*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Tulisan ini adalah tambahan kepada isu KAFAQIRAN di dalam Islam yang
dinyatakan oleh Sufi.
Kalau benara KEFAQIRAN di sokong oleh Islam, mengapa TIADA SAHABAT
yang mati sebagai seorang FAQIR.
Saidina Abu Bakr sendiri pun apabila telah MENDERMAKAN keseluruhan
harta beliau ke jalan Islam, pada keesokan harinya telah pergi ke pasar
untuk mencari rezeki. Sehinggakan diceritakan oleh Tuan guru Haji Abdul
Hadi bahawa semasa S. Abu Bakar dilantik sebagai Khalifah, pada
keeseokan harinya beliau telah ke pasar untuk MENCARI REZEKI. jadi ini
semua adalah perkara2 yang BERLAWANAN dengan ajaran SUFI.
Saidina Ana bin Malik meniggal dunia dalam keadaaan yang KAYA RAYA
berkat dari doa Nabi SAW untuk beliau dimurahkan rezeki.
Di manakah islam mengajar umatnya menjadi FAQIR????. Takda lansung.
Malahan sekiranya ada orang kaya dan faqir dalam sesuatu masyarakat
Islam maka adalah menjadi TANGUNGJAWAB si KAYA itu untuk menolong si
Faqir keluar dari belenggu ke faqirannya.
PAra sahabat yang berada di dalam SUFFAH tidak pernah KEKAL di dalam
SUFFAH.
Mereka juga amat membenci MEMINTA2 atau MENDAPAT REZEKI dari hasil
pemebrian orang sahaja.
Malahan perkara pertama yang di minta oleh Abdul Rahman bin Auf apabila
tiba di Madinah selepas Hijrah adalah tunjuk jalan ke pasar Madinah
walaupun telah di TAWARKAN oleh sahabat kaum Ansar rumah, kekayaan serta
isteri.
Saidina Umar semasa menjadi Khalifah MENYAMAR sebagai rakyat biasa untuk
mencari kalau2 ada rakyatnya yang miskin dan faqir. Sehingga baginda
berjumpa dengan seorang JANDA yang terpaksa menipu anaknya dengan
memasak batu supaya anaknya tidak terus menangis kelaparan.
Banyak contoh2 yang menunjukkan para SAHABAT tidak MENYUKAI KEFAQIRAN
kerana ianya aadalah BERLAWANAN dengan AJARAN ISLAM.
Untuk pengetahuan lanjut, sila buka kitab " AZ ZAKAH" oleh Sheikh yusuf
Qardhawi.
Orang Islam yang sebenar MALU untuk tinggal dalam keadaan FAQIR. Kalau
ditakdirkan seseorang itu FAQIR maka demi untuk menhilangkan MALUNYA dia
akan berusaha BERTUNGKUS LUMUS untuk keluar dari batas kefaqiran.
Tujuan ASNAF ZAKAT kepada FAQIR adalah supaya mereka dapat menggunakan
WANG ZAKAT itu sebagai jalan untuk KELUAR dari ruang lingkup kefaqiran.
Wallahualam bissawab.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>