*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Saya merujuk kepada soalan dari kalau tak silap Izzati berkenaan isteri yang ingin memfailkan perceraiannya minggu lepas. Hari Sabtu lepas telah diadakan sesi dialog antara YB ADUN Kajang dengan para wanita di DUN Kajang. Salah seorang panel yang dijemput ialah seorang peguam Syarie. Saya telah mengemukakan soalan dari Izzati secara bertulis dengan ayat saya sendiri berbunyi seperti berikut: Seorang isteri telah diabaikan secara lahir dan batin oleh suaminya setelah berkahwin satu lagi. Suami tersebut tidak mahu melepaskan isterinya kerana dia merupakan bank bagi suami. Isteri bercadang unutk memfailkan perceraian dengan suaminya dengan memberikan alamat palsu supaya si suami tidak akan memerima surat tersebut dan tidak pernah hadir ke mahkamah. Mahkamah mungkin boleh menjatuhkan fasakh, tetapi sahkah perceraian tersebut dari segi syara'? Apakah nasihat peguam tentang tindakan terbaik yang boleh dilakukan oleh isteri agar perceraian dapat diteruskan? Jawapan dari peguam: Peguam Syarie tersebut tidak menggalakkan sang isteri menggunakan alamat palsu 1. Isteri boleh disabitkan memberikan keterangan palsu di mahkamah dan boleh dikenakan hukuman lain dan mungkin mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap kes perceraian tersebut yang mana isteri mungkin lost everything 2. Peguam syarie yang mengetahui bahawa alamat tersebut adalah alamat palsu boleh dikenakan tindakan dan lesen boleh ditarik balik. ISteri mempunyai 3 point utama yang membolehkan beliau menang kes tersebut 1. Penderaan zahir 2. Penderaan batin 3. Suami menggunakan wang isteri Walau bagaimanapun isteri mesti mempunyai 2 orang saksi lelaki atau 2 saksi wanita=1 saksi lelaki. Saksi-saksi tersebut mestilah boleh mengesahkan bahawa isteri tersebut telah diseksa secara fizikal dan mental seperti melihat kesan lebam di badan isteri atau mendengar sendiri perkataan-perkataan yang dihamburkan oleh suami atau perbuatan yang tidak patut. (Laporan polis mesti dikemukakan untuk segala kes penderaan) Saksi tersebut juga boleh mengesahkan bahawa suami menggunakan wang isteri spt dengan penyata gaji suami yang kecil. Suami menggunakan kereta Mercedez yang dibeli oleh isteri dsb. Sebaik-baik saksi ialah saudara mara sendiri spt abang/adik lelaki/pak saudara dsb. Cuba elakkan dari mengambil saksi dari bukan saudara-mara spt rakan sepejabat dan paling bahaya current boy-friend. Mahkamah akan bertanya hubungan saksi dengan isteri dan mempastikan saksi tidak ada kepentingan terhadap kes tersebut (kalau boy-friend pasti ada kepentingan). Saksi amat penting dalam kes mahkamah. Kalau tak silap 3 minggu lepas seorang wanita yang bernama Nelly telah menang kes perceraian dengan suaminya hanya kerana suami tersebut tidak mengemukakan saksi. By right suami boleh memang kerana isteri tidak membuka pintu bila suami balik(nusyuz), menukar semua kunci pintu rumah supaya suami tidak boleh masuk ke rumah(nusyuz) dan memanggil polis untuk menghalau suami yang berada diluar rumah. Nelly juga telah melarikan diri ke rumah ibubapanya tanpa izin suami(nusyuz). Sang suami terlalu confident boleh memang dan merasakan tidak perlu punya saksi. Akhirnya isteri menang HANYA KERANA suami tidak mengemukakan saksi. Jika ada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat peguam tersebut sila hubungi saya personally. Saya bukanlah menggalakkan perceraian, tapi kalau suami melakukan isteri sebagai kain buruk dan memperlakukan seperti binatang, sebagai seorang insan merasa tersentuh dengan nasib wanita yang sering mengalah. Saya tak mahu kisah arwah Faezah berulang lagi. Jangan sampai seorang lagi wanita dibunuh oleh suaminya yang menurut kata hati. ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>