*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Abu Az-Zuhri wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum warahmatullah,
>
> Pertama,
> Saya tidaklah menyokong mana-mana pihak dlm soal ini. Buku yg disebut oleh
> Saudara Sani bukanlah karangan asal Ibn Hajar Al-Asqalani. Kalau tak percaya
> saudara Sani boleh beli buku tersebut berharga RM5.00. Ini kerana saya
> sudahpun memiliki buku tersebut. Buku tersebut adalah buku yg ditahqiq
> (dinilai kebenarannya) oleh Majdi Sayed Ibrahim dan diterjemahkan oleh Drs.
> Syahrin Nasution. Ia juga adalah hasil campuran dinukilkan dari  Abu Jakfar
> b. Munadiy, Ibn Hajar Al-Asqalani dan Ibn Jauzi (rujuk mukaddimah buku
> tersebut).
>
> Kedua,
> Buku tersebut menyenaraikan 2 pendapat iaitu Nabi Khidir telah wafat dan
> Nabi Khidir belum wafat. Walaubagaimanapun, Pentahqiq buku itu cenderung kpd
> pendapat Nabi Khidir telah wafat (Rujuk muka surat 94).
>
> Ketiga,
> (i). As-syahid Sayyid Qutb dlm tafsirnya (Fi Zilalil Quran) menyatakan
> Khidir bukannya nabi tetapi seorang hamba Allah yg salih spt Luqman
> Al-Hakim.
>
> (ii). Yusuf Al-Qardhawi dlm fatwa al-mua'sirah (Jilid 1 & 2: Muka surat 310
> hingga 315) mengatakan bahawa Khidir telah wafat.
>
> (iii). Imam Bukhari rh. dan Imam Ahmad rh. juga berpendapat Khidir telah
> wafat.
>
> (iv). Imam Bukhari rh. diriwayatkan telah ditanya mengenai Khidir, adakah
> Khidir masih hidup? Beliau (Imam Bukhari) menjawab: "Bagaimana ini boleh
> berlaku sedangkan Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak akan kekal manusia(slps
> Umat Muhammad) di muka bumi sehingga seratus tahun."
>
> (v). Ibn Hajar Al-Asqalani, Ibnul Manawi, Ibrahim Al-Harabiy, Abu Tahir
> Al-Ubaddi, Abul Ya'la Al-Hanbali, Abu Fadhal Ibn Nasir, Al-Qadi Abu Bakar
> Al-Arabiy, Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Qayyim dll adalah senarai ulamak
> yg berpendapat Khidir telah wafat.
>
> Dalil-dalil yg dijadikan sandaran:
> Firman Allah S.W.T:
> "Dan (ingatlah) ketika ALlah mengambil perjanjian dgn para Nabi: "Sungguh
> apa shj yg aku berikan kpd kamu berupa kitab dan hikmah, kmdn datang kpd
> kamu seorang rasul yg membenarkan apa yg ada pada kamu, nescaya kamu akan
> beriman kpdnya dan menolongnya. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan
> menerima perjanjian-Ku terhadap yg demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami
> mengakui." Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (wahai para Nabi) dan
> Aku menjadi saksi pula bersama kamu." (Surah Al-Imran: ayat 81)
>
> Tarjih: Maksudnya para Nabi berjanji kpd ALlah S.W.T bahawa sekiranya datang
> seorang rasul bernama Muhammad S.A.W, mereka akan beriman kpdnya dan
> menolongnya. Ibnu Abbas R.A berkata mengenai ayat ini: "Tidaklah ALlah
> mengutus seorang Nabi melainkan membuat perjanjian dgnnya iaitu jika
> diutuskan Muhammad sedangkan dia (para Nabi), maka akan beriman kpdnya dan
> berjanji akan menolongnya."
> -Sekiranya Khidir masih hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W sudah tentu, dia
> akan membantu dan menolong Nabi Muhammad. Nabi Muhammad S.A.W diriwayatkan
> pernah berdoa ketika perang badar Al-Kubra:
> "Ya Allah! Sekiranya Engkau tidak menghancurkan mereka, nescaya Engkau tidak
> disembah lagi."
> Pada ketika itu tentera Islam bilangan yg sedikit 313. Setiap ahli badar
> Al-Kubra diketahui nama, nama bapa mereka dan dari kabilah mana. Di mana
> Nabi Khidir? Jawapannya, Nabi Khidir telah wafat pada ketika itu.
>
> FirmanNya lagi:
> "Dan Kami (Allah) tidak menjadikan hidup kekal bagi seseorang manusia pun
> sebelum engkau (Muhammad)." (Surah Al-Anbiya': ayat 34)
>
> Diriwayatkan dari Imam Ahmad ibn Hanbal, dari Mujahid r.a , dari As-Syi'biy
> r.a, dari Jabir r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Demi diriku berada
> dlm kekuasaanNya, seandainya Musa A.S masih hidup, sudah pasti dia (Musa
> A.S) akan mengikut ajaranku."
>
> Di dlm Kitabul Fitan, Jami'us Sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan bahawa
> Nabi Isa akan solat di belakang imam dari umat ini (Umat Muhammad S.A.W).
>
> Penutup,
> Website darul Nukman hanya menyiarkan separuh cerita sahaja. Oleh itu,
> rujukan drpd internet ada keburukan tersendiri dan pastinya kenalah kita
> berhati-hati. Oleh itu, wajar kita rujuk kpd buku asli agar fitnah dapat
> dijauhi. Jumhur Ulamak mengatakan Khidir telah wafat. Hanya minoriti ulamak
> (sedikit bilangan) mengatakan yg dia masih hidup.
>
> Semoga ini akan menjernihkan yg keruh.
>
> Wallahua'lam.
>
> ---------------------------------
> Sani Norku Wrote:
> >> Dipetik dari laman Darul Nuqman
> >> http://www.darulnuman.com/coretan/coretan24.htm
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Khairi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke