*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum...

  memula teman mintak maapler pada ahli panel yg sedang rancak bermuzakarah...
iyerler pasai teman sebok2 jer buatkan analisis nih..padahal org tak lantik pun!..

tapi sebagai org kebanyakan..teman rasa perlu utk meluahkan apa yg kami baca/faham..
kalau teman salah , mengkome bolehler 'tembak' balik kat teman..teman sanggup pikul..

satu lagi hikmahnyer..bila 2 pihak yg berilmu sedang bermuzakarah , elok ada pihak ke3 
yg 
bodoh dungu(macam teman) nih jadi pemerhati/penanya..supaya ke 2 pihak tadi dpt 
membuat analisis 
tentang hujah yg telah mereka utarakan..munkin hujah mereka telah disalahtafsirkan 
oleh sibodoh dungu tadi?..oleh itu dptler 2 pihak tadi memperbaiki hujah..dan sibodoh 
dungu pun memperbetulkan kesilapannya !..:-) 
jika tidak apa gunayer muzakarah ini dikhalayak ramai ?..kalau hanya 2 pihak yg khusus 
aje yg faham..nanti akan ada yg mengatakan ugama itu menyempitkan atau 
merumitkan.!..minta dijauhkan..


sebelum analisis bermula teman nak sebutkan beberapa perkara dahulu..ini utk 
pemerhatian ahli panel kelak..
(sebelum teman ditembak bertubi2)

1) anggaplah teman tidak mempunyai/membaca buku2 rujukan ahli2 panel..oleh itu dlm 
berhujah sudilah kiranyer jika dpt menjelaskan sumber rujukan etc..

2) boleh dikatakan semua analisis adalah berdasarkan tulisan saudara2 ahli panel..dan 
kalau teman tersilap tafsir..tolonglah diperbetulkan..:-)

---------------------------------------------------------


MUKADIMAH ~ sufi @ tareqat :  SESAT ?

bermula isu apabila salah seorg saudara kita menulis berkenaan sesatnya para 
sufi/pengamal tareqat..dari situ muncul pula org2 yg membela tareqat ini..

Apa bendenyer sufi@tareqat pada kami org kebanyakan?...ntahler , yg teman tau..mereka2 
ini mengamalkan 'beberapa disiplin' dlm apa yg dikatakan 'jalan menuju Allah' 
etc..etc..
lagi yg teman tau...telah ujud beberapa perkumpulan tareqat dari dulu hingga sekarang 
nih..dgn berbagai nama..memasing mendakwa bahawa amalan mereka bersumberkan Al-Quran 
dan Hadis..diwarisi dari Nabi kita s.a.w hinggalah kpd pengamalnyer skrg..

mengikut cerita yg teman tau..mmg tareqat ni dari dulu lagi dah ada yg pro-kon nyer..

antara yg paling kontroversi ialah bilamana didlm mereka menjalani mujahadah atau 
tingkatan2 amalan maka ada yg sampai terucap kata2 yg agak 'luarbiasa'..disitu aje 
sudah timbul byk kontroversi nya..  

kemudian ada yg kata tareqat ini adalah sesuatu perkara yg telah ditambah2..atau makna 
lainnyer amalan yg lain dari ape yg telah disampaikan oleh junjungan kita s.a.w. 
(bidaah)

----------------------------------------------------------------------------

ANALISIS 1

utk beberapa hari terawal , isunyer byk kepada org yg memulakan isu ini..3-4 org vs. 1 
org..
kemudiannyer dah jadi 3-4 vs 2 org..

skrg teman dpt lihat dgn jelas mereka membicarakan isu BIDAAH..sebabnyer? Tareqat itu 
sendiri dikatakan bidaah(dikatakan didalam mengamalkan tareqat terdapat amalan2 yg 
'bidaah')..maka wujud pula istilah BIDAAH HASANAH..yakni 'perkara baru yg membawa 
kesan baik'..

satu pihak mahu supaya konsep bidaah hasanah ini diterima..kenapa?..supaya dpt 
dikaitkan dgn tareqat
mereka..satu pihak lagi yg dah tercium perkara ini terus menolak bulat2 konsep bidaah 
hasanah tersebut..

hmm..teman tak tau ler sampai mana bab bidaah ni akan selesai..adakah keputusan akan 
dicapai utk menerima bidaah hasanah?..atau adakan 1 pihak akan cuba menukar term kpd 
yg lain ?..kita tunggu..:-)

wassalam..

p/s ~ kan baik kalau ada aturan atau isu yg tertib..senang ler kami nak refer..list 
satu2..kemudian hujah..senang nak buat analisis..ish byk komen pulak teman..kang kena 
'tembak' kang..!









------------------------------------------------------------
Get your FREE and permanent email at http://www.my-malaysia.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Warisan _" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke