*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamu alaikum,

PENYELEWENGAN AKIDAH SUFI


Di antara jenis penyelewengan yang berlaku dan dianuti oleh golongan yang 
menggelarkan diri mereka sebagai sufi ialah:

1. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan dengan persoalan kemerdekaan 
dan perhambaan. Golongan yang sesat ini beriktikad bahawa seseorang hamba 
itu dikategorikan dalam kategori perhambaan selama mana di antaranya dengan 
Allah masih berlaku penyembahan. Tetapi apabila ia telah 'sampai' (wusul) 
kepada Tuhan, maka ia telah menjadi merdeka; lalu ketika itu perhambaan 
telah gugur daripada dirinya.

2. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan dengan persoalan kenabian 
atau kewalian. Berdasarkan kisah Nabi Musa a.s . dan Khidir a.s. golongan 
sesat ini beriktikad bahawa kewalian adalah lebih  baik daripada kenabian.

3. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan dengan persoalan al-hulul. 
Golongan al-Hululiyyah ini beriktikad bahawa Tuhan memilih jasad jasad 
tertentu, lalu Dia menempati jasad berkenaan dengan pengertian ketuhanan. 
Dengan itu, unsur atau pengertian kemanusian jasad berkenaan menjadi hilang.

Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan dengan persoalan fana' unsur 
kemanusiaan. Golongan sesat ini menyangka bahawa unsur kemanusiaan seseorang 
manusia boleh menjadi fana'. Maka itu, sebahagian mereka meninggalkan makan 
dan minum dengan anggapan bahawa apabila jasad menjadi lemah, maka unsur 
kemanusiaan jasad itu akan hilang dan akan membolehkan jasad itu bersifat 
dengan sifat ketuhanan.

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke