*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Dalam Kitab Allah, Allah mengatakan : Allah menyaksikan tiada tuhan melainkan DIa, 
demikian juga para malaikat telah menyaksikan (tiada tuhan melainkan Dia),
dan orang-orang yang berilmu keadilan telah menyaksikan (tiada tuhan melainkan Dia). 
Ayat ini kerapa diwirid selepas solat Maghrib, Isya' dan Subuh.

Apakah penyaksian itu adalah sama dengan pengucapan? Orang yang bersaksi sama dengan 
orang yang berucap. Dalam mahkamah dunia pun orang yang tidak bersaksi (menyaksikan) 
tidak layak menjadi saksi atau naik saksi, betapa pula mahkamah Akhirat?

Nabi SAW ketika ditanya Jibrail a.s. berkenaan dengan Iman, Islam, Ihsan. Berkenaan 
dengan Islam , Nabi SAW menjawab," Bermula Islam itu ialah engkau menyaksikan tiada 
tuhan melainkan Allah dan engkau menyaksikan Muhammad ialah Rasul Allah ......(hingga 
ke akhir Hadis)".

Begitu juga makam Ihsan. Melihat itu adalah semakna dengan Ihsan.

Berkenaan dengan syahid, ia adalah semakna dengan "telah menyaksikan".
Orang yang ingin mati syahid sepatutnya hidupnya adalah syahid.
Sebagaimana orang yang ingin mati dalam Iman, hidupnya mestilah berIman.
Orang yang ingin mati dalam Islam , hidupnya mestilah dalam Islam.

Berkenaan dengan orang-orang Islam yang berperang kemudian mati. Sila rujuk kepada 
beberapa Ayat Allah yang lain dan Hadis yang lain. Allah hanya menjanjikan kepada 
orang yang berperang itu mati syahid sekiranya tiada syirik di hatinya. Demikian juga 
kepada orang yang berhijrah. Setiap orang akan dibalasi ALlah setimpal dengan iktiqad, 
akidah dan amalnya.

Dalam beberapa Hadis telah diterangkan betapa kumpulan/golongan yang awal sekali di 
HIsab ALlah dan masuk ke Neraka Jahanam (berlindung daku daripada ALlah), ialah tiga 
golongan ini.

1. Wira/pahlawan yang terkorban syahid di medan pertempuran menegak kalimah ALlah 
tetapi ingin dikenal sebagai wira/pahlawan.

2. Qari yang mengajar Quran untuk menyebarkan ilmu dan membentras kesesatan dan 
kejahilan. Tetapi ingin dikenal sebagai Qari/Hafiz dan sebagainya.

3. Hartawan yang bersedekah dan berderma kepada orang Islam dan menenguhkan ekonomi 
umat Islam. Tetapi ingin dikenal sebagai seorang hartawan dan dermawan.

Setiap orang daripada kumpulan itu telah pun mendapat balasannya di dunia, iaitu 
dikenali dan dipuja serta disanjung. Di akhirat, jangan diharap mendapat satu bahagian 
pun di sisi Tuhannya.

Ini menunjukkan betapa syirik itu telah merosakkan amal, tanggungjawab dan peranan 
manusia sebagai mengabdikan dirinya hanya kepada Tuhannya. Walau pun amalan baik, 
benar dan menepati Quran dan Hadis dengan menjadi pejuang Islam, pendakwah yang Hafiz 
Quran, serta hartawan yang dermawan, tetapi berkenaan dengan syirk , Allah SWT tidak 
berkompromi dengannya (berlindung daku daripadaNya).

Apakah mereka itu tidak mengetahui, berilmu dan memahami Quran? Terutamanya Qari?

Fikir-fikirlah bersama. Saya pun tidak tentu dan pasti (Allah jua yang lebih 
mengetahui). Kadang-kadang apabila membicarakan kes orang lain, seolah-olah kes itu 
kena pada orang lain sahaja. Diri sendiri telah terlepas. Inilah wajib diperhatikan.

"Kamu menyeru manusia (kepada yang Hak) tetapi melupakan diri kamu sendiri".

Inilah yang lebih malang.

Wallah hu 'alam.
Wassalamualaikum wbt.



ibn muhajir wrote:

> salam~
>
> 1. Yang pentingnya,Tauhid mestilah dengan bukti penyaksian! (you wrote)
>
> Penyaksian adalah syahadah. Mengucap/lafaz syahadah ialah kalimat toyyibah, yg 
>membedakan islam & kafir.
>
> Org yg syahid dikatakan telah mendapat syahadah krn darah2nya akan menjadi saksi 
>diakherat kelak (lihat kitab2 jihad).
>
> berbalik pd jihad/perang. Jihad membedakan antara mukmin & munafik, antara org2 yg 
>taqwa dan org2 fasiq, antara org2 yg benar dan dusta (lihat alanfal 74, attaubah 
>36,45, 67,119-120, 123)
>
> Allah menyaksikan org yg taqwa & benar2 beriman ialah org2 yg berperang (alanfal 74, 
>attaubah 119-120, 36, 123)
>
> Org2 yg meremehkan, meninggalkan, meminta izin tidak mahu berjihad juga mendapat 
>peyaksian dr Allah, yaitu penyaksian FASIQ. (lihat attaubah 24)
>
> Allah juga menyaksikan bahwa mrk ragu (yataraddun attaubah 45). Org2 munafik itulah 
>org2 yg fasiq (attaubah 67). dan tidak faqeh, tidak mengerti (attaubah 87)
>
> Sekiranya telah mendapat saksi dr Allah bahwa mrk Fasiq, ragu2, nifaq, maka 
>berantakan & berterbanganlah angan2 yg perasan taqwa, benar, bersifat mahmudah, 
>ikhlas, kusyuk, faqir, etc2).
>
> Allahua'lam
>
> ------Original Message------
> From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
>
> salam
>
> Istilah yang disebut dalam Al Quran bagi orang yang ringan timbangannya ialah orang 
>yang rugi atau muflis (Khasirin). Antaranya ialah pada - Al Ashar: 1&2,  Al Mujadilah 
>: 19, al Munafikun : 9.
>
> Tauhid yang murni ialah yang menepati seperti mana yang diterangkan oleh Allah 
>melalui Kalamullah. Allah SWT tidak bertempat, tidak dahulu sahaja, tidak sekarang 
>sahaja dan tidak akan datang. Tidak ada sempadan waktu atau zaman bagiNya, malahan 
>Dia meliputi akan segala sesuatu, Dia berada dimana jua anda berada. Kemana jua anda 
>menghadap Allah sentiasa berhadap.
>
> Orang yang ada Tauhid sentiasa dalam keadaan tidak lalai dalam keadaan mengingatiNya 
>dan berhadap kepadaNya. Bukan tunggu atau nanti seolah-olah Allah hanya ada pada 
>waktu tertentu atau zaman tertentu !
>
> Ilmu tidak mampan hanya semata-mata teori sahaja tanpa penyaksian atau pengamalan. 
>Ilmu yang benar yang disertai dengan amalan yang konsisten, insya Allah akan 
>membuahkan hasilnya. Hasil bagi Ilmu yang benar akan menyampaikan matlamat untuk 
>menjadi orang-orang yang benar (siddikin). Iaitu orang-orang yang benar-benar 
>menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah Rasul Allah. Yang 
>pentingnya,
> Tauhid mestilah dengan bukti penyaksian!
>
> Demikian juga orang-orang yang berperang dengan bersenjata pada Jalan Allah 
>semata-mata untuk mengikhlaskan dinnya serta Allah lantaran hanya mengharapkan 
>WajahNya adalah ahli Tauhid. Namun begitu setiap waktu dan saat, jihad adalah suatu 
>kemestian. Orang-orang yang bersungguh-sungguh bermujahadah sepanjang masa dan 
>keadaan terhadap nafsunya juga adalah ahli Tauhid.
>
> "Kita kembali dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang besar (jihad 
>nafsu)..." Hadis.
>
> Ikhlas itu semaknalah dengan Tauhid. Orang yang ikhlas adalah orang yang Tauhid. 
>Betapa pentingnya Tauhid ialah sinonim dengan Ikhlas. Betapa pentingnya 
>Ikhlas,sehinggakan Allah SWT menurunkan satu surah yang khas dinamakan SuratulIkhlas.
>
> "Dan tidaklah mereka itu diseru melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah dengan 
>mengikhlaskan (Tauhid) agamanya" AL Baiyinah : 5.
>
> Persoalan yang lebih penting ialah bagaimanakah praktisnya untuk mengamalkan sesuatu 
>ilmu yang benar untuk mencapai Tauhid (Ikhlas)?  Pendekatan atau penghayatannya? Agar 
>tercapai - ilmu , amal , ikhlas itu satu jua.
>
> Wallahu 'alam
> Salam
>
> ibn muhajir wrote:
>
> > salam~
> >
> > kefakiran yg tercela ialah bila berjumpa dgn Allah nanti tiada membawa apa2 bekal 
>justru ringan timbangan amalnya. Ringan timbangan amal disebabkan tauhid yg tidak 
>murni. Tauhid yg tidak murni disebabkan ilmu yg tidak benar.
> >
> > kefakiran yg terpuji ialah dgn Tauhid yg murni melalui ilmu yg benar. Tauhid yg 
>murni akan membuahkan amal yg benar. Justru itu ALlah mengatakan bahwa org2 yg benar 
>ialah mereka yg berperang (atttaubah (119-120). Org2 yg benar2 beriman ialah mrk yg 
>berjihad (alanfal 74).
> >
> > Bagaimana org yg berperang/jihad itu dikatakan benar tauhidnya, benar tauhid 
>uluhiyahnya?. Kerana org yg berperang sudah tidak ada kepentingan duniawi 
>(faqir/ikhlas disisi Rabbnya). Kerana yaqin bahwa ajal ditangan RabbNya, bahwa 
>Rezekinya dibawah ujung senapangnya, menyaksikan bahwa syurga dibawah pedangnya, 
>membenarkan ALLAH dan RASULNya, maka dia benar2 hambaNya, yg menurut segala PERENTAH 
>fardhu.
> >
> > Justru surah al-ikhlas itu dikatakan 1/3 dr alQuran kerana ianya membicarakan soal 
>TAUHID. Kerana Quran mengandungi 3 bahagian-1/3 membicarakan tauhid, 1/3 membicarakan 
>hukum/hakam syariat (perentah & larangan) dan 1/3 lagi membicarakan kisah2 nabi, 
>kisah2 perang, kisah2 pengajaran.
> >
> > Alalhua'lam, wslm
> >
> >
> > From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > Assalamualaikum wbt.
> >
> > Semua manusia adalah hamba Allah.
> > Tetapi ramai manusia yang tidak mengenal diri dan mengakuinya.
> > Masih ramai yang lalai dan membudayakan cara hidupnya menjadi hamba kepada
> > selain Allah. Inilah yang Allah tujukan dengan kata-kata," ...mereka mengambil
> > Tuhan selain daripada Allah ..."
> >
> > Malangnya , "hamba Allah" hanya untuk penyedap kata, menanam tebu di bibir.
> > Kebanyakan kita menyangka kita boleh menipu diri kita sendiri, sebenarnya tidak.
> >
> > Betapa pula Allah mahu ditipunya. MUSTAHIL!
> >
> > Hamba Allah tidak memiliki apa-apa terhadap Tuhannya.
> > Dirinya lahir dan batin adalah milik Allah. Satu helai bulu roma, rambut atau
> > satu sel pun pada dirinya bukan miliknya. Hatta umurnya, rezekinya, sihatnya,
> > hidupnya, matinya dan jodohnya adalah milik Allah.
> >  "Allahussomad". Allah itulah tempat sekalian makhluk bergantung.
> > Lalu apakah yang dibanggakan dan diegokan, "Aku ada itu dan ini? Itu milik Aku
> > dan ini milik Aku". Atau "Tanah ini milik aku? Pada hal sebutir tanah pun dia
> > tak boleh buat". Bak kata orang yang arif,"Datang telanjang bogel balik pun
> > orang yang tolong balut". Kerana setiap orang dilahirkan telanjang. Dan masa
> > matinya, dia pun tidak boleh berbuat apa-apa. Mandi pun orang lain yang
> > mandikan. Kain kapan pun orang lain yang tolong kapankan.
> >
> > Allahlah yang memberi makanan dan minuman
> > Allahlah yang memberi teduhan dan perlindungan
> > Allahlah yang memberi pakaian dan kenderaan
> > Allahlah yang memberi kesihatan dan keselesaan
> > Dan semuanya Allah .....jadi semua manusia adalah pada hakikatnya faqirullah.
> > Yang insaf, sedar dan menghayatinya dengan sebenar ilmu amal dan petunjuk Allah
> > maka itulah sebenar-benar faqirullah.
> >
> > Sesiapa yang tidak faham faqirullah maka janganlah pura-pura mengaku sebagai
> > hamba Allah. Pengucapan dan pengakuannya sendiri tidak dimengertinya.
> >
> > Tetapi faqirullah tidak bermakna hidup faqir daripada segala harta benda. Yang
> > dilarang ialah ,"bersenang-senang dengan kesenangan harta yang melalaikan,
> > perniagaan yang melalaikan, anak isteri yang melalaikan daripada mengingati
> > Allah"
> >
> > "Orang yang fakir ialah orang yang apabila tidak ada apa-apa dia tidak mengeluh
> > dan apabila berada ia bermurah hati memberi".
> >
> > "Fakir itu ialah tidak ada kepunyaanku, walau pun aku berada maka itu bukan
> > kepunyaan ku".
> >
> > "Milik Allahlah sekalian yang ada diLangit dan diBumi". AL Ayat.
> >
> > "Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) melebihi atas diri mereka,
> > sekalipun mereka mengalami kesusahan". AL Hasyir : 9
> >
> > Kepada Allah jua dipohonkan keampunan.
> > Allah lebih mengetahui.
> > Wassalamualaikum wbt.
> > ______________________________________________
> > FREE Personalized Email at Mail.com
> > Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
> --
> -----------------------------------------------------
> Click here for Free Video!!
> http://www.gohip.com/freevideo/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke