*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.
Sdr. k.b.


Perlu diperingatkan bahawa penyelewengan akidah dinulIslam ini bukan sahaja
berlaku dalam kalangan sufi yang sesat malahan berlaku dalam hampir semua
kalangan dan golongan serta fahaman umat Islam.

Daripada 73 golongan hanya satu sahaja yang benar dan tidak sesat iaitu golongan
Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jadi penyelewengan akidah bukan sahaja berlaku di kalangan golongan sufi yang
sesat dan menyesatkan. Tetapi sebenarnya jika diteliti dengan mendalam, puak
atau golongan (1) yang sdr. maksudkan itu bukanlah sufi yang sebenar.

Ramai di kalangan golongan tertentu menganggap kebanyakan ilmu yang disebarkan
secara berbisik, bersembunyi dan tidak didedahkan kepada orang ramai serta
beranggapan hanya orang yang terpilih sahaja yang layak menerimanya sebagai ilmu
yang tinggi nilainya dan perlu disembunyikan daripada orang ramai.

Perkara ini telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh ramai pakar sufi yang
antaranya termasuklah Imam al Ghazali sendiri dan Syeikh Nurudin al Raniri.

Ilmu dan amal serta penghayatan ahli sufi yang sebenar ialah seperti yang
ditegaskan oleh Syeikh Zakaria al Anshari :

"Sesungguhnya tarekat dan hakikat itu diteguhkan dengan syariat. Oleh itu
sekalian orang mukmin walau macam mana tinggi sekalipun martabatnya dan
terangkat pangkatnya hingga mencapai taraf aulia/wali, tiada akan gugur
daripadanya segala kewajipan amal-ibadah seperti yang difardukan dalam Quran dan
hadis. Seterusnya jika terdapat dakwaan sesiapa yang sampai ke taraf hakikat
lagi wali lalu mendakwa telah gugur padanya tuntutan syariat maka sesungguhnya
dakwaannya itu adalah palsu, sesat dan menyesatkan. Jadilah ia seorang mulhid.
Kerana sedangkan Nabi dan mursalin tidak gugur tuntutan syariat inikan pula pada
aulia?"

Berkata Syeikh Abdul Kadir Jilanai ,"Tiap hakikat yang tidak diperteguhkan
dengan syariat maka itulah zindik".

Sepakat para ulama sufi mengatakan,"Bermula hakikat tanpa syariat itu batal",
"Bermula syariat tanpa hakikat itu hampa/sesia/rugi".

Serangan, penyelewengan dan kesesatan turut menyusup ke dalam folongan sufi,
kerana ramainya manusia yang tertipu dan mudah terpedaya. Antaranya disebabkan
oleh :

1. Amalan syariat belum teguh.
2. Kefahaman dan amalan ilmu tarekat belum bersungguh.
3. Tidak sabar, tekun, tabah dan inginkan kenyataan dan kehebatan dengan
mendadak.
4. Tidak mengambil ilmu hakikat daripada guru yang mursyid lagi kamilmukamil.
5. Tempat pembelajaran mereka daripada orang yang jahil.
6. Atau belajar tanpa guru dan dengan pembacaan sahaja.

Akhir sekali, bekenaan dengan iktiqad hulul, intiqal, ittihad, ittishal adalah
merupakan iktiqad kaum Wujudiyyah yang sesat lagi menyesatkan. Keempat-empat
iktiqad itu adalah mustahil terjadi pada Allah dan tidak dapat diterima oleh
akal yang waras.

Perkara ini semua telah dibincangkan dengan mendalam oleh Syeikh Nurudin al
Raniri dalam kitab "Sanggahannya terhadap salah faham Wahdatulwujud". Kami
percaya, setiap ilmu itu pasti ada Allah SWT sediakan pakarnya yang
mempertahankannya dari sebarang penyelewengan, penyusupan dan kepura-puraan.

Sesungguhnya Allah jua yang lebih mengetahui.
Wasslamualaikum wbt.


k b wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Assalamu alaikum,
>
> PENYELEWENGAN AKIDAH SUFI
>
> Di antara jenis penyelewengan yang berlaku dan dianuti oleh golongan yang
> menggelarkan diri mereka sebagai sufi ialah:
>
> 1. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan dengan persoalan kemerdekaan
> dan perhambaan. Golongan yang sesat ini beriktikad bahawa seseorang hamba
> itu dikategorikan dalam kategori perhambaan selama mana di antaranya dengan
> Allah masih berlaku penyembahan. Tetapi apabila ia telah 'sampai' (wusul)
> kepada Tuhan, maka ia telah menjadi merdeka; lalu ketika itu perhambaan
> telah gugur daripada dirinya.
>
> 2. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan dengan persoalan kenabian
> atau kewalian. Berdasarkan kisah Nabi Musa a.s . dan Khidir a.s. golongan
> sesat ini beriktikad bahawa kewalian adalah lebih  baik daripada kenabian.
>
> 3. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan dengan persoalan al-hulul.
> Golongan al-Hululiyyah ini beriktikad bahawa Tuhan memilih jasad jasad
> tertentu, lalu Dia menempati jasad berkenaan dengan pengertian ketuhanan.
> Dengan itu, unsur atau pengertian kemanusian jasad berkenaan menjadi hilang.
>
> Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan dengan persoalan fana' unsur
> kemanusiaan. Golongan sesat ini menyangka bahawa unsur kemanusiaan seseorang
> manusia boleh menjadi fana'. Maka itu, sebahagian mereka meninggalkan makan
> dan minum dengan anggapan bahawa apabila jasad menjadi lemah, maka unsur
> kemanusiaan jasad itu akan hilang dan akan membolehkan jasad itu bersifat
> dengan sifat ketuhanan.
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke