*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya pun seperti 'tua dah Kubur' ingin tau ..betulke Allah bersemayam di
Arasy.mungkin senang kita cari ..tentu tuk guru tahu...kalau begitu lemah le
sifat Allah kerana mempunyai tempat..macam kita ..ada alamat rumah..

tua dah kubur wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> A'kum,
>
> Saya naik panik jugak .... apa sebok dengan hal yang samar-samar tu ....
> ramai (termasuk saya) yang belum bertapak elok kefahaman akan punah pegangan
> ..
>
> Tuan I.Muhajir macam boleh menyelami je pegangan/fahaman para sahabat dan
> imam yang empat !!!. ..bunyi macam handal je ..
>
> Saya musykil satu je !.  (bodoh saya nilah) hai sebelum Arasy dijadikan
> TUHAN bersemayam kat mana no !!.
> Maaflah kalau mengganggu .. saya harap tuan tak bangkit bende ni untuk
> menimbulkan masalah.
>
> Sekali lagi maaf,... dok ingat nak relaks sat .... hai rasa tak sedap sangat
> tu ... marah Tok Seligi kalau dengar !!!.
>
> WALLAHu'alam.
>
> >From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
> >CC: tua dah kubur <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: Tauhid -1
> >Date: Wed, 26 Apr 2000 17:51:23 +0800
> >
> >Assalamualaikum wbt.
> >
> >Saya agak terkejut berkenaan tuduhan sdr.ibn Muhajir.
> >Apakah sdr. ibn Muhajir  tidak merujuk kepada al Quran.
> >
> >1. "Wallahubikullisyain Muhith"  : Dan Allah itu meliputi akan segala
> >sesuatu.
> >2. "Wahuwa ma'akum ainamakuntum " : Dan Dia (Allah) berada dimana jua kamu
> >berada. (Allah tetap Ada dimana jua anda berada).
> >3. "Wafianfusikum afalatubsirun". Dan Dia ada pada diri kamu betapa kamu
> >tidak melihatnya".
> >4. "Nahnuakrabuilaihimurib". Dia (Allah) lebih hampir kepada kamu daripad
> >urat tengkuk kamu sendiri.
> >
> >5. "Fainnama tuwallu fasummawajhah". Kemana sahaja kamu berhadap disitu Ada
> >Allah.
> >
> >6. "Wajahtuwajhiyya". Aku hadapkan wajahku kepada Wujud Allah.
> >
> >7. "Beribadahlah kamu seolah-olah kamu melihat Allah ...(makam Ihsan), jika
> >kamu tidak melihat ALlah sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu".
> >
> >Saya rupanya tersilap. Saya ingatkan sdr. ibn Muhajir ni ingin menunjukkan
> >kebenaran rupanya hanya untuk mencari kemenangan. Dia menuduh orang lain
> >tidak berpandukan Quran dan Hadis. Menuduh ilmu orang lain sesat, salah,
> >ringan timbangan dan mengambil ajaran selain daripada Islam. Tetapi itulah
> >kedudukannya, setakat nak menuduh, itu memang kerja senang.... saya pun
> >tidak gamak nak berhujah dengannya apabila
> >kata-katanya hanya untuk memuaskan hatinya.
> >
> >Usahlah menuduh orang lain sesat. Sedangkan Ayat Allah dalam Quran pun
> >masih belum sdr. jumpa. Menunjukkan dan membuktikan betapa kecilnya sdr.
> >dan saya terhadap agama Islam itu sendiri. Saya tidak anggap saya banyak
> >tahu. Dan tidak pula menganggap sdr. kurang tahu.
> >
> >Oleh kerana sdr. ibn Muhajir menolak keterangan Allah (Ayat Allah) saya
> >mula berfikir betapa perselisihan pendapat yang membawa penolakan Ayat
> >Allah lebih tinggi risikonya daripada hanya untuk mencari kemenangan dan
> >kepuasan hati.
> >
> >Tujuan berhujah sebenarnya ialah untuk menambahkan ilmu dan amal. Bukannya
> >untuk bersikap kepetahan mematahkan hujah lawan semata. Tauhid adalah
> >istilah makam yang terpuji. Sepatutnya orang yang berTauhidlah yang lebih
> >kenal Allah dan Ayat-Ayat Allah.
> >
> >Saya rasa, pendapat yang sdr. ibn Muhajir mengatakan seperti yang sdr.
> >tolak dalam Ayat ALlah itu adalah pendapat sdr. sendiri. Usah cuba mahu
> >mengaitkan dengan pendapat ulama-ulama lain yang beliau belum pernah
> >berguru dan berjumpa. Dan adalah mustahil sesaorang itu bergelar ulama,
> >tetapi menolak Kitab Allah. Setiap pendapat yang bertentangan Kitab Allah
> >adalah murdud, tertolak dan batal sekalian amalnya,
> >kerana penentangan iktiqadnya terhadap Kitab ALlah.
> >
> >Menurut istilah, Langit adalah tempat yang tinggi. Tetapi Langit dunia yang
> >di atas kepala kita ini bukannya sesuatu yang tinggi. Kerana bumi ini
> >bulat. Bayangkan kita di sebelah sini, langit kita yang di atas kepala
> >kita. Bagaimanakah manusia yang di sebelah sana yang bertentangan dengan
> >kita. Langit dunia kita adalah di bawah tapak kaki mereka.
> >
> >Istilah langit yang digunakan dalam bahasa Quran tidak dapat diterjemahkan
> >dalam bahasa lisan atau pertuturan. Sesuatu yang tinggi di sisi ALlah
> >adalah sesuatu yang tidak dapat dicapai dengan fakulti intelek (daya dan
> >upaya pemikiran manusia). Ia memerlukan kepada fakulti rohani (alam
> >kerohanian) iaitu Yakin (atas rahmat, anugerah ALlah SWT jua).
> >
> >
> >
> >Salam.
> >
> >
> >ibn muhajir wrote:
> >
> > > salam~
> > >
> > > 1. Allah tidak bertempat?
> > >
> > > NAs Quran, hadith & fahaman sahabat & imam yg 4 mengatakan bahwa ALlah
> >bersemayam di 'Arsy (Thoha 5). HAdith2 shohih mengatakan Allah berada di
> >tempat yg tinggi di langit.
> > >
> > > 2. Allah berada dimana jua anda berada?
> > >
> > > Menurut ARrazi, ini adalah fahaman mu'tazilah & Jahmiyah yg membuahkan
> >wahdatul wujud (lihat Tafsir Azhar - Thoha 5)
> > >
> > > 3. TAuhid yg murni akan menghasilkan amal yg benar & timbanagn yg berat
> >diakherat. Ilmu yg tidak benar akan menghasilkan gambaran yg salah tentang
> >Pencipta. TAuhid yg tidak beres akan menghasilkan amal yg bidaah.
> > >
> > > 4. Point 1 & 2 adanya pertentangan hasil dr teori fisafat ilmu kalam.
> > >
> > > Wslm
> > >
> > > From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > > salam
> > >
> > > Istilah yang disebut dalam Al Quran bagi orang yang ringan timbangannya
> >ialah orang yang rugi atau muflis (Khasirin). Antaranya ialah pada - Al
> >Ashar: 1&2,  Al Mujadilah : 19, al Munafikun : 9.
> > >
> > > Tauhid yang murni ialah yang menepati seperti mana yang diterangkan oleh
> >Allah melalui Kalamullah. Allah SWT tidak bertempat, tidak dahulu sahaja,
> >tidak sekarang sahaja dan tidak akan datang. Tidak ada sempadan waktu atau
> >zaman bagiNya, malahan Dia meliputi akan segala sesuatu, Dia berada dimana
> >jua anda berada. Kemana jua anda menghadap Allah sentiasa berhadap.
> > >
> > > Orang yang ada Tauhid sentiasa dalam keadaan tidak lalai dalam keadaan
> >mengingatiNya dan berhadap kepadaNya. Bukan tunggu atau nanti seolah-olah
> >Allah hanya ada pada waktu tertentu atau zaman tertentu !
> > >
> > > Ilmu tidak mampan hanya semata-mata teori sahaja tanpa penyaksian atau
> >pengamalan. Ilmu yang benar yang disertai dengan amalan yang konsisten,
> >insya Allah akan membuahkan hasilnya. Hasil bagi Ilmu yang benar akan
> >menyampaikan matlamat untuk menjadi orang-orang yang benar (siddikin).
> >Iaitu orang-orang yang benar-benar menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah
> >dan Muhammad ialah Rasul Allah. Yang pentingnya,
> > > Tauhid mestilah dengan bukti penyaksian!
> > >
> > > Demikian juga orang-orang yang berperang dengan bersenjata pada Jalan
> >Allah semata-mata untuk mengikhlaskan dinnya serta Allah lantaran hanya
> >mengharapkan WajahNya adalah ahli Tauhid. Namun begitu setiap waktu dan
> >saat, jihad adalah suatu kemestian. Orang-orang yang bersungguh-sungguh
> >bermujahadah sepanjang masa dan keadaan terhadap nafsunya juga adalah ahli
> >Tauhid.
> > >
> > > "Kita kembali dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang besar
> >(jihad nafsu)..." Hadis.
> > >
> > > Ikhlas itu semaknalah dengan Tauhid. Orang yang ikhlas adalah orang yang
> >Tauhid. Betapa pentingnya Tauhid ialah sinonim dengan Ikhlas. Betapa
> >pentingnya Ikhlas,sehinggakan Allah SWT menurunkan satu surah yang khas
> >dinamakan SuratulIkhlas.
> > >
> > > "Dan tidaklah mereka itu diseru melainkan hanya untuk beribadah kepada
> >Allah dengan mengikhlaskan (Tauhid) agamanya" AL Baiyinah : 5.
> > >
> > > Persoalan yang lebih penting ialah bagaimanakah praktisnya untuk
> >mengamalkan sesuatu ilmu yang benar untuk mencapai Tauhid (Ikhlas)?
> >Pendekatan atau penghayatannya? Agar tercapai - ilmu , amal , ikhlas itu
> >satu jua.
> > >
> > > Wallahu 'alam
> > > Salam
> > >
> > > Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > > ______________________________________________
> > > FREE Personalized Email at Mail.com
> > > Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
> >
> >--
> >-----------------------------------------------------
> >Click here for Free Video!!
> >http://www.gohip.com/freevideo/
> >
> >
>
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "tua dah kubur" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Taufek Hj Abd Samad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke