*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum warahmatullah, Pertama, Saya tidaklah menyokong mana-mana pihak dlm soal ini. Buku yg disebut oleh Saudara Sani bukanlah karangan asal Ibn Hajar Al-Asqalani. Kalau tak percaya saudara Sani boleh beli buku tersebut berharga RM5.00. Ini kerana saya sudahpun memiliki buku tersebut. Buku tersebut adalah buku yg ditahqiq (dinilai kebenarannya) oleh Majdi Sayed Ibrahim dan diterjemahkan oleh Drs. Syahrin Nasution. Ia juga adalah hasil campuran dinukilkan dari Abu Jakfar b. Munadiy, Ibn Hajar Al-Asqalani dan Ibn Jauzi (rujuk mukaddimah buku tersebut). Kedua, Buku tersebut menyenaraikan 2 pendapat iaitu Nabi Khidir telah wafat dan Nabi Khidir belum wafat. Walaubagaimanapun, Pentahqiq buku itu cenderung kpd pendapat Nabi Khidir telah wafat (Rujuk muka surat 94). Ketiga, (i). As-syahid Sayyid Qutb dlm tafsirnya (Fi Zilalil Quran) menyatakan Khidir bukannya nabi tetapi seorang hamba Allah yg salih spt Luqman Al-Hakim. (ii). Yusuf Al-Qardhawi dlm fatwa al-mua'sirah (Jilid 1 & 2: Muka surat 310 hingga 315) mengatakan bahawa Khidir telah wafat. (iii). Imam Bukhari rh. dan Imam Ahmad rh. juga berpendapat Khidir telah wafat. (iv). Imam Bukhari rh. diriwayatkan telah ditanya mengenai Khidir, adakah Khidir masih hidup? Beliau (Imam Bukhari) menjawab: "Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak akan kekal manusia(slps Umat Muhammad) di muka bumi sehingga seratus tahun." (v). Ibn Hajar Al-Asqalani, Ibnul Manawi, Ibrahim Al-Harabiy, Abu Tahir Al-Ubaddi, Abul Ya'la Al-Hanbali, Abu Fadhal Ibn Nasir, Al-Qadi Abu Bakar Al-Arabiy, Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Qayyim dll adalah senarai ulamak yg berpendapat Khidir telah wafat. Dalil-dalil yg dijadikan sandaran: Firman Allah S.W.T: "Dan (ingatlah) ketika ALlah mengambil perjanjian dgn para Nabi: "Sungguh apa shj yg aku berikan kpd kamu berupa kitab dan hikmah, kmdn datang kpd kamu seorang rasul yg membenarkan apa yg ada pada kamu, nescaya kamu akan beriman kpdnya dan menolongnya. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yg demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui." Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (wahai para Nabi) dan Aku menjadi saksi pula bersama kamu." (Surah Al-Imran: ayat 81) Tarjih: Maksudnya para Nabi berjanji kpd ALlah S.W.T bahawa sekiranya datang seorang rasul bernama Muhammad S.A.W, mereka akan beriman kpdnya dan menolongnya. Ibnu Abbas R.A berkata mengenai ayat ini: "Tidaklah ALlah mengutus seorang Nabi melainkan membuat perjanjian dgnnya iaitu jika diutuskan Muhammad sedangkan dia (para Nabi), maka akan beriman kpdnya dan berjanji akan menolongnya." -Sekiranya Khidir masih hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W sudah tentu, dia akan membantu dan menolong Nabi Muhammad. Nabi Muhammad S.A.W diriwayatkan pernah berdoa ketika perang badar Al-Kubra: "Ya Allah! Sekiranya Engkau tidak menghancurkan mereka, nescaya Engkau tidak disembah lagi." Pada ketika itu tentera Islam bilangan yg sedikit 313. Setiap ahli badar Al-Kubra diketahui nama, nama bapa mereka dan dari kabilah mana. Di mana Nabi Khidir? Jawapannya, Nabi Khidir telah wafat pada ketika itu. FirmanNya lagi: "Dan Kami (Allah) tidak menjadikan hidup kekal bagi seseorang manusia pun sebelum engkau (Muhammad)." (Surah Al-Anbiya': ayat 34) Diriwayatkan dari Imam Ahmad ibn Hanbal, dari Mujahid r.a , dari As-Syi'biy r.a, dari Jabir r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Demi diriku berada dlm kekuasaanNya, seandainya Musa A.S masih hidup, sudah pasti dia (Musa A.S) akan mengikut ajaranku." Di dlm Kitabul Fitan, Jami'us Sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan bahawa Nabi Isa akan solat di belakang imam dari umat ini (Umat Muhammad S.A.W). Penutup, Website darul Nukman hanya menyiarkan separuh cerita sahaja. Oleh itu, rujukan drpd internet ada keburukan tersendiri dan pastinya kenalah kita berhati-hati. Oleh itu, wajar kita rujuk kpd buku asli agar fitnah dapat dijauhi. Jumhur Ulamak mengatakan Khidir telah wafat. Hanya minoriti ulamak (sedikit bilangan) mengatakan yg dia masih hidup. Semoga ini akan menjernihkan yg keruh. Wallahua'lam. --------------------------------- Sani Norku Wrote: >> Dipetik dari laman Darul Nuqman >> http://www.darulnuman.com/coretan/coretan24.htm ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>