*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

kefakiran yg tercela ialah bila berjumpa dgn Allah nanti tiada membawa apa2 bekal 
justru ringan timbangan amalnya. Ringan timbangan amal disebabkan tauhid yg tidak 
murni. Tauhid yg tidak murni disebabkan ilmu yg tidak benar.

kefakiran yg terpuji ialah dgn Tauhid yg murni melalui ilmu yg benar. Tauhid yg murni 
akan membuahkan amal yg benar. Justru itu ALlah mengatakan bahwa org2 yg benar ialah 
mereka yg berperang (atttaubah (119-120). Org2 yg benar2 beriman ialah mrk yg berjihad 
(alanfal 74).

Bagaimana org yg berperang/jihad itu dikatakan benar tauhidnya, benar tauhid 
uluhiyahnya?. Kerana org yg berperang sudah tidak ada kepentingan duniawi 
(faqir/ikhlas disisi Rabbnya). Kerana yaqin bahwa ajal ditangan RabbNya, bahwa 
Rezekinya dibawah ujung senapangnya, menyaksikan bahwa syurga dibawah pedangnya, 
membenarkan ALLAH dan RASULNya, maka dia benar2 hambaNya, yg menurut segala PERENTAH 
fardhu.

Justru surah al-ikhlas itu dikatakan 1/3 dr alQuran kerana ianya membicarakan soal 
TAUHID. Kerana Quran mengandungi 3 bahagian-1/3 membicarakan tauhid, 1/3 membicarakan 
hukum/hakam syariat (perentah & larangan) dan 1/3 lagi membicarakan kisah2 nabi, 
kisah2 perang, kisah2 pengajaran.

Alalhua'lam, wslm
 


From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
Assalamualaikum wbt.

Semua manusia adalah hamba Allah.
Tetapi ramai manusia yang tidak mengenal diri dan mengakuinya.
Masih ramai yang lalai dan membudayakan cara hidupnya menjadi hamba kepada
selain Allah. Inilah yang Allah tujukan dengan kata-kata," ...mereka mengambil
Tuhan selain daripada Allah ..."

Malangnya , "hamba Allah" hanya untuk penyedap kata, menanam tebu di bibir.
Kebanyakan kita menyangka kita boleh menipu diri kita sendiri, sebenarnya tidak.

Betapa pula Allah mahu ditipunya. MUSTAHIL!

Hamba Allah tidak memiliki apa-apa terhadap Tuhannya.
Dirinya lahir dan batin adalah milik Allah. Satu helai bulu roma, rambut atau
satu sel pun pada dirinya bukan miliknya. Hatta umurnya, rezekinya, sihatnya,
hidupnya, matinya dan jodohnya adalah milik Allah.
 "Allahussomad". Allah itulah tempat sekalian makhluk bergantung.
Lalu apakah yang dibanggakan dan diegokan, "Aku ada itu dan ini? Itu milik Aku
dan ini milik Aku". Atau "Tanah ini milik aku? Pada hal sebutir tanah pun dia
tak boleh buat". Bak kata orang yang arif,"Datang telanjang bogel balik pun
orang yang tolong balut". Kerana setiap orang dilahirkan telanjang. Dan masa
matinya, dia pun tidak boleh berbuat apa-apa. Mandi pun orang lain yang
mandikan. Kain kapan pun orang lain yang tolong kapankan.

Allahlah yang memberi makanan dan minuman
Allahlah yang memberi teduhan dan perlindungan
Allahlah yang memberi pakaian dan kenderaan
Allahlah yang memberi kesihatan dan keselesaan
Dan semuanya Allah .....jadi semua manusia adalah pada hakikatnya faqirullah.
Yang insaf, sedar dan menghayatinya dengan sebenar ilmu amal dan petunjuk Allah
maka itulah sebenar-benar faqirullah.

Sesiapa yang tidak faham faqirullah maka janganlah pura-pura mengaku sebagai
hamba Allah. Pengucapan dan pengakuannya sendiri tidak dimengertinya.

Tetapi faqirullah tidak bermakna hidup faqir daripada segala harta benda. Yang
dilarang ialah ,"bersenang-senang dengan kesenangan harta yang melalaikan,
perniagaan yang melalaikan, anak isteri yang melalaikan daripada mengingati
Allah"

"Orang yang fakir ialah orang yang apabila tidak ada apa-apa dia tidak mengeluh
dan apabila berada ia bermurah hati memberi".

"Fakir itu ialah tidak ada kepunyaanku, walau pun aku berada maka itu bukan
kepunyaan ku".

"Milik Allahlah sekalian yang ada diLangit dan diBumi". AL Ayat.

"Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) melebihi atas diri mereka,
sekalipun mereka mengalami kesusahan". AL Hasyir : 9

Kepada Allah jua dipohonkan keampunan.
Allah lebih mengetahui.
Wassalamualaikum wbt.
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke