*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya merujuk kepada soalan dari kalau tak silap Izzati berkenaan isteri yang
ingin memfailkan perceraiannya minggu lepas. Hari Sabtu lepas telah
diadakan sesi dialog antara YB ADUN Kajang dengan para wanita di DUN Kajang.
Salah seorang panel yang dijemput ialah seorang peguam Syarie. Saya telah
mengemukakan soalan dari Izzati secara bertulis dengan ayat saya sendiri
berbunyi seperti berikut:
Seorang isteri telah diabaikan secara lahir dan batin oleh suaminya setelah
berkahwin satu lagi. Suami tersebut tidak mahu melepaskan isterinya kerana
dia merupakan bank bagi suami. Isteri bercadang unutk memfailkan perceraian
dengan suaminya dengan memberikan alamat palsu supaya si suami tidak akan
memerima surat tersebut dan tidak pernah hadir ke mahkamah. Mahkamah
mungkin boleh menjatuhkan fasakh, tetapi sahkah perceraian tersebut dari
segi syara'? Apakah nasihat peguam tentang tindakan terbaik yang boleh
dilakukan oleh isteri agar perceraian dapat diteruskan?
Jawapan dari peguam:
Peguam Syarie tersebut tidak menggalakkan sang isteri menggunakan alamat
palsu
1. Isteri boleh disabitkan memberikan keterangan palsu di mahkamah dan
boleh dikenakan hukuman lain dan mungkin mahkamah boleh mengambil tindakan
terhadap kes perceraian tersebut yang mana isteri mungkin lost everything
2. Peguam syarie yang mengetahui bahawa alamat tersebut adalah alamat palsu
boleh dikenakan tindakan dan lesen boleh ditarik balik.
ISteri mempunyai 3 point utama yang membolehkan beliau menang kes tersebut
1. Penderaan zahir
2. Penderaan batin
3. Suami menggunakan wang isteri
Walau bagaimanapun isteri mesti mempunyai 2 orang saksi lelaki atau 2 saksi
wanita=1 saksi lelaki. Saksi-saksi tersebut mestilah boleh mengesahkan
bahawa isteri tersebut telah diseksa secara fizikal dan mental seperti
melihat kesan lebam di badan isteri atau mendengar sendiri
perkataan-perkataan yang dihamburkan oleh suami atau perbuatan yang tidak
patut. (Laporan polis mesti dikemukakan untuk segala kes penderaan) Saksi
tersebut juga boleh mengesahkan bahawa suami menggunakan wang isteri spt
dengan penyata gaji suami yang kecil. Suami menggunakan kereta Mercedez
yang dibeli oleh isteri dsb. Sebaik-baik saksi ialah saudara mara sendiri
spt abang/adik lelaki/pak saudara dsb. Cuba elakkan dari mengambil saksi
dari bukan saudara-mara spt rakan sepejabat dan paling bahaya current
boy-friend. Mahkamah akan bertanya hubungan saksi dengan isteri dan
mempastikan saksi tidak ada kepentingan terhadap kes tersebut (kalau
boy-friend pasti ada kepentingan).
Saksi amat penting dalam kes mahkamah. Kalau tak silap 3 minggu lepas
seorang wanita yang bernama Nelly telah menang kes perceraian dengan
suaminya hanya kerana suami tersebut tidak mengemukakan saksi. By right
suami boleh memang kerana isteri tidak membuka pintu bila suami
balik(nusyuz), menukar semua kunci pintu rumah supaya suami tidak boleh
masuk ke rumah(nusyuz) dan memanggil polis untuk menghalau suami yang berada
diluar rumah. Nelly juga telah melarikan diri ke rumah ibubapanya tanpa
izin suami(nusyuz). Sang suami terlalu confident boleh memang dan merasakan
tidak perlu punya saksi. Akhirnya isteri menang HANYA KERANA suami tidak
mengemukakan saksi.
Jika ada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat peguam tersebut sila hubungi
saya personally.
Saya bukanlah menggalakkan perceraian, tapi kalau suami melakukan isteri
sebagai kain buruk dan memperlakukan seperti binatang, sebagai seorang insan
merasa tersentuh dengan nasib wanita yang sering mengalah. Saya tak mahu
kisah arwah Faezah berulang lagi. Jangan sampai seorang lagi wanita dibunuh
oleh suaminya yang menurut kata hati.
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>