Berita Harian mohon maaf


KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh)
- Akhbar Berita Harian memohon maaf kepada kerajaan negeri Terengganu dan pihak lain yang terbabit berikutan laporan beritanya yang salah sebelum ini
.

Isnin lepas, akhbar itu melaporkan kakitangan awam wanita di Terengganu yang mengambil cuti bersalin hanya dibayar gaji 60 hari, meskipun PAS menjanjikan cuti bersalin 90 hari.

Menurutnya akhbar itu hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Senara Muda Mazlan Hashim, kerajaaan PAS Terengganu meluluskan cuti bersalin sehingga 90 hari sebagai menunaikan janjinya dalam manifesto pilihanraya umum lepas.

"Kerajaan negeri bersetuju membayar elaun khas bersalin sepanjang cuti tambahan 30 hari untuk menjaga anak pada bulan ketiga kerana JPA hanya menetapkan cuti bersalin sehingga 60 hari," katanya yang dipetik oleh akhbar itu hari ini.

Harakahdaily.com sebelum ini menyiarkan wawancara khas dengan Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang berikutan laporan Berita Harian sebelum ini, yang menafikan kerajaan negeri hanya memberikan cuti bersalin 60 hari.

Hadi juga menyifatkan laporan Berita Harian sebelum ini bersifat fitnah terhadap kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh PAS.

Berikutan permohonan maaf oleh akhbar itu yang disiarkan di perenggan terakhir berita "Kerajaan Terengganu beri elaun khas bersalin" di muka surat dua hari ini, jelas menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh akhbar itu.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke