*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hi, Tal, that's again me! may i ask you please? Can you read it and what is 
it about? i'll tell you what's that tomorrow o'k? but try read it!!!
thank you!!!
     POKA! Maksara.


>From: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Salam...
>Date: Tue, 25 Apr 2000 05:13:08 PDT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Firman Allah Ta'ala, bermaksud :
>
>"Katakanlah : "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang 
>yang paling merugi (amalan) perbuatannya?"
>
>Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia 
>ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.
>
>Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan 
>(kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan-amalan mereka, 
>dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari 
>Kiamat.
>
>Demikianlah balasan mereka itu Neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka 
>dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan Rasul-rasul-Ku sebagai 
>olok-olok.
>
>Sesungguhnya orang-orang yang berIman dan beramal saleh, bagi mereka adalah 
>Syurga Firdaus menjadi tempat tinggal.
>
>Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.
>
>Katakanlah : "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) 
>kalimat-kalimat Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis 
>(ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan 
>sebanyak itu (pula)."
>
>Katakanlah : "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang 
>diwahyukan kepadaku : "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang 
>Esa." Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia 
>mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun 
>dalam beribadat kepada Tuhannya."
>
>[Al-Kahfi : 103-110]
>
>
>
>Assalamualaikum sahabatku saudara/i yang dikasihi…
>
>Bertemu kembali di pelayaran cyber maya ini. Sudah lama saya tidak menulis, 
>disebabkan kesuntukan masa dan ruang yang amat terbatas. Tujuan saya 
>menulis di hizbi.net ini pun bukanlah untuk mengeruhkan lagi suasana 
>perbincangan mengenai Tasauf dan Sufi yang sedang hangat "membara" ini. 
>Cuma sekadar ingin bertanya khabar dan memberi sedikit pandangan serta 
>nasihat kepada mereka-mereka yang terlibat di dalam sesi muzakarah tajuk 
>tersebut.
>
>Apabila saya melihat email-email yang dikirimkan di hizbi.net kebelakangan 
>ini, betapa Ilmu Tasauf dan amalan ahli Sufi diperlekehkan. Tuduhan-tuduhan 
>"kejam" seperti meng-KAFIR-kan Ulama' Sufi, me-MURTAD-kan Ulama' Sufi, 
>mem-BID'AH-kan Ulama' Sufi dan me-NYESAT-kan Ulama' Sufi begitu 
>menjadi-jadi dilakukan oleh "budak-budak nakal" yang masih hingusan. Nak 
>dikata belajar tinggi tidak juga, nak dikatakan berilmu tidak juga, nak 
>dikatakan berIman tidak juga, cuma...cuma saya boleh katakan "budak-budak 
>nakal" ini KURANG AJAR!
>
>Sebab apa saya mengatakan KURANG AJAR??? Sebabnya senang-senang mereka 
>meng-KAFIR- Ulama' Sufi, me-MURTAD-kan Ulama Sufi, mem-BID'AH-kan Ulama' 
>Sufi dan me-NYESAT-kan Ulama' Sufi malah menolak ilmu Tasauf sama sekali. 
>Saya tidak akan mengulaskan perkara ini panjang-panjang, sebab sebelum ini 
>pun saya pernah bermuzakarah tajuk Tasauf ini dengan begitu panjang lebar 
>dengan "budak-budak nakal" tersebut dan akhirnya saya terpaksa "menarik 
>diri" dari perbahasan isu tersebut bagi mengelak daripada berlaku 
>perpecahan kepada netters lain yang tidak tahu langsung pengertian sebenar 
>apa yang dimaksudkan dengan Tasauf, Kesufian dan amalannya.
>
>Di dalam "kehilangan" saya selama ini pun, rupa-rupanya ada juga orang yang 
>menyebut-nyebut nama saya. Patutlah tersedak saya semalam semasa hendak 
>minum air. Ingat juga "si mamat" pada saya!
>
>Puak-puak pelampau yang mengaku mereka dari kalangan salaf dan ASWJ, 
>menyerang pendokong-pendokong ilmu Tasauf dan Tariqat kononnya puak-puak 
>Sufi terkeluar akidah mereka dan sesat, bid'ah serta kafir dan sebagainya 
>lagi. Saya juga dituduh sesat dan ahli bid'ah yang melampau. Dalam pada itu 
>saya juga dilebel sebagai ahli Sufi yang terkenal dengan kebid'ahannya dan 
>kesesatannya yang melampau.
>
>Saya tidak menggelar dan mengatakan yang diri saya ahli Sufi, tetapi mereka 
>beria-ia benar mengaitkan saya dengan gelaran Ahli Sufi. Secara tidak 
>langsung, ini akan memburukkan dan akan membinasakan diri mereka sendiri 
>kerana kaitan telahan ini dengan Ulama'-ulama Sufi besar yang lain.
>
>Jikalau ada di antara saudara/i yang ingin menyesatkan, mengkafirkan, 
>membid'ahkan ilmu serta amalan saya sakalipun, janganlah mengaitkan dengan 
>nama-nama dan ajaran-ajaran Ulama' dan ahli Sufi yang lain. Jangan menjual 
>nama mereka demi untuk merealisasikan cita-cita jahat anda.
>
>Jangan dianggap mudah untuk mengkafirkan, menyesatkan, membid'ahkan, 
>mensyirikkan akan sesuatu ilmu dan amalan seseorang itu, sekiranya anda 
>sendiri tidak memiliki dan menguasai ilmu tersebut. Apatah lagi anda 
>langsung tidak mahu mengkajinya secara teliti dan detail (secara ilmiah).
>
>Sabda Rasulullah SAW, bermaksud :
>
>"Maka jadikan diri kamu itu akan orang yang mengajar akan ilmu itu, dan 
>sekiranya kita tidak dapat jadikan diri kita tidak boleh mengajar, maka 
>hendaklah belajar. Dan kalau diri kita tidak boleh jadikan diri kita 
>belajar, maka jadikan diri kita orang yang mendengar, mendengar yang 
>memberi pengajaran. Yang keempatnya, jika kita tidak boleh mendengar 
>umpamanya kesihatan kita terganggu atau sebagainya, maka hendaklah menjadi 
>di kalangan orang yang mencintai ilmu. Satu orang yang mengajar, belajar, 
>mendengar dan mencintai. Jangan kamu menjadi orang yang kelima! Mengajar 
>pun tidak, belajar pun tidak, mendengar pun tidak, mencintai pun tidak, 
>bahkannya menentang proses perkembangan ilmu, binasalah kamu!"
>
>
>Nilai dahulu siapa diri anda jika hendak dibandingkan dengan keilmuan dan 
>ketokohan Ulama'-ulama Sufi terdahulu. Kalau anda setakat menadah kitab dan 
>menadah tangan kepada guru yang sedang mengajar, janganlah sombong 
>mengatakan andalah lebih segala-galanya. Padahal anda masih menagih simpati 
>ilmu daripada tok guru anda untuk dimenafaatkan, masih menadah kitab!
>
>Jika anda menggunakan kata-kata orang lain (ciplak) di dalam hujjah, 
>janganlah jadi "sombong bodoh" mengatakan itu adalah ilmu anda sendiri, 
>padahal anda langsung tidak tahu apa-apa. Ibarat "LEMBU yang dicucuk 
>hidungnya......."
>
>Jangan jadi LEMBU....lembu ada nafsu, tiada akal.....mungkin perangai ini 
>(LEMBU) kot yang menguasai QALBUN "budak-budak nakal ini"!
>
>Ada pula itu, kononnya dakwa belajar di Mesir…tapi makna dan pengertian 
>SUFI satu habuk pun tidak tahu. Ingat-ingat sikit, kita dah masuk alaf 
>baru, takkan masih terkial-kial, terkinja-kinja nak cari makna SUFI…tak 
>jumpa-jumpa. Inilah jahilnya manusia! Inilah dia contoh "budak mentah" yang 
>belajar ilmu kononnya di Mesir!
>
>Kita pun pergi juga ke Mesir (5-6 tahun), tapi bila balik tanahair tidaklah 
>sampai menyesatkat orang, mengkafirkan orang, membid'ahkan Ulama', 
>memurtadkan Ulama, mensyirikkan Ulama' dan sebagainya.
>
>Adalah menjadi kebiasaan bagi puak-puak hipokrit ini yang menentang ilmu 
>dan kefahaman Tasauf dan ahli Sufi memiliki dan mengkehendaki perselisihan 
>diperdebatkan dengan taktik kotor, semacam sudah tidak ada kerja lain yang 
>hendak dibuat. Bagi mereka, akan menjadi suatu kepuasan sekiranya orang 
>yang tidak sehaluan dengan fahaman aliran dan pemikiran mereka dihukum 
>"PANCUNG" bagi membuktikan yang fahaman aliran pemikiran merekalah 
>semata-mata benarnya.
>
>Memang benar perbezaan pendapat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. 
>Jika antara suami dan isteri pun tidak boleh disatukan pendapat, apalagi 
>antara manusia yang tiada hubungan darah! Inilah yang berlaku. 
>Masing-masing hendak mencari populariti lebih daripada mencari jalan 
>penyelesaian dan kefahaman bersama untuk kebaikan ummah terkini dan 
>terkemudian.
>
>Kepada pendokong-pendokong (pencinta) aliran kesufian dan tasauf, diharap 
>bersabar dan membawa bertenang apabila bermuzakarah dengan puak-puak 
>pelampau agama ini. Gunakan pendekatan yang cukup berhemah dan berbudi 
>pekerti yang baik. Jangan ikut rentak musuh yang sedang amarah. Teruskan 
>usaha-usaha saudara/i di dalam memartabatkan ilmu Tasauf dan aliran 
>Kesufian ini. Saya memberi sokongan padu untuk anda semua.
>
>JIKA PERLU, jangan melayani mereka-mereka yang angkuh dan sombong. Anda 
>suaplah ilmu atau kebenaran fakta hujjah atau apa sekalipun, tetapi 
>sekiranya mereka yang jahil ini tidak mahu mengerti dan menerima hakikat 
>sebenarnya, ia tidak akan pergi kemana-mana. Kalau sudah diri itu jahil, 
>tetapi masih tetap mahu bertahan dengan kejahilan diri sendiri, 
>maaflah…tiada ubatnya! Ini sudah berlaku, dan anda semua sudah dipertonton 
>dan merasainya.
>
>Seperkara lagi hendak saya ingatkan kepada rakan-rakan, jika diteliti 
>dengan cermat, terdapat di dalam hizbi.net ini netters yang menggunakan 
>"nick name" yang berbagai-bagai. Padahal ia daripada satu sumber yang sama 
>(orang yang sama). Oleh itu berhati-hati bila melayani puak-puak ini!
>
>Puak-puak pelampau agama ini memang gemar membuat "U" TURN, itu sebab kita 
>tengok kadang-kadang depa terbabas dan tonggang-terbalik dibuatnya, 
>punyalah nak buat "U" TURN. Tak boleh cara ini, dibelok pula cara itu. 
>Inilah yang dikatakan "lesen" beli atau "lesen" kedai kopi!
>
>Kepada di kalangan netters yang langsung tidak mengetahui apa-apa tentang 
>ilmu Tasauf dan Kesufian, di harap bersabar, bertenang dan belajarlah 
>dahulu mengenal ilmu tersebut. Jangan mudah melatah dan terbawa-bawa dengan 
>hasutan dan fitnah yang dibawa oleh puak pelampau tersebut. Nanti anda 
>dkhuatiri akan terjebak ke dalam kesesatan dan menghadapi dosa yang sia-sia 
>akibat daripada kejahilan diri yang melampau. Tidak tahu bertanya dan 
>belajar! Jangan jadi "pak turut" (macam LEMBU yang kena cucuk hidung)!
>
>Saya tidak bercadang untuk melibatkan diri di dalam mempertahankan hujjah 
>yang ditemplak oleh puak-puak pelampau agama ini. Sebab, tiada gunanya 
>berbuat demikian. Kalau sesuatu kebenaran yang sudah dinyatakan oleh Allah 
>Ta'ala, tidak perlulah watikah perlatikan ka, apa ka, …Tuhan tidak 
>memerlukan itu semua untuk menyatakan kekuasaannya. Kita manusia, jangan 
>sombong bodoh dan jahil terhadap PENCIPTA!
>
>Lain kali, kalau belajar dan mengaji Al-Qur'an dan Al-Hadis….belajar dan 
>mengajilah sampai habis. Jangan ambil sikit-sikit dan dengar cakap-cakap 
>orang di kaki lima. Kalau dah buta mata hati tak nampak "jalan", bukalah 
>besar-besar mata zahir tu, cari jawapan-jawapannya di dalam Al-Qur'an dan 
>Al-Hadis insya-Allah anda akan jumpa jawapannya nanti. Jangan melatah 
>berlebihan, sudahlah!
>
>Tetapi kalau dah "mata hati" anda tetap dibutakan Allah Ta'ala, tak 
>celik-celik...wallahu ta'ala a'lam!
>
>Kepada netters yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya, dengan 
>kenyataan ilmu yang saya sebarkan, anda boleh datang sendiri (menghubungi) 
>menemui saya secara bersemuka (face to face) pada bila-bila masa sahaja. 
>InsyaAllah saya sedia "melayani" anda semua dengan kadar yang terbaik. 
>Jikalau anda merasakan perlu membawa kitab-kitab rujukan anda, 
>dipersilakan. Setiap benda atau perbuatan (ilmu) yang baik, saya juga sedia 
>mendengar dan belajar. Yang pasti di antara kita mempunyai niat yang 
>ikhlas!
>
>Anggaplah kita sama-sama belajar dan mencari penyelesaian daripada 
>kekusutan. Cuma janganlah mudah "melatah". Soal meng-KAFIR-kan orang, 
>mem-BID'AH-kan orang, me-NYESAT-kan orang, men-SYIRIK-kan orang itu bukan 
>kerja saya DAN itu juga bukan tugas rutin saudara/I  mempromosikannya.
>
>Kalau tanya kepada saya berkenaan Tasauf, apa yang saya tulis itulah 
>jawapannya. Tiada pusing-pusing punya! Itulah budaya ilmu, amalan dan hidup 
>saya.
>
>Akhir sekali, saya juga mengambil kesempatan kepada sahabat-sahabat 
>saudara/I netters yang lain sama ada di dalam dan luar negara, di dalam 
>channel hizbi.net atau yang lainnya, yang menghubungi saya secara langsung 
>atau tidak langsung, diucapkan berbanyak terima kasih. Walaupun saya sudah 
>lama tidak menulis di hizbi.net ini, namun kalian tetap menghubungi saya 
>secara peribadi. Saya cukup menghargainya! Terima kasih!
>
>
>
>Insya-Allah jika ada kesempatan masa dan ruang, akan dilayari beberapa 
>bahan ilmiah untuk jadikan I'tibar, ilmu dan amalan. Insya-Allah!
>
>
>Wallahu ta'ala a'lam.......
>
>Wassalamu.......
>
>
>
>Salam sayang dan rindu dari saya.......
>
>Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
>
>No.1, Jalan Mutiara 10/3, Taman Sri Nanding,
>43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
>
>Telefon : 03 90214508
>
>e-mail -       [EMAIL PROTECTED]
>               [EMAIL PROTECTED]
>
>
>________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Maksara Dondokova" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke