*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam.

saya baca tulisan tuan Hasan  ini dan kemudiannya tertanya-tanya.

apa sebenarnya yg didebatkan?

sorang kata 3x2=6
dan sorang lagi kata:  7x3=21.

so what?



Hassan Hj Abdullah wrote:

> Assalamualaikum wbt.
>
> Dalam Kitab Allah, Allah mengatakan : Allah menyaksikan tiada tuhan melainkan DIa, 
>demikian juga para malaikat telah menyaksikan (tiada tuhan melainkan Dia),
> dan orang-orang yang berilmu keadilan telah menyaksikan (tiada tuhan melainkan Dia). 
>Ayat ini kerapa diwirid selepas solat Maghrib, Isya' dan Subuh.
>
> Apakah penyaksian itu adalah sama dengan pengucapan? Orang yang bersaksi sama dengan 
>orang yang berucap. Dalam mahkamah dunia pun orang yang tidak bersaksi (menyaksikan) 
>tidak layak menjadi saksi atau naik saksi, betapa pula mahkamah Akhirat?
>
> Nabi SAW ketika ditanya Jibrail a.s. berkenaan dengan Iman, Islam, Ihsan. Berkenaan 
>dengan Islam , Nabi SAW menjawab," Bermula Islam itu ialah engkau menyaksikan tiada 
>tuhan melainkan Allah dan engkau menyaksikan Muhammad ialah Rasul Allah ......(hingga 
>ke akhir Hadis)".
>
> Begitu juga makam Ihsan. Melihat itu adalah semakna dengan Ihsan.
>
> Berkenaan dengan syahid, ia adalah semakna dengan "telah menyaksikan".
> Orang yang ingin mati syahid sepatutnya hidupnya adalah syahid.
> Sebagaimana orang yang ingin mati dalam Iman, hidupnya mestilah berIman.
> Orang yang ingin mati dalam Islam , hidupnya mestilah dalam Islam.
>
> Berkenaan dengan orang-orang Islam yang berperang kemudian mati. Sila rujuk kepada 
>beberapa Ayat Allah yang lain dan Hadis yang lain. Allah hanya menjanjikan kepada 
>orang yang berperang itu mati syahid sekiranya tiada syirik di hatinya. Demikian juga 
>kepada orang yang berhijrah. Setiap orang akan dibalasi ALlah setimpal dengan 
>iktiqad, akidah dan amalnya.
>
> Dalam beberapa Hadis telah diterangkan betapa kumpulan/golongan yang awal sekali di 
>HIsab ALlah dan masuk ke Neraka Jahanam (berlindung daku daripada ALlah), ialah tiga 
>golongan ini.
>
> 1. Wira/pahlawan yang terkorban syahid di medan pertempuran menegak kalimah ALlah 
>tetapi ingin dikenal sebagai wira/pahlawan.
>
> 2. Qari yang mengajar Quran untuk menyebarkan ilmu dan membentras kesesatan dan 
>kejahilan. Tetapi ingin dikenal sebagai Qari/Hafiz dan sebagainya.
>
> 3. Hartawan yang bersedekah dan berderma kepada orang Islam dan menenguhkan ekonomi 
>umat Islam. Tetapi ingin dikenal sebagai seorang hartawan dan dermawan.
>
> Setiap orang daripada kumpulan itu telah pun mendapat balasannya di dunia, iaitu 
>dikenali dan dipuja serta disanjung. Di akhirat, jangan diharap mendapat satu 
>bahagian pun di sisi Tuhannya.
>
> Ini menunjukkan betapa syirik itu telah merosakkan amal, tanggungjawab dan peranan 
>manusia sebagai mengabdikan dirinya hanya kepada Tuhannya. Walau pun amalan baik, 
>benar dan menepati Quran dan Hadis dengan menjadi pejuang Islam, pendakwah yang Hafiz 
>Quran, serta hartawan yang dermawan, tetapi berkenaan dengan syirk , Allah SWT tidak 
>berkompromi dengannya (berlindung daku daripadaNya).
>
> Apakah mereka itu tidak mengetahui, berilmu dan memahami Quran? Terutamanya Qari?
>
> Fikir-fikirlah bersama. Saya pun tidak tentu dan pasti (Allah jua yang lebih 
>mengetahui). Kadang-kadang apabila membicarakan kes orang lain, seolah-olah kes itu 
>kena pada orang lain sahaja. Diri sendiri telah terlepas. Inilah wajib diperhatikan.
>
> "Kamu menyeru manusia (kepada yang Hak) tetapi melupakan diri kamu sendiri".
>
> Inilah yang lebih malang.
>
> Wallah hu 'alam.
> Wassalamualaikum wbt.
>
> ibn muhajir wrote:
>
> > salam~
> >
> > 1. Yang pentingnya,Tauhid mestilah dengan bukti penyaksian! (you wrote)
> >
> > Penyaksian adalah syahadah. Mengucap/lafaz syahadah ialah kalimat toyyibah, yg 
>membedakan islam & kafir.
> >
> > Org yg syahid dikatakan telah mendapat syahadah krn darah2nya akan menjadi saksi 
>diakherat kelak (lihat kitab2 jihad).
> >
> > berbalik pd jihad/perang. Jihad membedakan antara mukmin & munafik, antara org2 yg 
>taqwa dan org2 fasiq, antara org2 yg benar dan dusta (lihat alanfal 74, attaubah 
>36,45, 67,119-120, 123)
> >
> > Allah menyaksikan org yg taqwa & benar2 beriman ialah org2 yg berperang (alanfal 
>74, attaubah 119-120, 36, 123)
> >
> > Org2 yg meremehkan, meninggalkan, meminta izin tidak mahu berjihad juga mendapat 
>peyaksian dr Allah, yaitu penyaksian FASIQ. (lihat attaubah 24)
> >
> > Allah juga menyaksikan bahwa mrk ragu (yataraddun attaubah 45). Org2 munafik 
>itulah org2 yg fasiq (attaubah 67). dan tidak faqeh, tidak mengerti (attaubah 87)
> >
> > Sekiranya telah mendapat saksi dr Allah bahwa mrk Fasiq, ragu2, nifaq, maka 
>berantakan & berterbanganlah angan2 yg perasan taqwa, benar, bersifat mahmudah, 
>ikhlas, kusyuk, faqir, etc2).
> >
> > Allahua'lam
> >
> > ------Original Message------
> > From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> > salam
> >
> > Istilah yang disebut dalam Al Quran bagi orang yang ringan timbangannya ialah 
>orang yang rugi atau muflis (Khasirin). Antaranya ialah pada - Al Ashar: 1&2,  Al 
>Mujadilah : 19, al Munafikun : 9.
> >
> > Tauhid yang murni ialah yang menepati seperti mana yang diterangkan oleh Allah 
>melalui Kalamullah. Allah SWT tidak bertempat, tidak dahulu sahaja, tidak sekarang 
>sahaja dan tidak akan datang. Tidak ada sempadan waktu atau zaman bagiNya, malahan 
>Dia meliputi akan segala sesuatu, Dia berada dimana jua anda berada. Kemana jua anda 
>menghadap Allah sentiasa berhadap.
> >
> > Orang yang ada Tauhid sentiasa dalam keadaan tidak lalai dalam keadaan 
>mengingatiNya dan berhadap kepadaNya. Bukan tunggu atau nanti seolah-olah Allah hanya 
>ada pada waktu tertentu atau zaman tertentu !
> >
> > Ilmu tidak mampan hanya semata-mata teori sahaja tanpa penyaksian atau pengamalan. 
>Ilmu yang benar yang disertai dengan amalan yang konsisten, insya Allah akan 
>membuahkan hasilnya. Hasil bagi Ilmu yang benar akan menyampaikan matlamat untuk 
>menjadi orang-orang yang benar (siddikin). Iaitu orang-orang yang benar-benar 
>menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah Rasul Allah. Yang 
>pentingnya,
> > Tauhid mestilah dengan bukti penyaksian!
> >
> > Demikian juga orang-orang yang berperang dengan bersenjata pada Jalan Allah 
>semata-mata untuk mengikhlaskan dinnya serta Allah lantaran hanya mengharapkan 
>WajahNya adalah ahli Tauhid. Namun begitu setiap waktu dan saat, jihad adalah suatu 
>kemestian. Orang-orang yang bersungguh-sungguh bermujahadah sepanjang masa dan 
>keadaan terhadap nafsunya juga adalah ahli Tauhid.
> >
> > "Kita kembali dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang besar (jihad 
>nafsu)..." Hadis.
> >
> > Ikhlas itu semaknalah dengan Tauhid. Orang yang ikhlas adalah orang yang Tauhid. 
>Betapa pentingnya Tauhid ialah sinonim dengan Ikhlas. Betapa pentingnya 
>Ikhlas,sehinggakan Allah SWT menurunkan satu surah yang khas dinamakan SuratulIkhlas.
> >
> > "Dan tidaklah mereka itu diseru melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah 
>dengan mengikhlaskan (Tauhid) agamanya" AL Baiyinah : 5.
> >
> > Persoalan yang lebih penting ialah bagaimanakah praktisnya untuk mengamalkan 
>sesuatu ilmu yang benar untuk mencapai Tauhid (Ikhlas)?  Pendekatan atau 
>penghayatannya? Agar tercapai - ilmu , amal , ikhlas itu satu jua.
> >
> > Wallahu 'alam
> > Salam
> >
> > ibn muhajir wrote:
> >
> > > salam~
> > >
> > > kefakiran yg tercela ialah bila berjumpa dgn Allah nanti tiada membawa apa2 
>bekal justru ringan timbangan amalnya. Ringan timbangan amal disebabkan tauhid yg 
>tidak murni. Tauhid yg tidak murni disebabkan ilmu yg tidak benar.
> > >
> > > kefakiran yg terpuji ialah dgn Tauhid yg murni melalui ilmu yg benar. Tauhid yg 
>murni akan membuahkan amal yg benar. Justru itu ALlah mengatakan bahwa org2 yg benar 
>ialah mereka yg berperang (atttaubah (119-120). Org2 yg benar2 beriman ialah mrk yg 
>berjihad (alanfal 74).
> > >
> > > Bagaimana org yg berperang/jihad itu dikatakan benar tauhidnya, benar tauhid 
>uluhiyahnya?. Kerana org yg berperang sudah tidak ada kepentingan duniawi 
>(faqir/ikhlas disisi Rabbnya). Kerana yaqin bahwa ajal ditangan RabbNya, bahwa 
>Rezekinya dibawah ujung senapangnya, menyaksikan bahwa syurga dibawah pedangnya, 
>membenarkan ALLAH dan RASULNya, maka dia benar2 hambaNya, yg menurut segala PERENTAH 
>fardhu.
> > >
> > > Justru surah al-ikhlas itu dikatakan 1/3 dr alQuran kerana ianya membicarakan 
>soal TAUHID. Kerana Quran mengandungi 3 bahagian-1/3 membicarakan tauhid, 1/3 
>membicarakan hukum/hakam syariat (perentah & larangan) dan 1/3 lagi membicarakan 
>kisah2 nabi, kisah2 perang, kisah2 pengajaran.
> > >
> > > Alalhua'lam, wslm
> > >
> > >
> > > From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > > Assalamualaikum wbt.
> > >
> > > Semua manusia adalah hamba Allah.
> > > Tetapi ramai manusia yang tidak mengenal diri dan mengakuinya.
> > > Masih ramai yang lalai dan membudayakan cara hidupnya menjadi hamba kepada
> > > selain Allah. Inilah yang Allah tujukan dengan kata-kata," ...mereka mengambil
> > > Tuhan selain daripada Allah ..."
> > >
> > > Malangnya , "hamba Allah" hanya untuk penyedap kata, menanam tebu di bibir.
> > > Kebanyakan kita menyangka kita boleh menipu diri kita sendiri, sebenarnya tidak.
> > >
> > > Betapa pula Allah mahu ditipunya. MUSTAHIL!
> > >
> > > Hamba Allah tidak memiliki apa-apa terhadap Tuhannya.
> > > Dirinya lahir dan batin adalah milik Allah. Satu helai bulu roma, rambut atau
> > > satu sel pun pada dirinya bukan miliknya. Hatta umurnya, rezekinya, sihatnya,
> > > hidupnya, matinya dan jodohnya adalah milik Allah.
> > >  "Allahussomad". Allah itulah tempat sekalian makhluk bergantung.
> > > Lalu apakah yang dibanggakan dan diegokan, "Aku ada itu dan ini? Itu milik Aku
> > > dan ini milik Aku". Atau "Tanah ini milik aku? Pada hal sebutir tanah pun dia
> > > tak boleh buat". Bak kata orang yang arif,"Datang telanjang bogel balik pun
> > > orang yang tolong balut". Kerana setiap orang dilahirkan telanjang. Dan masa
> > > matinya, dia pun tidak boleh berbuat apa-apa. Mandi pun orang lain yang
> > > mandikan. Kain kapan pun orang lain yang tolong kapankan.
> > >
> > > Allahlah yang memberi makanan dan minuman
> > > Allahlah yang memberi teduhan dan perlindungan
> > > Allahlah yang memberi pakaian dan kenderaan
> > > Allahlah yang memberi kesihatan dan keselesaan
> > > Dan semuanya Allah .....jadi semua manusia adalah pada hakikatnya faqirullah.
> > > Yang insaf, sedar dan menghayatinya dengan sebenar ilmu amal dan petunjuk Allah
> > > maka itulah sebenar-benar faqirullah.
> > >
> > > Sesiapa yang tidak faham faqirullah maka janganlah pura-pura mengaku sebagai
> > > hamba Allah. Pengucapan dan pengakuannya sendiri tidak dimengertinya.
> > >
> > > Tetapi faqirullah tidak bermakna hidup faqir daripada segala harta benda. Yang
> > > dilarang ialah ,"bersenang-senang dengan kesenangan harta yang melalaikan,
> > > perniagaan yang melalaikan, anak isteri yang melalaikan daripada mengingati
> > > Allah"
> > >
> > > "Orang yang fakir ialah orang yang apabila tidak ada apa-apa dia tidak mengeluh
> > > dan apabila berada ia bermurah hati memberi".
> > >
> > > "Fakir itu ialah tidak ada kepunyaanku, walau pun aku berada maka itu bukan
> > > kepunyaan ku".
> > >
> > > "Milik Allahlah sekalian yang ada diLangit dan diBumi". AL Ayat.
> > >
> > > "Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) melebihi atas diri mereka,
> > > sekalipun mereka mengalami kesusahan". AL Hasyir : 9
> > >
> > > Kepada Allah jua dipohonkan keampunan.
> > > Allah lebih mengetahui.
> > > Wassalamualaikum wbt.
> > > ______________________________________________
> > > FREE Personalized Email at Mail.com
> > > Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
> >
> > --
> > -----------------------------------------------------
> > Click here for Free Video!!
> > http://www.gohip.com/freevideo/
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > ______________________________________________
> > FREE Personalized Email at Mail.com
> > Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
> --
> -----------------------------------------------------
> Click here for Free Video!!
> http://www.gohip.com/freevideo/




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mk <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke