MAHKAMAH TOLAK RAYUAN ANWAR

 

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadapnya kerana kesalahan rasuah.

Rayuan bekas timbalan perdana menteri itu didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Yunus dalam satu prosiding selama sembilan hari Mac lepas.

Lamin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Datuk Mokhtar Sidin, juga mengekalkan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Datuk S.Augustine Paul terhadap Anwar pada 14 April tahun lepas.

Lamin berkata, "Kami mendapati tiada asas untuk menukar hukuman tersebut, oleh itu kami menolak rayuan untuk mengetepikan hukuman itu," katanya semasa membacakan penghakiman bertulisnya setebal 59 muka surat.

Anwar telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, Paul mem! erintahkan Anwar menjalani hukuman itu secara serentak mulai 14 April, 1999.

Anwar, 52, kini dibicarakan bersama-sama adik angkatnya yang juga seorang ahli perniagaan, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, 39, atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar, 39, iaitu bekas pemandu isterinya.

-- LAGI


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke