Saya pernah mendengar masalah yang sama telah dikemukakan kepada Bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom tentang masalah yang sama pendapat beliau begini, tentang bacaan Al Quran dengan volume yang kuat sekiranya menganggu orang lain
hendaklah dikurangkan volumenya, akan tetapi bab Azan tak boleh bertolak-ansur sebab itu suruhan ugama. Soalan ini dikemukakan kepada beliau di dalam  ruangan soal-jawab ugama di dalam satu rancangan TV ketika beliau balum disingkirkan lagi.
 
Saya cadangkan Dr. Nurul Izzah bertanya kepada orang yang betul-betul faham tentang hukum-hukum agama dan lebih banyak pengalaman hidup dari kta maklumlah kalau ilmu banyak pun pengalaman hidup kurang mungkin keputusan atau pendapat yang diberi tidak tepat atau cermat.
 
  Bab nak marah kat orang bukan Islam  pasal gereja kat Shah Alam itu isu lain saya cadangkan attack cara lain.
----- Original Message -----
Sent: Monday, May 01, 2000 10:03 AM
Subject: H-Net* MINTA PANDANGAN/BACAAN AL-QURAN

Assalamualaikum Para Netters,
 
Saya tinggal berhampiran dengan salah sebuah masjid besar di Kuala Lumpur. Apa yang ingin saya keutarakan ialah masjid berkenaan membuka bacaan al-quran seawal 1 jam sebelum masuk waktu sembahyang yang kebiasaannya waktu zohor, asar dan maghrib. Saya yang tinggal berhampiran terasa begitu terganggu kerana volumenya yang begitu kuat sekali. Saya ingin mendapatkan pandangan para netters tentang perkara demikian iaitu adakah perlu bagi setiap masjid membuat sedemikian dengan volume yang kuat dan seawal 1 jam sebelum waktu sembahyang. Ini bukan sahaja mengganggu orang sekeliling yang bukan Islam malah kita yang Islam pun terasa terganggu. Kita bukannya membenci kepada bacaan al-quran tersebut tetapi terasa terganggu dan tidak selesa dengan volumenya yang begitu kuat dan nyaring. Sedangkan kaum lain yang merayakan sesuatu perayaan dengan bunyi bising setahun sekali pun kita akan merasa marah inikan pula kita yang tiap2 waktu/hari. Kitapun perlu menjaga hati mereka agar sedikit sebanyak mereka akan tertarik dengan agama kita.
 
Wassalam.
 

Kirim email ke