*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Bagi mereka yg mengatakan bahawa sufi tidak ada dlm
zaman Nabi dan para sahabat, maka di sini saya
sertakan sebuah artikel bagi rujukan bersama. Bacalah
dgn hati terbuka. Bukan niat utk mencari kemenangan
drp Rahman dan Ibnu Muhajir.

Kepada netters lain, bolehlah baca utk menambahkan
ilmu pengetahuan.

Wassalam.

7: Kerohanian Islam Dan Ahli Sufi 

Sufi adalah perkataan Arab – saf, yang bererti tulen.
Alam batin sufi dipersucikan, menjadi tulen dan
diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan keesaan.


Istilah sufi dikaitkan juga dengan bidang kerohanian
mereka yang sentiasa berhubung dengan sahabat-sahabat
Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai ‘puak yang
memakai baju bulu’.  Saf, pakaian bulu yang kasar
menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina.
Kehidupan dunia di dalam kesempatan. Mereka berjimat
cermat di dalam makanan, minuman dan lain-lain. Dalam
buku ‘al-Majm’ ada dikatakan, “Apa yang terjadi kepada
ahli suluk yang suci ialah pakaian dan kehidupan
mereka sangat sederhana dan hina”. Walaupun mereka
kelihatan tidak menarik secara keduniaan tetapi hikmah
kebijaksanaan (makrifat) mereka ternyata pada sifat
mereka yang lemah lembut dan halus, yang menjadikan
mereka menarik kepada sesiapa yang mengenali mereka.
Mereka menjadi contoh kepada alam manusia. Mereka
berpandukan ilmu Ilahi. Pada pandangan Tuhan mereka
berada pada martabat pertama kemanusiaan. Dalam
pandangan mereka yang mencari Tuhan puak sufi ini
kelihatan cantik walaupun pada zahirnya buruk. Mereka
mesti dikenali dan berupaya mengenali, dan mereka
dengan mesti dengan cara itu iaitu satu dan semua,
kerana mereka semua berada pada makam keesaan dan
mesti nyata sebagai satu. 

Dalam bahasa Arab perkataan tasawwuf, kerohanian
Islam, terdiri daripada empat huruf – ‘ta’, ‘sin’,
‘wau’ dan ‘pa’ (t,s,w,f). Huruf pertama, t, bermaksud
taubat. Ini adalah langkah pertama perlu diambil pada
jalan ini. Ia adalah seolah-olah dua langkah, satu
zahir dan satu batin. Taubat zahir dalam perkataan,
perbuatan dan perasaan, menjaga kehidupan agar bebas
daripada dosa dan kesalahan dan cenderung untuk
berbuat kebaikan dan ketaatan; meninggalkan keingkaran
dan penentangan, mencari kesejahteraan dan kedamaian.
Taubat batin dilakukan oleh hati. Penyucian hati
daripada hawa nafsu duniawi yang huru hara dan hati
bulat berazam mahu mencapai alam ketuhanan. Taubat –
mengawasi kesalahan dan meninggalkannya, menyedari
kebenaran dan berjuang ke arahnya – membawa seseorang
kepada langkah kedua. 

Langkah kedua ialah keadaan aman dan sejahtera, safa.
Huruf ‘s’ adalah simbolnya. Dalam peringkat ini juga
ada dua langkah perlu diambil. Pertama ialah ke arah
kesucian di dalam hati dan kedua pula ke arah pusat
hati. Hati yang tenang datang daripada hati yang bebas
daripada kesusahan, keresahan yang disebabkan oleh
masalah semua kebendaan ini, masalah makan, minum,
tidur, perkataan yang sia-sia. Dunia ini seumpama
tenaga tarikan bumi, menarik hati ke bawah, dan untuk
membebaskan hati daripada masalah tersebut menyebabkan
berlaku tekankan kepada hati. Di sana ada pula
ikatan-ikatan – hawa nafsu dan kehendak, pemilikan,
kasihkan keluarga dan anak-anak – yang mengikat hati
seni kepada bumi dan menghalangnya terbang tinggi. 

Cara membebaskan hati, bagi menyucikannya, adalah
dengan mengingati Allah. Pada permulaan ingatkan ini
berlaku secara luaran, dengan mengulangi nama-nama
Tuhan, menyebutnya kuat-kuat sehingga kamu dan orang
lain boleh mendengarnya. Apabila ingatkan kepada-Nya
sudah berterusan ingatkan tersebut masuk ke dalam hati
dan berlaku di dalam senyap. Allah berfirman: 
“Sesungguhnya orang mukmin itu ialah mereka yang
apabila disebut (nama) Allah, takutlah hati-hati
mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah
menambahkan lagi keimanan mereka, dan kepada Tuhan
merekalah mereka kembali”. (Surah Anfaal, ayat 2). 

Takutkan Allah dalam ayat tersebut bermaksud takut dan
harap, hormat dan kasihkan Allah. Dengan ingatan dan
ucapan nama-nama Allah hati menjadi jaga dari
ketiduran dan kelalaian, menjadi suci bersih dan
bersinar. Kemudian bentuk dan rupa dari alam ghaib
menyata di dalam hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ahli ilmu
zahir mendatangi dan menerkam sesuatu dengan akal
fikirannya sementara ahli ilmu batin sibuk
membersihkan dan menggilap hati mereka”. 

Kesejahteraan pada pusat rahsia bagi hati diperolehi
dengan membersihkan hati daripada segala sesuatu dan
menyediakannya untuk menerima Zat Allah semata-mata
yang memenuhi ruang hati apabila hati sudah
diperindahkan dengan kecintaan Allah. Alat
pembersihannya ialah berterusan mengingati dan
menyebut di dalam hati, dengan lidah rahsia akan
kalimah tauhid “La ilaha illa Llah”. Bila hati dan
pusat hati berada dalam suasana tenang dan damai maka
peringkat kedua yang disimbolkan sebagai huruf ‘s’
selesai. 

Huruf ketiga ‘w’ bermaksud wilayah, suasana kesucian
dan keaslian pencinta-pencinta Allah dan
sahabat-sahabat-Nya. Keadaan ini bergantung kepada
kesucian batin. Allah menggambarkan
sahabat-sahabat-Nya dengan firman-Nya: 
“Ketahuilah, sesungguhnya pembantu-pembantu Allah
tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka
berdukacita. Bagi merekalah kegembiraan di penghidupan
dunia dan akhirat…”. (Surah Yunus, ayat 62 – 64). 

Seseorang yang di dalam kesucian menyedari sepenuhnya
tentang Allah, mencintai-Nya fan berhubungan
dengan-Nya. Hasilnya dia diperelokkan dengan peribadi,
akhlak dan perangai yang terbaik. Ini merupakan hadiah
suci yang dikurniakan kepada mereka. Nabi s.a.w
bersabda, “Perhatikanlah akhlak yang mulia dan
berbuatlah sesuai dengannya”. Dalam peringkat ini
orang yang di dalam kesedaran tersebut meninggalkan
sifat-sifat keduniaannya yang sementara dan
kelihatanlah dia diliputi oleh sifat-sifat Ilahi yang
suci. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: 
“Bila Aku kasihkan hamba-Ku, Aku menjadi
pendengarannya, penglihatannya, percakapannya,
pemegangnya dan perjalanannya”. 

Keluarkan segala-galanya dari hati kamu dan biarkan
Allah sahaja yang berada di sana. 
“Dan katakanlah telah datang kebenaran dan telah
lenyap kepalsuan kerana sesungguhnya kepalsuan itu
akan lenyap”. (Surah Bani Israil, ayat 81). 

Bila kebenaran telah datang dan kepalsuan telah lenyap
maka selesailah peringkat wilayah. 

Huruf keempat ‘f’ bermakna fana, lenyap diri sendiri
ke dalam ketiadaan. Diri yang palsu akan hancur dan
hilang apabila sifat-sifat yang suci memasuki
seseorang, dan apabila sifat-sifat serta keperibadian
yang banyak menghalang tempatnya akan diganti oleh
satu sahaja sifat keesaan. 

Dalam kenyataan hakikat sentiasa hadir. Ia tidak
hilang dan tidak juga berkurangan. Apa yang berlaku
adalah orang yang beriman menyedari dan menjadi satu
dengan yang menciptakannya. Dalam suasana berada
dengan-Nya orang yang beriman memperolehi
kurniaan-Nya; manusia yang sementara menemui kewujudan
yang sebenar dengan menyedari rahsia abadi. 
“Semua akan binasa kecuali Wajah-Nya”. (Surah Qasas,
ayat 88). 

Cara untuk menyedari hakikat ini ialah melalui
anugerah-Nya, dengan kehendak-Nya. Bila kamu berbuat
kebaikan semata-mata kerana-Nya dan bersesuaian dengan
kehendak-Nya kamu akan menjadi hampir dengan
hakikat-Nya, Zat-Nya. Kemudian semua akan lenyap
kecuali Yang Esa yang meredai dan yang Dia diredai,
bersatu. Perbuatan baik adalah ibu yang melahirkan
bayi kebenaran; kehidupan dalam kesedaran bagi manusia
yang sebenar-benarnya. 
“Perkataan yang baik dan perbuatan yang baik naik
kepada Allah”. (Surah Fatir, ayat 10). 
Jika seseorang berbuat sesuatu dan jika kewujudannya
bukan untuk Allah sahaja maka dia mengadakan sekutu
bagi Allah, dia meletakkan yang lain pada tempat Allah
– dosa yang tidak diampunkan yang akan memusnahkannya,
lambat atau cepat. Tetapi bila diri dan kepentingan
diri fana seseorang itu mencapai peringkat bersatu
dengan Allah. Allah menggambarkan makam tersebut: 
“Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam
kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai. Di tempat duduk
kebenaran, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”.
(Surah Qamar, ayat 54 & 55). 

Tempat itu ialah tempat bagi hakikat yang penting,
hakikat kepada hakikat-hakikat, tempat penyatuan dan
keesaan. Ia adalah tempat yang disediakan untuk
nabi-nabi, untuk mereka yang dikasihi oleh Allah,
untuk para sahabat-Nya. Allah beserta orang-orang yang
benar. Bila kewujudan bersatu dengan wujud yang abadi
ia tidak boleh dipandang sebagai kewujudan yang
terpisah. Bila semua ikatan keduniaan ditanggalkan dan
seseorang itu dalam suasana kesatuan dengan Allah,
dengan kebenaran (hakikat) Ilahi, dia menerima
kesucian yang abadi, tidak akan tercemar lagi, dan
masuk ke dalam golongan: 
“Mereka itu ahli syurga yang kekal di dalamnya”.
(Surah A’raaf, ayat 42). 

Mereka adalah: 
“Orang-orang yang beriman dan beramal salih”. (Surah
A’raaf, ayat 42). 

Bagaimanapun: 
“Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar
kuasanya”. (Surah A’raaf, ayat 42). 
Tetapi seseorang memerlukan kesabaran yang kuat: 
“Dan Allah beserta orang yang sabar”. (Surah Anfaal,
ayat 66). 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to