidah seseorang Islam itu akan lebih mantap jika bersembahyang.Kalau 
sembahyang dinafikan dahulu sebelum akidah,bagaimana seseorang itu tahu 
akidah dia sudah diperbetulkan.Takkan selama tu tak nak sembahyang.Sebab itu 
bila bercakap biar cakap cara orang berilmu jangan cakap cara orang 
riak.Ilmu agama ada banyak,tetapi memahami Alquran dan Sunnah itu mencakupi 
segalanya.

Buat pengetahuan saudara, dalam Malaysia ni ada ramai orang UMNO dan kami 
orang Islam,ada yang menuntut ilmu agama sehingga ke luar negara,takkan 
kerana kami orang UMNO,akidah kami nak dinafikan,agama kami nak 
disesatkan.Sedangkan cinta kami pada ALLAH mungkin melebihi cinta saudara 
padaNYA,Hidup mati kami juga untukNYA.Yang kekal hanya Dia dan bukan 
pemimpin saudara.Dan Dia juga yang menentu akidah kami,bukan juga saudara.

Kalau isu pasar babi nak diperkata....andai menurut saudara di Kelantan ada 
bangsa asing dan perlu dijaga hak mereka,habis apa ertinya bila saudara 
memetik firman Allah "barangsiapa yang redho dengan yang kufur,itu kufur dan 
yang redho dengan maksiat,itu maksiat."Tidakkah ayat itu menjelaskan 
pendirian saudara sendiri.
Yang ingin saya perkatakan di sini ialah kita hanya manusia biasa,tidak 
maksom seperti Rasullulah.Siapa yang tak mahu Islam ? Semua orang nak dan 
PAS kalau benar nak buat negara islam,sepatutnya mula dari negeri 
sendiri.Pasar babi tu nak ikut ikut tak payah ada lah.Bukan bangsa asing tak 
boleh makan benda lain,tak mati pun.Kelantan negeri kecik pun susah nak 
tadbir bayangkan satu Malaysia ni.Sebab tu,orang kata... jangan suka mengata 
,takut kita yang lebih.Kalau saudara kata,insyaalah kerajaan Kelantan akan 
buat sesuatu dengan pasar babi tu,boleh juga orang terima.Tapi kalau kata 
sebab bangsa asing ada kat sana,habis takkan kelab malam,arak dan judi juga 
perlu dibenarkan  semata-mata kerana bangsa asing ada kat sana.Kalau macam 
tu, tak payahlah nak mengata UMNO sebab situasi UMNO sebenarnya sama 
saja.kalau tak ada parti PAS pun tak apa,UMNO pun buat macam tu juga tapi 
asyik kena kutuk saja.Bila PAS benarkan maksiat,dikatakan menjaga kebajikan 
bangsa asing.Bila UMNO buat dikatakan tak islam.Hanya Allah (SWT) saja yang 
lebih mengetahui segala-galanya.Yang penting sebagai manusia,kita harus 
berusaha menjadi hamba yang terbaik sebab kalau kita mati, kita tak heret 
semua orang menumpang dalam kubur kita.Hanya kita sorang saje.Dan Allah 
(SWT) tak hisab kita berdasarkan parti..kata siapa orang PAS masuk syurga 
dan siapa orang UMNO masuk neraka...tidak sekali kali.Semuanya secara 
individu,sebanyak mana amal kita atau sebanyak mana kita lebih mengata orang 
dari beramal.Sebagai manusia yang kerdil disisi Yang Maha Berkuasa, saya 
bersyukur kepadaNYA kerana memberi ruang untuk saya mengerjakan ibadat 
selagi nyawa dikandung badan.Selagi kita bersyukur,Allah akan lipatgandakan 
ganjaran dan saya percaya ,lamanya Dr.Mahathir memerintah dengan izin Allah 
juga.Allah hanya akan mengaibkan orang yang mengaibkan orang lain saja.Kalau 
kita kaji zaman pemerintahan Ummaiyah dan Abbasiyah, ramai pemimpin Islam 
bersengketa merebut kuasa dan telah diaibkan oleh Allah dengan kejatuhan 
empayar masing-masing. Itu cerita sahabat Rasullulah,sedang kita di era 
tahun 2000,hanya insan biasa.Sekurang-kurangnya Dr. Mahathir telah banyak 
menyumbangkan kita untuk pembangunan ummah,sedangkan baik saudara mahupun 
saya hanya pemerhati sahaja,selebihnya menikmati apa yang ada.Lebih baik 
mensyukuri nikmat yang ada,daripada dah tak tahu memerintah,nak mengkritik 
saja.Kerana kalau Allah taala nak rampas hakNya balik,tak tunggu masa dan 
boleh berlaku dalam sekelip mata.

Hanya setakat ini coretan saya.Harap tidak menyinggung mana-mana pihak.






>From: "Anak Didik" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Pasar Babi di KB
>Date: Tue, 21 Mar 2000 07:17:14 GMT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Ni nak habaq balik, orang UMNO ni mengaji tak fasal tauhid, cuba pi cerita
>mai sikit pasal tauhid rububiyyah, Uluhiyyah, Asma as-siffat.
>Kalau tak mengaji pi mengaji dulu. Sembahyang datang kemudian, aqidah kena
>betul dulu, kalau sembahyang kuat macam manapun , pada masa yang sama dok
>Tolak Al-Quran, hina Nabi, hina sahabat, menghalal yang haram dan mengharam
>yang halal... macam sembahyang orang macam ini, cerita mai sikit..keadah
>Feqah..  man redho bil kufrin, kufrun, wa man redho bil maqsiatin,
>maqsiatun..."barang siapa yang redho dengan kufur, kufur dan barang siapa
>yang redho dengan maksiat, maksiat".  Ada ka orang UMNO yang yang berani pi
>cakap kat Mahathir, "dato' Sri, dato sri tak boleh hina nabi, Dato' Sri tak
>boleh tak boleh tolak Al-Quran..Dato Sri tak boleh halal araq, Dato' Sri 
>tak
>boleh hala Judi, dan.... macam-macam..  ADA KA!!!!. Sokong adalah. Habis
>macamana  nak beriman orang macam ini... cerita mai sikit. Nabi dulu pernah
>dituduh sebagai pemecah masyarakat ketika mana NAbi menentang perkara yang
>dibuat oleh ABu Jahal and the geng yang mana apa yang dibuat oleh Abu Jahal
>dibuat juga oleh UMNO malah lebih dari itu.. Dan ketika Utba bin Rabia
>datang memujuk Nabi beliau berkata :
>"Anakku, seperti yang kau mengetahui, dari segi keturunan, engkau mempunyai
>tempat dikalangan kami, Engkau telah membawa sola besar ke tengah-tengah
>masyarakat mu, sehingga mereka berpecah belah kerananya, Sekarang
>dengarkanlah, kami akan menwarkan beberapa perkara, kalau-kalau sebahagian
>dapat kau terima- Kalau dalam hal ini yang kau ingini harta, kami akan
>mengumpulkan harta kami, sehingga hartamu menjadi terbanyak diantara kami,
>Kalau kau mahu pangkat, kami akan angkat kau di atas kami semua, kami tidak
>memutuskan suatu perkara tanpa persetujuanmu. Kalau kedudukan raj
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Norhayati Mohd Ariffin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke