*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Satu pekara penting yang patut kita fikirkan sebelum cuba menjawab persoalan
sufi ialah, Jika Allah swt mengkehendakinya ia pasti akan wujud.Kerana ini
termasuk didalam kekuasaan Allah swt.

Yang kedua ialah manusia berbeza dari malaikat yang berzikir kepada allah
swt, kerana malaikat tidak memerlukan makanan organik yakni malaikat tidak
ada perut, malaikat tidak memerlukan keluarga dan malaikat tidak dapat
melakukan kesalahan.

Tetapi manusia adalah sejenis ciptaan allah yang perlu kepada makanan untuk
megisi perut, memerlukan keluarga dan diberi kebebasan untuk memilih
diantara yang betul dan salah.

Tentang ahli sufi ialah mereka yang meninggalkan dunia ini, bukan bermaksud
meninggalkan isteri mereka atau taggungan mereka begitu sahaja.Itu bukan
termasuk dalam ahli sufi, malahan itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Kini masalah klasik dimana Ahli ahli sufi dibawa kepada satu level dimana
mereka sama dengan malaikat, oleh orang orang yang tidak memahami apa itu
ketulenan didalam islam dan apa makrifat Allah swt sebenarnya.

Mereka digambarkan sebagai manusia yang menolak semua benda keduniaan dan
yang berkait rapat dengan hidup sebagai seorang manusia.Ini merupakan
kesilapan pencerita pencerita zaman silam yang membawa fakta tentang Ahli
sufi dan mencampur adukkan dengan imaginasi mereka sendiri supaya para
pendengar akan mendengar dengan lebih berminat.Masalahnya bila sampai
dizaman kita ini sudah bercampur aduk menjadi fakta.Tentang Ahli sufi yang
boleh terbang dan membuat pekara yang bertentang dengan hukum Alam, saya
tidak berani komen, ini merupakan soal Allah swt dan tidak yang mustahil
bagiNya.

Ahli sufi merupakan mereka yang terlalu mencintai allah swt sehingga sanggup
berbuat apa saja demi mendapat rahmat dan keredhaan allah swt.

Kalau anda nak jadi seorang sufi senang sahaja, tinggal yang dilarang oleh
Allah swt dan lakukan apa yang disuruh oleh allah swt.
Anda akan menjadi "seumpama malaikat yang berjalan atas dimuka
bumi"(seumpama sahaja , bukan jadi malaikat betul).Jika anda berjaya, anda
akan meyedari apa sebenarnya makna diterangi oleh cahaya makrifat dan
keesaan Allah swt.

Pada masa itu jika terjadi sesuatu keburukan terhadap diri anda seperti
jatuh bangkrap sekali pun, boleh megucap "Hamba mu bersyukur kepada apa yang
Allah swt telah rezekikan kepada ku" dan meneruskan usaha membaiki keadaan
dengan berpegang kepada "tali allah".

Susah untuk mencapai tahap ini,tetapi bukan mustahil.
Tidak pernah Nabi Muhammad melarang kita dari mecapai tahap ini.Iman
seseorang hanya dapat dinilai oleh Allah swt, mungkin tak sampai tahap Nabi
Muhammad dan para sahabat tetapi sekurang kurangnya kita telah berusaha
sedaya mungkin.

Baginda pernah bersabda" beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok,
tetapi carilah rezeki dibumi allah seperti akan hidup selama lamanya".

Kalau ada diantara kita yang boleh menyebut "Alhamdulilah aku kena penyakit,
kurang sikit dosa aku " sila berikan e-mail kepada saya.
Insyallah anda sudah pun tahu kebesaran dan hikmah terjadi sesuatu yang baik
atau buruk megikut qada dan qadar.Tetapi bukan maksud saya yang anda patut
duduk dan menunggu maut sahaja.Seperti yang seorang manusia,anda
patut berusaha megubatinya dan berdoa kepada Allah swt agar sembuh.

Kita dihantar ke bumi untuk diuji,
kalau lulus dapat kebaikkan yang kekal.Bagi umat akhir zaman macam kita ini,
memang susah dizaman materialistik ini dimana kebanyakkan orang islam hanya
pada bibir tetapi bertuhankan kebendaan, tetapi fikirkanlah hidup ini tidak
lama, simetri/ kesimbangan perlu wujud diantara dunia dan akhirat.Lakukan
kebaikan dan tegakkan Islam jika terdaya dan berkuasa, Bercakap untuk jalan
kebaikkan dan menegakkan Islam jika tidak berupaya untuk melakukannya.Dan
selemah lemah iman berdoa didalam hati untuk sesuatu kebaikkan dan supaya
Islam dapat ditegakkan.

Orang macam saya dan tuan tuan lain yang banyak menulis disini termasuk
didalam mereka yang tidak berkuasa untuk menutup pusat maksiat dan memegang
tangan orang Islam dari melakukan sesuatu yang mungkar dan bertentangan
dengan Islam, kerana kita tidak berdaya dan tidak berkuasa.Namun kita masih
memperkatakan untuk kebaikkan dan menegakkan Islam dengan mulut, pena dan
e-mail.Inilah peluang yang diberikan oleh allah swt dan saya
megunakannya.Jika saya tidak lakukan sekurang kurangnya ini maka saya tidak
bersyukur dengan nikmat internet dan telah kufur terhadap nikmat internet
yang diberikan oleh Allah swt kepada saya.

Yang baik dari Allah swt, yang buruk dari saya sendiri.

-----Original Message-----
From: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>
To: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: Faqir Fillah <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
<[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
[EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
<[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
[EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Saturday, 22 April 2000 17:57
Subject: Re: H-Net* Ahli Sufi



*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum wbt,
>
> Bagi mereka yg mengatakan bahawa sufi tidak ada dlm zaman Nabi dan para
> sahabat, maka di sini saya
> sertakan sebuah artikel bagi rujukan bersama. Bacalah
> dgn hati terbuka. Bukan niat utk mencari kemenangan
> drp Rahman dan Ibnu Muhajir.
>
> Kepada netters lain, bolehlah baca utk menambahkan
> ilmu pengetahuan.

Bukan kah saya dah kata.  Sufi ni pusing kot mana pun, akhirnya akan cuba
untuk SAMPAI KE TAHAP para Nabi dan Rasul serta PENYATUAN di dalam
KEESAAN ALLAH SWT.

Semua ni TAKDA NAS dalam AL Quran atau SUNNAH.

Paling tinggi pun taraf manusia untuk sampai adalah taraf Saidina Abu
Bakr As SIddiq.

Itupun tiada orang yang boleh sampai.

> 7: Kerohanian Islam Dan Ahli Sufi
>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "jowhar" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to