*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum ....

... hang pening !!! ... gua ingat gua je pening ... tauhid murni apa ni !

" Allah bersemayam di Atas 'Arsy, Allah mempunyai 2 mata, ALlah mempunya 
tangan, etc, (tanpa menyatakan bagaimana/kaif, atau ditakwil). Kita 
mengimani bahwa Allah turun dr langit bumi 1/3 malam terakhir (tanpa 
bertanya bagaimana turunNya)., etc.etc."

Saya rasalah .... kamu kene check balik tok guru/prof. kamu tu orang macam 
mana.... entah-entah bapa yahudi .... saja check .. saya punya terang dah... 
bukan setakat guru sekular malahan ilmu pun turut bapa sekular ..saya buat 
engineering !.

Berani benar kamu ni ... perkataan TUHAN kamu buat macam kamu biasa je 
denganNYA .... saya rasalah tok-tok guru yang jelas lebih wara' daripada 
kita semua ni takut benar tersalah gambarkan ayat-ayat yang lebih jelas 
...inikan pula ayat/perihal di atas...

saya nasihat para netters sekalian hati-hati ....
AL-QUR'AN , Hadis ni tak kene cara pun berbahaya ... ubat kalau dapat kat 
kutu tepi jalan (zaman ngutu dulu!) dia kira nak high saja .. kojol 
dibuatnya ...

Saya difahamkan betapa AL-QUR'AN (KALAMULLAH)itu seumpama (utk hampir faham 
saja ni) lautan yang dalam ... bagi saya , saya serah kepada yang ahli untuk 
membuat tangkapan ..... saya pergi pasar je nak beli ikan apa... tak 
perlulah saya menyelam lautan untuk dapatkan apa-apa hajat saya ..mungkin 
Tuan I.Muhajir cukup alat ... namun bagi saya bomoh kampung lebih sesuai 
(Tok Guru Pondok).

saya tarik diri dari melanjutkan kalam ini.

WALLAHu'alam.




>From: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: mk <[EMAIL PROTECTED]>, tua dah kubur <[EMAIL PROTECTED]>,        
>[EMAIL PROTECTED]
>Subject: Tauhid & Amal
>Date: Thu, 27 Apr 2000 02:44:01 -0400 (EDT)
>
>salam~
>
>Justru itu iman kpd Allah dibahagikan kpd 3:Iman kpd Tauhid Rububiyah, 
>Uluhiyah & Asma'waSifat.
>
>1. TAuhid Rububiyah ialah tauhid ma'rifat, atau tauhid ilmu, atau teori 
>ilmiyah, atau TAuhid Rabbi. Allah sebagai sumber rezeki, Pencipta, yg 
>menghidup/mematikan, etc. Tauhid Rububiyah tidak sempurna, melainkan 
>disertai Uluhiyah & Asma'waSifat
>
>2. Tauhid Uluhiyah atau TAuhid Ilahi, atau Tauhid Ubudiyah /Ibadah atau 
>Tauhid Amal adalah terjemahan Tauhid Rububiyah secara amali. Teori atau 
>ilmu diotak diterjemahkan ke dlm hati dan anggota badan dan diamalkan. Yg 
>pertama-tama ialah mengamalkan pada diri, kemudian pada keluarga, kemudian 
>pada masyarakat & negara. Termasuk dlmnya ialah ibadah yg disyariatkan spt 
>jihad, solat, haji, zakat, saum, amar ma'ruf nahi mungkar, etc, berhukum 
>dgn hukum ALlah, bersumpah dgn nama ALlah saja, beribadah kpd ALlah saja 
>tanpa menyegutukanNya, etc.
>
>Eg. Kita mengetahui riba itu haram, maka kita menjauhi segala pinjaman 
>kereta/rumah yg beriba. kita mengetahui bahwa solat jumaat itu fardhu, maka 
>kita meninggalkan kilang2 bila tiba waktunya, w/pun mereka menggugut 
>membuang kerja dsbnya kerana Rezki Allah yg bagi. Kita mengetahui jihad itu 
>fardhu, maka kita meninggalkan pekerjaan kita, rumah kita, kereta, katil, 
>anak, bini, duniawi demi membela syariat Allah.
>
>3. ASma'waSifat. Kita mengimani apa saja nama2 yg baik (asmaul husna) bagi 
>Allah dan segala sifatNya yg dinyatakan dlm Quran & hadith shohih, misalnya 
>Allah bersemayam di Atas 'Arsy, Allah mempunyai 2 mata, ALlah mempunya 
>tangan, etc, (tanpa menyatakan bagaimana/kaif, atau ditakwil). Kita 
>mengimani bahwa Allah turun dr langit bumi 1/3 malam terakhir (tanpa 
>bertanya bagaimana turunNya)., etc.etc.
>
>Tauhid yg benar akan menghasilkan amal yg benar.
>
>
>
>------Original Message------
>From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
>To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
>Sent: April 27, 2000 5:05:47 AM GMT
>Subject: Re: Tauhid -4
>
>
>Salam
>
>
>
>Berkenaan dengan keterangan Allah , Dia Mengetahui, Mendengar dan 
>sebagainya itu sehinggalah kepada yang belum dizahirkan di dalam hati 
>manusia. Perkara ini semuanya adalah benar.
>
>Tetapi tahu perkara ini seperti yang tercatat dalam Kitab Allah baru pada 
>tahap ilmu. Bagaimanakah ilmu ini dapat direalisasikan dalam amal dan 
>penghayatan. Ini lebih penting. Kerana setiap Ayat Allah itu adalah 
>merupakan petunjuk dan bimbingan untuk beriktiqad, berakidah, beribadah dan 
>beramal.
>
>Tahu memetik Ayat Allah sahaja tidak memadai. Jika tidak ada tindakan 
>susulan.
>Sebagaimana juga Ayat solat.
>Allah SWT memerintahkan solat kepada orang-orang berIman mendirikan pada 
>waktu-waktu tertentu.
>Yang terlebih penting dalam Ayat itu ialah wajib "mendirikan solat". 
>Bagaimanakah mahu mendirikan solat itu menjadi kewajipan manusia berImanlah 
>belajar, beramal dan sebagainya.
>
>Begitu juga Ayat berkenaan iktiqad, akidah, ibadah dan amal-amal yang lain.
>Jadi ilmu tidak setakat untuk berhujah di hadapan manusia. Yang terlebih 
>utama ialah memahami dan mencernakan apa yang difahami daripada ilmu itu 
>menjadi sebati dalam diri. Agar dapat melepaskan kita daripada hanya 
>semata-mata bertaklid. Kerana sebenar-benar ilmu ialah hasil daripada apa 
>yang kita dapat dan amalkan. Selagi belum diamalkan ia belum lagi berilmu 
>namanya kerana
>belum lagi ada hasilnya.
>
>Lalu dengan berilmu dengan keterangan Allah itu bagaimanakah mahu 
>menterjemahkannya dalam realiti hidup kita istilah-istilah yang berkait 
>dengan apa yang kita Imani dalam Kitab Allah, menurut iktiqad ASWJ.
>
>Apakah istilah Tauhid?
>Mampukah manusia menTauhidkan Allah?
>Tauhid terbit daripada iktiqad, akidah dan ibadah.
>Apakah kaitan antara iktiqad dan akidah?
>Bagaimanakah berakidah dengan iktiqad yang benar?
>Apakah kaitan antara akidah dan ibadah?
>Bagaimanakah beribadah dengan akidah yang benar?
>Apakah sebenar-benar ibadah yang benar itu?
>Ibadah itu satu atau banyak?
>
>
>Sehingga menjadilah ilmu, Iman dan Amal itu sebagai sesuatu yang kita dapat 
>dan boleh menjadi pendapat. Kerana sebenar-benar pendapat itu adalah apa 
>yang kita dapat.
>
>Wassalam.
>
>
>
>ibn muhajir wrote:
>
> > salam~
> >
> > mungkin tuan akan lebih terkezut bila membaca ini:
> >
> > ["wa huallahu fissamawat..(al-anam 3)" bermaksud: 'dan Dialah Allah (yg 
>disembah) di langit.'
> >
> > Ibn Kathir menafsirkan:'Para mufassirin berpendapat, kita tidak akan 
>berkata spt ucapan kaum Jahmiyah (SESAT) yg mengatakan Allah itu berada di 
>setiap tempat. Maha suci Allah dr ucapan mereka'.
> >
> > Adapun firman Allah:"wahua ma'akum 'ainama kuntum (hadid 4)..Dan Allah 
>bersamamu dimana kamu berada.(hadid 4) maksudnya Dia bersama kita, 
>mengetahui, mendengar, melihat kita dimanpun kita berada] Taujihat 
>Islamiyah -shk Muhammad Jamil Zainu.
> >
> > Maha suci Allah dr apa yg mereka sangkakan.
>______________________________________________
>FREE Personalized Email at Mail.com
>Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "tua dah kubur" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke