*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

Artikel yg dihantarkan oleh saudara kita dapat disimpulkan sebagai  "la quwwata illa 
billah" (alKAhfi 39) dan kita juga dingatkan supaya mengingati Allah senantiasa.

Kesimpulannya: -

Ma'rifatillah atau mengenal Allah hendaklah benar2 kenal Rabb yg disembahnya iaitu 
hendaklah menetapkan sifat2Nya & Nama2Nya yg baik antaranya mengetahui yg RabbNYa 
bersemayam di Arsy yg tinggi di atas langit yg tujuh dan menafikan anggapan puak 
Jahmiyah & muktazilah yg mengatakan bahwa ALlah berada di merata tempat.

Agar Amal itu diterima dan berat timbangannya di sisi Allah, sang hamba perlu 
mengetahui di mana Rabb yg disembahnya, perlu mengetahui tauhid secara menyeluruh.

Allahu a'lam.



From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Salam

Alhamdulillah, terima kasih atas penerangan ringkas sdr. ibn Muhajir berkenaan dengan 
istilah, konsep dan halatuju Tauhid dan amal.

Saya menaruh keyakinan (Allah SWT jua yang lebih mengetahui), sesaorang itu akan 
mengeluarkan pendapat atas apa yang dia dapat (dengan kurniaan Allah). Setiap yang dia 
dapat atau perolehi itu adalah atas ilmu, Iman dan amalnya (atas kurniaan Allah SWT 
jua).

Sejak awal-awal lagi saya telah menegaskan (Allah SWT jua yang lebih Mengetahui), 
Kalamullah (Kiatabullah) dan Hadis Nabi SAW serta ucapan para Sahabat, bukanlah 
semata-mata atas dasar Ilmu (Tahu), tetapi adalah atas dasar Petunjuk dan Pimpinan 
dari Allah SWT.

Atas dasar ilmu, setiap orang, termasuk yang Kafir, Musyrik, Yahudi, Nasara dan Majusi 
boleh memahami dan menghujahnya. Malahan di zaman Nabi SAW dan sebelumnya, Kitab Allah 
(Firman Allah) lebih diketahui dan difahami oleh golongan yang dikenali sebagai Ahli 
Kitab. Tetapi dalam Surah al Baiyyinah Allah SWT menegaskan bahawa Ahli Kitab (yang 
memahamkan Firman Allah atas dasar ilmu semata) belum lagi beragama (Iman, Islam).....

Bagi saya Iman, Islam, Tauhid dan Makrifat adalah atas anugerah, pimpinan, petunjuk 
dan rahmat Allah jua.

Untuk berIman, ada Kalimah Iman.
Untuk Islam , ada Kalimah Islam.
Untuk Tauhid, ada Kalimah Tauhid.
Untuk Makrifat pun ada Kalimah Makrifah.

Kalimahnya tetap satu jua iaitu Kalimah "Lailahailla Allah".

Tidak ada sesiapa pun di kalangan manusia yang dapat mengIslamkan orang lain atau 
mengImankan orang lain hatta dirinya sendiri melainkan atas anugerah dan petunjuk 
Allah.

Untuk mendapat dan lulus kalimah "Lailahailla Allah"  itu ke dalam hati adalah atas 
rahmat dan petunjuk ALlah, maka itulah yang membimbangkan dan merisaukan kita, apakah 
sesudah itu kita merasakan kita lebih baik dan Iman serta Islam daripada orang lain. 
Sedangkan yang ada pada kita pun bukan dengan daya upaya kita mendapatnya dan 
mengekalkannya.

Kita dapat menjadi baik dan tasdik (ketahui dan yakin) berkenaan dengan Allah dan ALam 
Ghaib adalah atas rahmat ALlah, apakah kita akan merendah dan memandang orang lain 
jahil, salah, lemah dan sebagainya...

Oleh kerana untuk berIman itu adalah dengan lulusnya ke dalam hati kalimah Iman, atau 
petunjuk ALlah atau Nur daripada ALlah (Nurulalannur) maka untuk mengekalkan Iman, 
meningkatkan Iman dan sebagainya wajiblah dengan mengekalkan kalimah itu dilidah 
dengan MEMBASAHKAN lidah dengan menyebut-nyebut (mengulang-ulangkannya) sebagai ikrar 
yang putus dan diterjemah ke dalam hati sebagai tasdik dengan iktiqad yang jazam.

Allah SWT menganjurkan kepada manusia berIman ikutilah panduan yang terbaik di 
kalangan manusia (hambaNya) iaitu :

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rassul Allah itu teladan yang paling baik untuk 
diikuti oleh kamu iaitu orang-orang yang mengharapkan akan bertemu dengan Allah dan 
keselamatan di Hari Akhirat serta MENGINGATI ALLAH dengan sebanyak-banyaknya". Al 
Ahzab : 21.

"mengingati Allah, adalah satu ciri terpenting untuk mendapat keselamatan dan 
perlindungan Allah. Akhirnya dapat bertemu Allah ...contoh yang ada dan ditunjukkan 
pada diri Rasul Allah.

Allah SWT menganjurkan, "Wahai orang-orang berIman ingatlah Allah dengan ingatan yang 
sebanyak-banyaknya". Al Ahzab : 41-42.

Allah SWT menjanjikan keampunan dan ganjaran yang amat besar kepada kepada lelaki dan 
wanita Islam yang banyak mengingatiNya. Al Ahzab : 45.

Kepada orang yang berIman yang sedemikianlah Allah perintahkan masuklah kepada Islam 
seluruhnya.

"Wahai-wahai orang yang berIman, masuklah kamu seluruhnya ke dalam Islam. Dan 
janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan adalah musuh 
kamu yang amat nyata". Al Baqarah : 208.

Perlindungan Allah ke atas orang mukmin daripada syaitan adalah atas dasar dan konsep, 
orang berIman sentiasa mengingati Allah. Dengan mengingati Allahlah yang akan dapat 
meraih dan menarik rahmat ALlah (sesungguhnya rahmat Allah, Allah dekatkan kepada 
orang yang berbuat Ihsan).

Syaitan tidak takut kepada manusia, tetapi takut kepada Allah dan kepada orang-orang 
yang mendapat perlindungan Allah. Orang-orang yang sentiasa mengekalkan mengingati 
Allah adalah orang yang sudah dan mengekalkan diri masuk ke dalam kubu Allah iaitu 
kalimah Lailahaila Allah.

Allah SWT menganjurkan bukan sahaja "masuklah seluruhnya ke dalam Islam" malah dalam 
Ayat yang lain , Allah SWT turut menganjurkan "Janganlah kamu mati melainkan dalam 
Islam". Nak mati dalam Islam ialah mati dalam Kalimah "Lailahaila Allah".

Untuk Tauhid atau mengikhlaskan agama juga dengan kekal dan bermujahadah dalam 
menegakkan kalimah Lailahaila Allah atau kalimah Allah.

"Ulul albab itu ialah orang-orang yang mengekalkan mengingati Allah dalam keadaan 
berdiri, duduk dan baring serta bertafakur tentang penciptaan langit dan bumi.." al 
Imran : 91-92.

Dan seterusnya ,"Ingatlah kepada Tuhanmu dengan sebenar-benar ingatan (renungan) yang 
penuh ketekunan (perhubungan yang kukuh)". Al Muzammil : 8.

"Dan tidaklah mereka itu (manusia) diseru atau diajak melainkan untuk beribadah kepada 
ALlah dengan mengikhlaskan agamanya (Tauhid)". Al Bayyinah : 5.

Orang-orang yang ikhlas (Tauhid) kepada Allah inilah juga orang-orang yang

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang khusuk iaitu orang-orang yang 
apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka"...Al Haj : 34-35.

Iman bukanlah suatu aspek yang statik. Iman adalah "suatu anugerah Allah yang 
mempunyai kekuatan, daya upaya yang luar biasa untuk beramal dan berjihad". Kekuatan 
dalaman inilah sahaja yang menerangi hati hingga mengenal antara perkara yang Hak dan 
Batil, Sah dan Batal, Qadim dan Muhadas, Kekal dan Sementara, Benar dan Tipu daya,...

Jika dia berderma, berperang pada jalan Allah, menuntut ilmu , atau apa jua amal, ia 
melihat dan memandang, segalanya itu daripada kurniaan Allah jua (rajiun) bukan atas 
amal perbuatannya kembali atas daya upayanya.

Iman inilah sahaja yang mampu menuju kepada Takwa.
Iman inilah apabila sesaorang itu beramal, sipengamal melihat dia beramal adalah atas 
petunjuk ALlah, daya upaya Allah, bukan atas daya , upaya, kepandain dan pengetahuan 
diri sendiri..

Iman inilah yang membebaskan sesaorang daripada syirik.
Janganlah melepaskan diri dari Iman dengan mengeluarkan kata-kata atau pendapat atas 
pendapat sendiri, atau berbuat sesuatu dengan daya upaya sendiri...kerana Allah hanya 
memandang Iman yang dikurniakanNya ke dalam hati manusia. Hanya hati yang berIman itu 
sahajalah baru ia benar-benar bergelar HATI MUKMIN.

Hati itulah wadah Iman, Ilmu yang berdasarkan Iman, iktiqad, akidah, ibadah, niat yang 
ikhlas dan amal soleh yang diterima Allah. Ilmu berkenaan hati inilah yang dikupas 
dengan mendalam oleh orang yang arif yang diberi dan dikurnia ilmu dan pengetahuan 
oleh Allah, melalui ALlah, dengan Allah dan rujuk kembali kepada Allah.

Hadis Nabi SAW,"Diwajibkan menunaikan solat, haji dan tawaf, berkorban, serta 
diperintahkan supaya mensyariatkannya, semata-mata untuk MENGINGATI ALLAH. Apabila 
yang demikian itu tidak ada dalam hatimu (mengingati Allah) sebagai sesuatu yang 
dituju dan dicari maka apakah begitu mahal harga zikrmu itu? (Abu Daud dan Tarmizi).

Saya melihat bahawa, Tauhid adalah anugerah Allah. Beramal juga adalah atas anugerah 
Allah. Rahmat Allah. Untuk semua itu wajiblah didahulukan dengan mendapat perlindungan 
ALlah (yang melindungi hati dari godaan syaitan) dan kekuatan daripada Allah untuk 
berbuat amal serat mengikhlaskan amal, yang kesemuanya berteraskan kepada syaratnya 
iaitu  "mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya".

Wallah hu 'alam.
Salam.
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke