*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a'kum
sekadar pendapat ringkas..drpd tok guru ana.
- apabila kita mendengar org lain al quran.. maka HUKUM ASAL bagi si
pendengar adalah WAJIB mendengar dan menghayati isi kandungan al quran
tersebut.
- di sana ada ulamak mengatakan.. sekiranya kita berjaga malam.. kemudian
membaca al quran kuat2.. sehingga menganggu sahabat2 lain yg sedang tidur..
maka hukumnya adalah haram kita baca kuat2. perlu diperingatkan.. haram itu
bukan haram perbuatan membaca al quran tersebut.. tetapi haram membaca kuat
sehingga menganggu org lain. oleh yg demikian.. bolehlah dikiaskan
sekiranya kita memasang kaset quran kuat2 di masjid.. maka hukumnya adalah
haram. (jenis haram = haram aradhi.. iaitu haram mendatang.. bukan zat
asalnya adalah haram). ini merupakan pendapat tok guru saya ketika menuntut
di salah sebuah pusat pengajian islam yg terulung yg terletak di kelang..
dan bangunannya terletak di sebelah masjid. bila dah dekat waktu zohor,
pihak masjid akan memasang kaset kuat2.. sehingga menganggu pelajaran. tok
guru tu kata.. inilah contoh perbuatan haram aradhi. belajar itu adalah
wajib.. tetapi pasang kaset itu bukan wajib. so.. kena dahulukan wajib.
sekiranya yg tak wajib menganggu yg wajib.. maka haram hukumnya. allahua'lam.
- tetapi.. kita kena muhasabah.. setara mana kaset al quran itu menganggu
kita. kalau kita lebih selesa mendengar lagu2 lagho / nasyid2 / bunyian2
lain daripada kita dengar kaset al quran tu.. maka jgnlah menyalahkan kaset
quran yg dipasang kuat2 tu memeningkan/mengacau kita. tetapi yg sebenarnya
PENING adalah diri kita sendiri. fikirkan balik.. banyak mana sangat kita
dengar al quran setiap hari. nak baca apatah lagi.
cadangan ana :
1. pasang kaset tu .. dgn volume yg sederhana. kerana hakikat pihak masjid
tu pasang ialah utk menyedarkan org lain bahawa dah dekat dah nak masuk waktu.
2. tetapi kalau ianya terlampau menganggu/ menimbulkan fitnah kepada yg
bukan beragama islam.. tutup sahaja pon takpe. lagipun sebelum zohor.. kita
disunatkan tidur qailulah.
3. mungkin juga dikurangkan masa pasang kaset tu.. daripada sejam sebelum
zohor.. kepada 15 minit ke.. etc.
4. yg org2 islam tu... kerapkanlah mendengar kaset al quran di rumah.
didiklah ana ketika di dalam kandungan lagi utk mendengar bacaan al quran.
barulah al quran dapat dihayati. mulakan di rumah sendiri !! daripada
mendodoikan ana dengan lagu2 melayu yg me'layu'kan anak.. lebih baik pasang
kaset al quran.
sekadar itu sahaja.
a'kum
At 09:47 AM 5/2/00 +0800, you wrote:
> dengan volume yang kuat sekiranya menganggu orang lain ruangan
>soal-jawab ugama di dalam satu rancangan TV ketika beliau balum
>disingkirkan lagi. Saya cadangkan Dr. Nurul Izzah bertanya kepada orang
>yang betul-betul faham tentang hukum-hukum agama dan lebih banyak
>pengalaman hidup dari kta maklumlah kalau ilmu banyak pun pengalaman hidup
>kurang mungkin keputusan atau pendapat yang diberi tidak tepat atau
>cermat. pasal gereja kat Shah Alam itu isu lain saya cadangkan attack
>cara lain. ----- Original Message ----- From: Dr Nurul Izzah
>To: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] Sent: Monday, May 01,
>2000 10:03 AM Subject: H-Net* MINTA PANDANGAN/BACAAN AL-QURAN
> Assalamualaikum Para Netters, Saya tinggal berhampiran dengan
>salah sebuah masjid besar di Kuala Lumpur. Apa yang ingin saya
>keutarakan ialah masjid berkenaan membuka bacaan al-quran seawal 1 jam
>sebelum masuk waktu sembahyang yang kebiasaannya waktu zohor, asar dan
>maghrib. Saya yang tinggal berhampiran terasa begitu terganggu kerana
>volumenya yang begitu kuat sekali. Saya ingin mendapatkan pandangan para
>netters tentang perkara demikian iaitu adakah perlu bagi setiap masjid
>membuat sedemikian dengan volume yang kuat dan seawal 1 jam sebelum
>waktu sembahyang. Ini bukan sahaja mengganggu orang sekeliling yang bukan
> Islam malah kita yang Islam pun terasa terganggu. Kita bukannya membenci
> kepada bacaan al-quran tersebut tetapi terasa terganggu dan tidak selesa
> dengan volumenya yang begitu kuat dan nyaring. Sedangkan kaum lain yang
>merayakan sesuatu perayaan dengan bunyi bising setahun sekali pun kita akan
> merasa marah inikan pula kita yang tiap2 waktu/hari. Kitapun perlu
>menjaga hati mereka agar sedikit sebanyak mereka akan tertarik dengan
>agama kita. Wassalam.
>
--
[This message was sent using an evaluation copy of
IMail Server for Windows NT, a product of Ipswitch, Inc.]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Tok Janggut <[EMAIL PROTECTED]>