*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah Ta'ala, bermaksud :

"Katakanlah : "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang 
yang paling merugi (amalan) perbuatannya?"

Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, 
sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur 
terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan 
Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari Kiamat.

Demikianlah balasan mereka itu Neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka 
dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan Rasul-rasul-Ku sebagai 
olok-olok.

Sesungguhnya orang-orang yang berIman dan beramal saleh, bagi mereka adalah 
Syurga Firdaus menjadi tempat tinggal.

Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.

Katakanlah : "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) 
kalimat-kalimat Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis 
(ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak 
itu (pula)."

Katakanlah : "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang 
diwahyukan kepadaku : "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang 
Esa." Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia 
mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun 
dalam beribadat kepada Tuhannya."

[Al-Kahfi : 103-110]



Assalamualaikum sahabatku saudara/i yang dikasihi…

Bertemu kembali di pelayaran cyber maya ini. Sudah lama saya tidak menulis, 
disebabkan kesuntukan masa dan ruang yang amat terbatas. Tujuan saya menulis 
di hizbi.net ini pun bukanlah untuk mengeruhkan lagi suasana perbincangan 
mengenai Tasauf dan Sufi yang sedang hangat "membara" ini. Cuma sekadar 
ingin bertanya khabar dan memberi sedikit pandangan serta nasihat kepada 
mereka-mereka yang terlibat di dalam sesi muzakarah tajuk tersebut.

Apabila saya melihat email-email yang dikirimkan di hizbi.net kebelakangan 
ini, betapa Ilmu Tasauf dan amalan ahli Sufi diperlekehkan. Tuduhan-tuduhan 
"kejam" seperti meng-KAFIR-kan Ulama' Sufi, me-MURTAD-kan Ulama' Sufi, 
mem-BID'AH-kan Ulama' Sufi dan me-NYESAT-kan Ulama' Sufi begitu menjadi-jadi 
dilakukan oleh "budak-budak nakal" yang masih hingusan. Nak dikata belajar 
tinggi tidak juga, nak dikatakan berilmu tidak juga, nak dikatakan berIman 
tidak juga, cuma...cuma saya boleh katakan "budak-budak nakal" ini KURANG 
AJAR!

Sebab apa saya mengatakan KURANG AJAR??? Sebabnya senang-senang mereka 
meng-KAFIR- Ulama' Sufi, me-MURTAD-kan Ulama Sufi, mem-BID'AH-kan Ulama' 
Sufi dan me-NYESAT-kan Ulama' Sufi malah menolak ilmu Tasauf sama sekali. 
Saya tidak akan mengulaskan perkara ini panjang-panjang, sebab sebelum ini 
pun saya pernah bermuzakarah tajuk Tasauf ini dengan begitu panjang lebar 
dengan "budak-budak nakal" tersebut dan akhirnya saya terpaksa "menarik 
diri" dari perbahasan isu tersebut bagi mengelak daripada berlaku perpecahan 
kepada netters lain yang tidak tahu langsung pengertian sebenar apa yang 
dimaksudkan dengan Tasauf, Kesufian dan amalannya.

Di dalam "kehilangan" saya selama ini pun, rupa-rupanya ada juga orang yang 
menyebut-nyebut nama saya. Patutlah tersedak saya semalam semasa hendak 
minum air. Ingat juga "si mamat" pada saya!

Puak-puak pelampau yang mengaku mereka dari kalangan salaf dan ASWJ, 
menyerang pendokong-pendokong ilmu Tasauf dan Tariqat kononnya puak-puak 
Sufi terkeluar akidah mereka dan sesat, bid'ah serta kafir dan sebagainya 
lagi. Saya juga dituduh sesat dan ahli bid'ah yang melampau. Dalam pada itu 
saya juga dilebel sebagai ahli Sufi yang terkenal dengan kebid'ahannya dan 
kesesatannya yang melampau.

Saya tidak menggelar dan mengatakan yang diri saya ahli Sufi, tetapi mereka 
beria-ia benar mengaitkan saya dengan gelaran Ahli Sufi. Secara tidak 
langsung, ini akan memburukkan dan akan membinasakan diri mereka sendiri 
kerana kaitan telahan ini dengan Ulama'-ulama Sufi besar yang lain.

Jikalau ada di antara saudara/i yang ingin menyesatkan, mengkafirkan, 
membid'ahkan ilmu serta amalan saya sakalipun, janganlah mengaitkan dengan 
nama-nama dan ajaran-ajaran Ulama' dan ahli Sufi yang lain. Jangan menjual 
nama mereka demi untuk merealisasikan cita-cita jahat anda.

Jangan dianggap mudah untuk mengkafirkan, menyesatkan, membid'ahkan, 
mensyirikkan akan sesuatu ilmu dan amalan seseorang itu, sekiranya anda 
sendiri tidak memiliki dan menguasai ilmu tersebut. Apatah lagi anda 
langsung tidak mahu mengkajinya secara teliti dan detail (secara ilmiah).

Sabda Rasulullah SAW, bermaksud :

"Maka jadikan diri kamu itu akan orang yang mengajar akan ilmu itu, dan 
sekiranya kita tidak dapat jadikan diri kita tidak boleh mengajar, maka 
hendaklah belajar. Dan kalau diri kita tidak boleh jadikan diri kita 
belajar, maka jadikan diri kita orang yang mendengar, mendengar yang memberi 
pengajaran. Yang keempatnya, jika kita tidak boleh mendengar umpamanya 
kesihatan kita terganggu atau sebagainya, maka hendaklah menjadi di kalangan 
orang yang mencintai ilmu. Satu orang yang mengajar, belajar, mendengar dan 
mencintai. Jangan kamu menjadi orang yang kelima! Mengajar pun tidak, 
belajar pun tidak, mendengar pun tidak, mencintai pun tidak, bahkannya 
menentang proses perkembangan ilmu, binasalah kamu!"


Nilai dahulu siapa diri anda jika hendak dibandingkan dengan keilmuan dan 
ketokohan Ulama'-ulama Sufi terdahulu. Kalau anda setakat menadah kitab dan 
menadah tangan kepada guru yang sedang mengajar, janganlah sombong 
mengatakan andalah lebih segala-galanya. Padahal anda masih menagih simpati 
ilmu daripada tok guru anda untuk dimenafaatkan, masih menadah kitab!

Jika anda menggunakan kata-kata orang lain (ciplak) di dalam hujjah, 
janganlah jadi "sombong bodoh" mengatakan itu adalah ilmu anda sendiri, 
padahal anda langsung tidak tahu apa-apa. Ibarat "LEMBU yang dicucuk 
hidungnya......."

Jangan jadi LEMBU....lembu ada nafsu, tiada akal.....mungkin perangai ini 
(LEMBU) kot yang menguasai QALBUN "budak-budak nakal ini"!

Ada pula itu, kononnya dakwa belajar di Mesir…tapi makna dan pengertian SUFI 
satu habuk pun tidak tahu. Ingat-ingat sikit, kita dah masuk alaf baru, 
takkan masih terkial-kial, terkinja-kinja nak cari makna SUFI…tak 
jumpa-jumpa. Inilah jahilnya manusia! Inilah dia contoh "budak mentah" yang 
belajar ilmu kononnya di Mesir!

Kita pun pergi juga ke Mesir (5-6 tahun), tapi bila balik tanahair tidaklah 
sampai menyesatkat orang, mengkafirkan orang, membid'ahkan Ulama', 
memurtadkan Ulama, mensyirikkan Ulama' dan sebagainya.

Adalah menjadi kebiasaan bagi puak-puak hipokrit ini yang menentang ilmu dan 
kefahaman Tasauf dan ahli Sufi memiliki dan mengkehendaki perselisihan 
diperdebatkan dengan taktik kotor, semacam sudah tidak ada kerja lain yang 
hendak dibuat. Bagi mereka, akan menjadi suatu kepuasan sekiranya orang yang 
tidak sehaluan dengan fahaman aliran dan pemikiran mereka dihukum "PANCUNG" 
bagi membuktikan yang fahaman aliran pemikiran merekalah semata-mata 
benarnya.

Memang benar perbezaan pendapat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. 
Jika antara suami dan isteri pun tidak boleh disatukan pendapat, apalagi 
antara manusia yang tiada hubungan darah! Inilah yang berlaku. Masing-masing 
hendak mencari populariti lebih daripada mencari jalan penyelesaian dan 
kefahaman bersama untuk kebaikan ummah terkini dan terkemudian.

Kepada pendokong-pendokong (pencinta) aliran kesufian dan tasauf, diharap 
bersabar dan membawa bertenang apabila bermuzakarah dengan puak-puak 
pelampau agama ini. Gunakan pendekatan yang cukup berhemah dan berbudi 
pekerti yang baik. Jangan ikut rentak musuh yang sedang amarah. Teruskan 
usaha-usaha saudara/i di dalam memartabatkan ilmu Tasauf dan aliran Kesufian 
ini. Saya memberi sokongan padu untuk anda semua.

JIKA PERLU, jangan melayani mereka-mereka yang angkuh dan sombong. Anda 
suaplah ilmu atau kebenaran fakta hujjah atau apa sekalipun, tetapi 
sekiranya mereka yang jahil ini tidak mahu mengerti dan menerima hakikat 
sebenarnya, ia tidak akan pergi kemana-mana. Kalau sudah diri itu jahil, 
tetapi masih tetap mahu bertahan dengan kejahilan diri sendiri, 
maaflah…tiada ubatnya! Ini sudah berlaku, dan anda semua sudah dipertonton 
dan merasainya.

Seperkara lagi hendak saya ingatkan kepada rakan-rakan, jika diteliti dengan 
cermat, terdapat di dalam hizbi.net ini netters yang menggunakan "nick name" 
yang berbagai-bagai. Padahal ia daripada satu sumber yang sama (orang yang 
sama). Oleh itu berhati-hati bila melayani puak-puak ini!

Puak-puak pelampau agama ini memang gemar membuat "U" TURN, itu sebab kita 
tengok kadang-kadang depa terbabas dan tonggang-terbalik dibuatnya, punyalah 
nak buat "U" TURN. Tak boleh cara ini, dibelok pula cara itu. Inilah yang 
dikatakan "lesen" beli atau "lesen" kedai kopi!

Kepada di kalangan netters yang langsung tidak mengetahui apa-apa tentang 
ilmu Tasauf dan Kesufian, di harap bersabar, bertenang dan belajarlah dahulu 
mengenal ilmu tersebut. Jangan mudah melatah dan terbawa-bawa dengan hasutan 
dan fitnah yang dibawa oleh puak pelampau tersebut. Nanti anda dkhuatiri 
akan terjebak ke dalam kesesatan dan menghadapi dosa yang sia-sia akibat 
daripada kejahilan diri yang melampau. Tidak tahu bertanya dan belajar! 
Jangan jadi "pak turut" (macam LEMBU yang kena cucuk hidung)!

Saya tidak bercadang untuk melibatkan diri di dalam mempertahankan hujjah 
yang ditemplak oleh puak-puak pelampau agama ini. Sebab, tiada gunanya 
berbuat demikian. Kalau sesuatu kebenaran yang sudah dinyatakan oleh Allah 
Ta'ala, tidak perlulah watikah perlatikan ka, apa ka, …Tuhan tidak 
memerlukan itu semua untuk menyatakan kekuasaannya. Kita manusia, jangan 
sombong bodoh dan jahil terhadap PENCIPTA!

Lain kali, kalau belajar dan mengaji Al-Qur'an dan Al-Hadis….belajar dan 
mengajilah sampai habis. Jangan ambil sikit-sikit dan dengar cakap-cakap 
orang di kaki lima. Kalau dah buta mata hati tak nampak "jalan", bukalah 
besar-besar mata zahir tu, cari jawapan-jawapannya di dalam Al-Qur'an dan 
Al-Hadis insya-Allah anda akan jumpa jawapannya nanti. Jangan melatah 
berlebihan, sudahlah!

Tetapi kalau dah "mata hati" anda tetap dibutakan Allah Ta'ala, tak 
celik-celik...wallahu ta'ala a'lam!

Kepada netters yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya, dengan 
kenyataan ilmu yang saya sebarkan, anda boleh datang sendiri (menghubungi) 
menemui saya secara bersemuka (face to face) pada bila-bila masa sahaja. 
InsyaAllah saya sedia "melayani" anda semua dengan kadar yang terbaik. 
Jikalau anda merasakan perlu membawa kitab-kitab rujukan anda, dipersilakan. 
Setiap benda atau perbuatan (ilmu) yang baik, saya juga sedia mendengar dan 
belajar. Yang pasti di antara kita mempunyai niat yang ikhlas!

Anggaplah kita sama-sama belajar dan mencari penyelesaian daripada 
kekusutan. Cuma janganlah mudah "melatah". Soal meng-KAFIR-kan orang, 
mem-BID'AH-kan orang, me-NYESAT-kan orang, men-SYIRIK-kan orang itu bukan 
kerja saya DAN itu juga bukan tugas rutin saudara/I  mempromosikannya.

Kalau tanya kepada saya berkenaan Tasauf, apa yang saya tulis itulah 
jawapannya. Tiada pusing-pusing punya! Itulah budaya ilmu, amalan dan hidup 
saya.

Akhir sekali, saya juga mengambil kesempatan kepada sahabat-sahabat 
saudara/I netters yang lain sama ada di dalam dan luar negara, di dalam 
channel hizbi.net atau yang lainnya, yang menghubungi saya secara langsung 
atau tidak langsung, diucapkan berbanyak terima kasih. Walaupun saya sudah 
lama tidak menulis di hizbi.net ini, namun kalian tetap menghubungi saya 
secara peribadi. Saya cukup menghargainya! Terima kasih!



Insya-Allah jika ada kesempatan masa dan ruang, akan dilayari beberapa bahan 
ilmiah untuk jadikan I'tibar, ilmu dan amalan. Insya-Allah!


Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......



Salam sayang dan rindu dari saya.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

No.1, Jalan Mutiara 10/3, Taman Sri Nanding,
43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Telefon : 03 90214508

e-mail -        [EMAIL PROTECTED]
                [EMAIL PROTECTED]


________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke