RAFIDAH DEDAHKAN POLITIK KAIN BATIK DALAM UMNO

ROSLAN SMS

Ketika meresmikan mesyuarat Persatuan Usahawan Wanita Malaysia Berwawasan baru-baru ini Kak Rafidah Aziz yang sedang bergelut berjuang menentang Kak Siti bagi merebut takhta Ketua Pergerakan Wanita UMNO mendedahkan bahawa politik wang sememangnya telah ujud dalam UMNO sejak tahun 80an lagi. Malah hari ini pun kemungkaran ini masih berlaku. Menurut beliau para perwakilan perlu ikhlas dalam membuat pemilihan dan tidak terpengaruh dengan budaya hodoh ini. Beliau dipetik dalam akhbar The Star (24/4/2000 pg. 4) sebagai berkata:

What kind of UMNO leaders do we want?

Beliau menasihatkan para perwakilan agar tidak membalas budi calon-calon yang menyogok mereka dengan memberi undi. Belaiu berkata:

If someone gives you something but you feel someone else deserves your vote more, then go ahead and vote for someone else.

Dalam erti kata lain sekiranya ejen-ejen Kak Siti menyogok para perwakilan sedangkan para perwakilan memikirkan Kak Rafidah lebih layak, maka undilah Kak Rafidah tapi sogokan tadi terimalah juga! Bermakna poltik wang sememangnya sedang berleluasa dalam UMNO sekarang. Dulu dikatakan Datuk Seri Anwar dan sebelumnya Ku Li yang amalkan politik wang ini. Kini Datuk Seri Anwar dan Ku Li (yang dibatalkan haknya bertanding oleh MT Mahathir) tiada dalam pertandingan, yang tinggal dan bertanding untuk pemilihan UMNO Mei nanti cuma kroni-kroni dan suku sakat Mahathir belaka seperti Kak Rafidah, Kak Siti dan lain-lain. Oleh itu jelaslah yang mengkotor dan menjahanmkan UMNO adalah orang-orang PM belaka dan bukan orang lain.

Kak Rafidah sendiri mengaku:

We know this has been happening for a long time. If it wasn’t money politics, it is selendang politics, kain batik politics, kain sutera politics or other gifts to delegates.

Maka benarlah dakwaan kerabat BA bahawa yang mengotorkan politik negara ini adalah orang-orang UMNO juga. Kalau dalam parti mereka sendiri sebagaimana diakui oleh Kak Rafidah kain batik, selendang, sutera dan wang digunakan secara terbuka inikan pula ketika pilihanraya umum dan pilihanraya kecil. UMNO kotor dan dikotorkan oleh kalangan pimpinan mereka sendiri malah Kak Rafidah sendiri pun bukannya bersih sangat, beliau jatuh tergolek dari kerusi empok Ketua Wanita dulu pun kerana terlibat memberikan saham-saham MITI kepada kroni-kroninya. Demikianlah UMNO hari ini, apalah nak diharapkan nasib orang Melayu ditangan pembolot harta yang rakus, rasuah dan mungkar ini, kepada sahabat-sahabat yang masih berada dalam UMNO, cuba-cubalah cari jalan keluar, jangan kita menjadi buta dalam dunia yang dipenuhi oleh orang-orang buta. Bak kata pepatah Inggeris:

In the land of the blind the one eyed jack rules….

[EMAIL PROTECTED]



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

Kirim email ke