*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Firman Allah :-

“Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi 
dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arsy….” Al A’araf, awal ayat 
54.

“Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam 
enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arsy,…” Al-Furqaan, awal ayat 59.

“Malaikat2 dan Jibrail/Roh naik (mengadap) kepada Tuhan dalam sehari yang 
kadarnya lima puluh tahun”. Al Ma’arij, ayat 4.

Ayat-ayat di atas adalah di antara dalil2 yang menerangkan bahawa Allah 
bersemayam di atas Arsy.

Saya ingin menyampaikan bahawa didalam perdebatan tentang Allah, setiap 
kenyataan hendaklah bersandarkan atau berhujjah kepada Al-Quran ataupun 
Hadis yang sohih. Janganlah kita sengaja mencari-cari kesalahan atau 
kelemahan orang lain. Kita mencari yang Hak atau yang benar. Tanpa hujjah, 
bagaimanakah untuk kita menentukan samada kenyataan itu salah, tidak tepat 
atau sebagainya ? Hujjah juga berguna untuk memahami di mana, kenapa dan 
bagaimana suatu kenyataan itu dianggap sedemikian. Ini sesuai dengan firman 
Allah :-

“Dan setengah dari manusia ada yang berdebat tentang Allah tidak dengan ilmu 
dan mereka ikut tiap-tiap syaitan yang selalu jahat. Telah ditentukan 
atasnya, bahwa barangsiapa menjadikan syaitan itu sebagai pemimpinnya, maka 
sesungguhnya dia akan menyesatkan dan memimpinnya kepada azab Neraka.” 
Al-Haj ayat 3-4.

Dan dikuatkan lagi pada surah yang sama di awal ayat 8,
“Dan setengah dari manusia ada yang berdebat tentang Allah tidak dengan ilmu 
dan tidak dengan petunjuk dan tidak dengan Kitab yang menerangi….”

Oleh itu marilah kita berdebat/bermuzakarah dengan baik dan tidak membuat 
kenyataan tanpa sebarang alasan yang kukuh. Semoga Allah memberi 
keampunanNya dan petunjukNya kepada kita semua. Amin.

Wallahu 'alam.

Wassalam,
Bulan Jaya


________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Bulan Jaya" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke