*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam



Berkenaan dengan keterangan Allah , Dia Mengetahui, Mendengar dan sebagainya itu 
sehinggalah kepada yang belum dizahirkan di dalam hati manusia. Perkara ini semuanya 
adalah benar.

Tetapi tahu perkara ini seperti yang tercatat dalam Kitab Allah baru pada tahap ilmu. 
Bagaimanakah ilmu ini dapat direalisasikan dalam amal dan penghayatan. Ini lebih 
penting. Kerana setiap Ayat Allah itu adalah merupakan petunjuk dan bimbingan untuk 
beriktiqad, berakidah, beribadah dan beramal.

Tahu memetik Ayat Allah sahaja tidak memadai. Jika tidak ada tindakan susulan.
Sebagaimana juga Ayat solat.
Allah SWT memerintahkan solat kepada orang-orang berIman mendirikan pada waktu-waktu 
tertentu.
Yang terlebih penting dalam Ayat itu ialah wajib "mendirikan solat". Bagaimanakah mahu 
mendirikan solat itu menjadi kewajipan manusia berImanlah belajar, beramal dan 
sebagainya.

Begitu juga Ayat berkenaan iktiqad, akidah, ibadah dan amal-amal yang lain.
Jadi ilmu tidak setakat untuk berhujah di hadapan manusia. Yang terlebih utama ialah 
memahami dan mencernakan apa yang difahami daripada ilmu itu menjadi sebati dalam 
diri. Agar dapat melepaskan kita daripada hanya semata-mata bertaklid. Kerana 
sebenar-benar ilmu ialah hasil daripada apa yang kita dapat dan amalkan. Selagi belum 
diamalkan ia belum lagi berilmu namanya kerana
belum lagi ada hasilnya.

Lalu dengan berilmu dengan keterangan Allah itu bagaimanakah mahu menterjemahkannya 
dalam realiti hidup kita istilah-istilah yang berkait dengan apa yang kita Imani dalam 
Kitab Allah, menurut iktiqad ASWJ.

Apakah istilah Tauhid?
Mampukah manusia menTauhidkan Allah?
Tauhid terbit daripada iktiqad, akidah dan ibadah.
Apakah kaitan antara iktiqad dan akidah?
Bagaimanakah berakidah dengan iktiqad yang benar?
Apakah kaitan antara akidah dan ibadah?
Bagaimanakah beribadah dengan akidah yang benar?
Apakah sebenar-benar ibadah yang benar itu?
Ibadah itu satu atau banyak?


Sehingga menjadilah ilmu, Iman dan Amal itu sebagai sesuatu yang kita dapat dan boleh 
menjadi pendapat. Kerana sebenar-benar pendapat itu adalah apa yang kita dapat.

Wassalam.



ibn muhajir wrote:

> salam~
>
> mungkin tuan akan lebih terkezut bila membaca ini:
>
> ["wa huallahu fissamawat..(al-anam 3)" bermaksud: 'dan Dialah Allah (yg disembah) di 
>langit.'
>
> Ibn Kathir menafsirkan:'Para mufassirin berpendapat, kita tidak akan berkata spt 
>ucapan kaum Jahmiyah (SESAT) yg mengatakan Allah itu berada di setiap tempat. Maha 
>suci Allah dr ucapan mereka'.
>
> Adapun firman Allah:"wahua ma'akum 'ainama kuntum (hadid 4)..Dan Allah bersamamu 
>dimana kamu berada.(hadid 4) maksudnya Dia bersama kita, mengetahui, mendengar, 
>melihat kita dimanpun kita berada] Taujihat Islamiyah -shk Muhammad Jamil Zainu.
>
> Maha suci Allah dr apa yg mereka sangkakan.
>
> ------Original Message------
> From: mk <[EMAIL PROTECTED]>
> To: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: April 27, 2000 2:37:21 AM GMT
> Subject: Re: H-Net* Re: Tauhid -1
>
> salam.
>
> saya berpendapat Ibn Muhajir kurang tepat di sini.
> ada kebenaran dlm jawapan dari sdr Hasan.
> tapi sdr Hasan rasa saya silap di No 4 - adakah ini ayat surah QAF?
>
> 4. "Nahnuakrabuilaihimurib". Dia (Allah) lebih hampir kepada kamu daripad urat 
>tengkuk kamu sendiri.
> sepatutnya : "wanahnu aqrabu ilaihi min hablil warid." - dengan makna terjemahan yg 
>sama boleh diterima.
>
> Hassan Hj Abdullah wrote:
>
> > Assalamualaikum wbt.
> >
> > Saya agak terkejut berkenaan tuduhan sdr.ibn Muhajir.
> > Apakah sdr. ibn Muhajir  tidak merujuk kepada al Quran.
> >
> > 1. "Wallahubikullisyain Muhith"  : Dan Allah itu meliputi akan segala sesuatu.
> > 2. "Wahuwa ma'akum ainamakuntum " : Dan Dia (Allah) berada dimana jua kamu berada. 
>(Allah tetap Ada dimana jua anda berada).
> > 3. "Wafianfusikum afalatubsirun". Dan Dia ada pada diri kamu betapa kamu tidak 
>melihatnya".
> > 4. "Nahnuakrabuilaihimurib". Dia (Allah) lebih hampir kepada kamu daripad urat 
>tengkuk kamu sendiri.
> >
> > 5. "Fainnama tuwallu fasummawajhah". Kemana sahaja kamu berhadap disitu Ada Allah.
>
> ini pun salah tulisnya - adakah ini al-Baqarah awal Juz 2? Sila rujuk text.
>
> Bagi yg nak tulis text ruma ( dlm keadaan terhad,) cuba sebaik mungkin taip dgn 
>lebih baik .
>
> >
> >
> > 6. "Wajahtuwajhiyya". Aku hadapkan wajahku kepada Wujud Allah.
> >
> > 7. "Beribadahlah kamu seolah-olah kamu melihat Allah ...(makam Ihsan), jika kamu 
>tidak melihat ALlah sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu".
> >
>
> > ibn muhajir wrote:
> >
> > > salam~
> > >
> > > 1. Allah tidak bertempat?
> > >
> > > NAs Quran, hadith & fahaman sahabat & imam yg 4 mengatakan bahwa ALlah 
>bersemayam di 'Arsy (Thoha 5). HAdith2 shohih mengatakan Allah berada di tempat yg 
>tinggi di langit.
>
> Betul. Tapi ada ayat lain sebut spt yg adanya. waLLahu a'lam.
>
> >
> > >
> > > 2. Allah berada dimana jua anda berada?
>
> di sini saya berpendapat ibn Muhajir kurang tepat kerana beliau mempersoalkan maksud 
>ayat ini (yg tidak dipanjang lebarkan perbahasannya) -
> Tidaklah boleh kalimah ALLah ini diulas melainkan sekadar adanya.
>
> >
> > >
> > > Menurut ARrazi, ini adalah fahaman mu'tazilah & Jahmiyah yg membuahkan wahdatul 
>wujud (lihat Tafsir Azhar - Thoha 5)
> > >
> > > 3. TAuhid yg murni akan menghasilkan amal yg benar & timbanagn yg berat 
>diakherat. Ilmu yg tidak benar akan menghasilkan gambaran yg salah tentang Pencipta. 
>TAuhid yg tidak beres akan menghasilkan amal yg bidaah.
>
> betul.
>
> >
> > >
> > > 4. Point 1 & 2 adanya pertentangan hasil dr teori fisafat ilmu kalam.
>
> Minta Ibn Muhajir ulas semula yang ini.
>
> >
> > >
> > > Wslm
> > >
> > > From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > > salam
> > >
> > > Istilah yang disebut dalam Al Quran bagi orang yang ringan timbangannya ialah 
>orang yang rugi atau muflis (Khasirin). Antaranya ialah pada - Al Ashar: 1&2,  Al 
>Mujadilah : 19, al Munafikun : 9.
> > >
> > > Tauhid yang murni ialah yang menepati seperti mana yang diterangkan oleh Allah 
>melalui Kalamullah. Allah SWT tidak bertempat, tidak dahulu sahaja, tidak sekarang 
>sahaja dan tidak akan datang [SAHAJA]. Tidak ada sempadan waktu atau zaman bagiNya, 
>malahan Dia meliputi akan segala sesuatu, Dia berada dimana jua anda berada. Kemana 
>jua anda menghadap Allah sentiasa berhadap.
> > >
>
> Paragraf ini oleh sdr Hasan BOLEH DITERIMA tanpa ulasan yg lebih panjang lagi.
>
> WALLAHU A'LAM.
>
> >
> > > Orang yang ada Tauhid sentiasa dalam keadaan tidak lalai dalam keadaan 
>mengingatiNya dan berhadap kepadaNya. Bukan tunggu atau nanti seolah-olah Allah hanya 
>ada pada waktu tertentu atau zaman tertentu !
>
> OK.
>
> waLLahu a'lam.
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to