*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wahai sahabatku
air mata menitis besar ertinya
perjuangan suaminya mesti direstu
beratmata memikul, bera lagi yg merasa

sungguh
perang salib tidak berkesudahan
dalam diam duniaku ditawan
dalam diam musuh mendatang

erti tauhid dianggap enteng
rasa marah tanda ada iman
wahai sahabat, kita masih sanggup bersenang?
ketika ummat sesat & perlu bimbingan?

1511 - tarikh keramat
jatuhnya Melaka ke tangan Portugis
Bermulanya era penjajahan kuasa
Tunduk nya Melayu manjadi macam hamba

Kenenagan itu disambut di Portugal
dengan lakunan perang omok-omok.
Dgn pakaian Arab - mereka bergembira
Islam kan jatuh dgn serangan "dari belakang".

Tanjung dinama Tanjung Pengharapan
DI hujung Afrika sumber jalan
Harapan apa tidak ketahuan
harapan menang mengalahkan Islam

Memang eropah sedang tertekan
kemaraan Islam dianggap ancaman
bergegas mereka mendapatkan jalan
untuk menyerang dari belakang
atau untuk lari kerana keeogan?

Jenerasi dulu sanggup bermatian
adalah Islam mesti dipertahan
hidup  diyakini bukan hanya ygnampak di depan
tapi selepas mati syurga diharapkan

asalnya moyang bernama Adam
tinggal disyurga di lupa jangan
hidup dunia indah dan aman
apakah akhirat juga demikian?

wahai Amana gadis rupawan
indah dipanjang teruna impian
bercinta indah hanya di satu zaman
masa kan tiba berkecamuknya kehidupan

wahai sahabat ingatlah Tuhan
Pencipta kita kekasih idaman
Dunia hanya satu pinjaman
Kepada ALLah diletakkan harapan
Dengan penuh hiba perasaan
Mari kita nilai harga kemanusiaan

Semua manusia mula dari Adam
Adam mengenal ALLah yang sama
Semua rasul amalkan tauhid yang sama
Nabi Isa juga amal yang sama

Hariini ramai yang keliru
Bercampur yg benar dgn yang batil
Kelembutan pendakyah Kristian melembutkan hati
Keadilan Islam tidak didaulatkan

Keadilan Islam tidak didaulatkan
Sistem kehakiman menjadi usikan
hanya yang diharap kekuatan peribadi
dalam kekecilan dugaan mendatang







Isyahamimi Nur Bt. Ishak wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> > -----Original Message-----
> > From: Azmi B Sulaiman
> > Sent: Wednesday, April 26, 2000 10:42 AM
> > To:   Mohd Sufian Yusop; Shamsiah Shamsuddin; Ainul Azlina Adnan; Nurlida
> > Baharin; Isyahamimi Nur Bt. Ishak
> > Subject:      FW: [Dakwah] lagi kisah murtad...
> >
> >
> >
> >
> >
> > petikan daripada majalah muslimah.
> >
> > Pulang anakku NUR AMANA.
> > ------- ------------------------
> > Senja menyerakkan warna di ufuk barat ketika aku keluar daripada
> > perkarangan penjara, meninggalkannya dengan pandangan sayu yang penuh
> > dengan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk  menangisi episod
> > hari ini lantaran tragedi semalam yang cukup menyedihkan.
> > "Sabarlah, Sumaiyah....," cuma pesanan itu yang diingatkan oleh suamiku
> > sebelum aku melangkah pergi sebentar tadi. Ya, Siti Sumaiyah ini akan
> > terus sabar kerana sabar itulah yang paling baik. Kerana sabar  itulah
> > yang terindah. Biarlah aku menjadi seperti Sumayyah, sahabat Rasullulah
> > s.a.w. yang terus sabar dan teguh disiksa bertubi-tubi. Namun demi
> > dinullah, keimanan terus dipertahankan.
> >
> > Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air mataku mengalir tanpa
> > henti. Aku sedih. Aku kecewa. Aku benar-benar terasa sedih di bumi fana
> > ini. Tiada lagi kegembiraan yang menguliti. Telah hilang senda gurau Nur
> > Amana, puteri tunggalku. Sudah lenyap bisikan sayang suami tercinta.
> > Semuanya telah tiada.
> > Sekelilingku pemuh tomahan yang menyakitkan. Disekitarkan saban hari
> > dihidangkan kisah-kisah melukakan.
> >
> > Suamiku pula kini dipenjara. Lengkaplah penderitaan ini. Aku sendiri
> > tanpa dorongan dan semangat yang saban hari ditiupkan dalam rohku.
> > Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa Allah tidak pernah meniggalkan
> > hamba-Nya sendirian. Ingatanku melayang pada firman-Nya dalam surah
> > Ad-Dhuha.
> >
> > "Allah bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi,
> > sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan dan membenci hamba-Nya.
> > Kelak, Allah akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti akan
> > melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah melindungimu?.
> > Dulu kau dalam keadaan bingung
> > lalu Allah memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu dalam serba kekurangan
> > lalu Dia mencukupkan".
> >
> > Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak
> > sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah
> > dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud
> > panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas
> > sejadah. Tubuhku benar-benar letih.
> > Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadan tidak menentu. Makan
> > minumku sekadarnya. Tidurku dihantui  mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku
> > penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu...
> >
> > *******************************************************
> > Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita
> > yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. "Emm... positif! Memang
> > Puan  mengandung...," dia tersenyum memandangku. "Iyakah?," Aku seperti
> > tidak percaya. Dia mengangguk. "Tahniah! Inai masih merah lagi... memang
> > mahu anak awal?", tanyanya. Aku angguk. "Tentu husband Puan gembira,
> > sampaikan ucapan tahniah saya padanya," katanya sebelum aku
> > meninggalkannya.
> >
> > Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam
> > mana?," Tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau Abang
> > nak... adalah!".
> >
> > Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan,
> > syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti
> > sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia
> > menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan segala-galanya.
> > "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang
> > diingatkan padaku.
> >
> > Aku teringat isteri Imran sewaktu mengandungkan Siti Maryam, wanita
> > suci, ibu Nabi Isa a.s. yang diberi kelebihan melahirkan anak tanpa
> > bapa. Isteri Imran
> > menazarkan anak dalam kandungannya menjadi hamba yang soleh dan
> > berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah melahirkan seorang puteri, dia
> > berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi perlindungan daripada syaitan
> > yang  terkutuk.
> >
> > Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh
> > memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu, hari-hari kubisikan
> > kepadanya  kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku
> > pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan
> > harapanku dan saban hari  bibirku tidak kering melagukan ayat suci
> > Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah
> > sebati dalam pengalamanku. Sebelum  melelapkan mata, suamiku akan
> > mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu
> > apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah
> > tayyibah yang diajarkan.
> >
> > Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati.
> > Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit
> > cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua
> > belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku.
> > Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya.
> > Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman
> > setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang
> > terunggul.
> >
> > Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir
> > Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas
> > kelahirannya. Pelbagai
> > usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang
> > perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara.
> > Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.
> >
> > Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki  kecantikan lahiriah,
> > akhlaknya terpuji. Tutur katanya  mendamaikan jiwa. Bila dipandang
> > menyejukkan hati.
> > Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf
> > sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain.
> > Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkan. Dan syukurku
> > melimpah kerana ibarat dianugerahkan puteri seorang bidadari dari
> > syurga.
> >
> > Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada
> > suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cermelang
> > dalam pelajaran
> > ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.  > Pun, demi masa
> > depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam
> > yang  diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.
> > Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan  yang tetap tawar
> > biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.
> > Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah
> > hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau
> > orang. Kerabu pucuk paku dan ikan bakar sering membuatkanku menitiskan
> > air mata. Lauk itulah kegemaran Nur Amana. Namun, rindu terubat  juga
> > bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan  rindu dan kasih
> > tidak terhingga.
> >
> > Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan
> > membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik
> > semoga anak inilah yang  mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila
> > hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa
> > satu perubahan yang ketara. Dia
> > berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung
> > gelap. Pun aku bersyukr kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.
> > Seperti
> > suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...,"
> > beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai
> > purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat
> > Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil
> > langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan
> > keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti.
> > Rugilah kelulusan tinggi  yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum
> > mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada
> > rezeki untuk hamba Alah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku.
> > Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai
> > sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat
> > di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut
> > Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti
> > biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.
> > Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur
> > Amana mula
> > berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri
> > dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan
> > bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba
> > mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak
> > berjaya. Nur Amana cukup bijak  mengelak dan menyembunyikan.
> >
> > Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana
> > telah menghantar permohonan ke  mahkamah untuk menukar agama kepada
> > Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana
> > tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku
> > dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu
> > diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh
> > membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa?.
> > Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang
> > sebegitu besar?. Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku
> > gelisah  menanti  kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan
> > air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang.
> > Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna
> > ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku
> > menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah
> > bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami
> > solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk
> > pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga
> > Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja
> > penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang
> > kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan
> > kerja lain dari solat. Tapi, mengapa hari  ini begitu? Mataku dan suami
> > bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak
> > terlebih dahulu.
> >
> > Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang
> > berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih.
> > Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik
> > lagi, tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia
> > kelihatan bersahaja. Gadis yang baru  mencecah 24 tahun itu kulihat
> > semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang
> > cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama  diajukan oleh suamiku.
> > Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu cuma
> > fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur
> > Amana, anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi
> > lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan.
> > Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan
> > penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang
> > mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami
> > padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan
> > Nur Amana (out-station ke Singapura lagi)  memberi peluang kepada kami
> > untuk  memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun  kemas.
> > Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya
> > telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang  terlekat cuma tertulis
> > tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya.
> > Dan jantungku
> > berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan
> > agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku
> > menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi
> > mahkamah  meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu
> > menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia
> > jadi begitu? Subhanallah!
> >
> > Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu
> > biliknya telah dipecahkan. Suamiku  menghujaninya dengan pertanyaan demi
> > pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.
> > Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya  mencintai Adam...
> > pemuda Kristian, saya  benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam
> > agama itu...,"  dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya.
> > Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus  terhapus. Nur Amana
> > menangis. Aku terkaku.  Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.
> >
> > Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong.  Nur Amana membawa
> > bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa
> > "cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah  memutuskan
> > bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku
> > mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.
> >
> > Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari
> > rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah
> > pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar
> > terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur
> > Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca
> > televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana
> > dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan
> > akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke
> > perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya  iman Nur Amana.
> > Alangkah!
> >
> > Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda
> > berdarah India. Nur Amana tidak bertudung  litup lagi. Rambutnya
> > dibiarkan mengurai ke bahu.  Rambut yang sebelum ini tidak pernah
> > dilihat oleh mata lelaki janabi. Dan, terasa gugur jantungku bila
> > terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya
> > lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak
> > memandang  kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan.
> > Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal!
> > Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan
> > kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih
> > daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum
> > lega.
> >
> > Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan
> > dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur
> > Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa
> > dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam
> > pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak  bermaya. Dia tunduk. Wajahnya
> > merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya
> > mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali
> > pertama kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang
> > tahu hatinya. "Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman
> > kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba  suaranya lantang
> > menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar
> > apabila mendengar
> > keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpa
> > padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar"
> > dari orang yang
> > tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan
> > kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil!
> > Sekular!  Undang-undang penjajah!'.
> >
> > Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku
> > meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis
> > melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya
> > digari. Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah
> > lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini
> > yang kau pilih, teruskanlah... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan
> > selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku
> > bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir  lelaki muda di
> > sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan
> > hilang seluruh  kebahagiaan hidupnya.
> >
> > Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara. Dituduh menderhaka kepaa
> > mahkamah! Dan ditakuti akan  mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan
> > sentimen
> > perkauman juga keagamaan.
> >
> > Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku
> > belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung
> > mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk. Solat Isyak
> > kudidrikan. Kemudian kususuli dengan solat  Taubat dan Hajat. Air mataku
> > gugur lagi pada dinihari  yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak.
> > Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap... pulanglah anakku, Nur
> > Amana!.
> >
> > --------------------------------------------------------------------------
> > --------------------------------------------------------------------------
> > --Aduhai,
> >
> > kisah natrah berulang kembali...agama dipermainkan oleh undang-undang
> > sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehinggatidak dapat
> > mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.Sampai bila perkara
> > ini akan berakhir.....betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad
> > dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama
> > seperti
> > nur amana. apakah tindakan kita yangmengaku dirinya ISLAM, apakah tidak
> > tercabar oleh permainan pihak kuffarini???? permainan ini semakin
> > bermaharajalela ditanah airkita....sedarlah.....Kita akan tertindas selagi
> > HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DIBUMI.......malaysia khasnya....
> >
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Isyahamimi Nur Bt. Ishak" <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mk <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke