*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Rizal menulis: >Saya hendak bertanya tentang sumber kewangan, bagaimana tiger >dapat membeli sejumlah buku dalam berbagai-bagai bidang, begitu >juga tentang pembahagian masa. Maafkan saya kerana poskan jawapan ini ke HizbiNet. Oleh kerana kemungkinan besar saya hanya di sini buat sementara, eloklah saya ceritakan sesuatu sebagai diambil pengajaran. Yang penting, kita mesti ingat bahawa agama Islam ialah agama dakwah. Islam adalah berasaskan ilmu. Oleh itu, adalah penting bagi setiap individu Islam menghiaskan dirinya dengan ilmu. Barangkali ini adalah kerana sikap saya semenjak kecil lagi suka membaca. Buku-buku yang saya kumpulkan mengambil masa 25 tahun. Selama jangkamasa itu sudah cukup untuk saya menimba ilmu. Cuma yang penting ialah kita mengamalkan tabiat suka membaca. Membaca secara meluas adalah mustahak kerana ia menghapuskan sifat "jahil" atau "kurang tahu". Saya masih ingat pesanan Tok Guru Nik Aziz pernah berpesan. Katanya kita semua orang Islam adalah pendakwah. Kita kena berdakwah kepada orang yang belum Islam. Untuk melaksanakan tugas ini, kita mestilah menjadi "cerdik" atau orang bukan Islam yang memandang kita sebagai gambaran orang cerdik. Biasanya orang bukan Islam tidak suka bermuzakarah dengan orang yang kurang cerdik. Pesan Nik Aziz, sebaik-baik cara ialah kita hendaklah meluaskan pembacaan, bacalah apa sahaja yang baik. Saya masih lagi ingat tentang satu cara Nabi kita berdakwah. Ada seorang Arab kafir mencabar Rasulullah bergusti dengannya. Nabi kita sanggup bergusti dengannya tetapi dengan syarat orang Arab itu mesti berjanji memeluk Islam jika Nabi dapat mengalahkannya. Dia berjanji dan dikalahkan oleh Rasulullah dalam bergusti, kemudian dia masuk Islam. Zaman internet, kita sudah berpeluang lebih besar menjalankan dakwah. Memang ada banyak forum diskusi antarabangsa. Ramai orang bukan Islam masih tidak tahu apakah Islam dengan jelas. Inilah satu peluang baik untuk kita menyampaikan dakwah Islam. Bayangkan betapa pentingnya mesej Islam yang kita hendak sampaikan kepada mereka mestilah cukup kemas, ilmiah dan bernas. Oleh itu memiliki ilmu yang luas dalam berbagai bidang adalah mustahak. Lebih-lebih lagi diskusi itu adalah dalam Bahasa Inggeris. Kita mestilah melengkapkan diri kita dengan keupayaan menhuraikan pelbagai ilmu, mengetahui istilah saikoloji, falsafah, ekonomi, sains, matematik, dsbnya. Dalam Forum antarabangsa, kita bertemu dengan berbagai ragam manusia. Mereka berpendidikan tinggi. Ada profesor, saintis, dan biasanya mereka adalah dari golongan intelektual. Satu untung besar pada diri saya ialah mempersembahkan isu-isu berdasarkan hujah-hujah ilmiah. Kita tidak mahu memberi gambaran kepada mereka bahawa kita orang Islam adalah bodoh dan sudah ketinggalan zaman. Fikirlah betapa aibnya jika orang bukan Islam memandang rendah terhadap kita. Kuncinya, kita wajib meluaskan pembacaan. Selama 25 tahun mengamalkan sikap suka membaca, sekarang ilmu saya dapat membantu saya berdakwah melalui internet. Selama 2 tahun menggunakan internet, pengalaman saya telah mengajar saya bagaimana menyampaikan mesej Islam kepada orang bukan Islam. Setakat ini, saya sudah berhasil mengIslamkan 1 rakyat Autralia, 1 rakyat Kanada dan 1 rakyat Amerika. Sekarang saya berehat sekejap untuk membuat persiapan yang lebih lanjut. InsyaAllah saya akan kembali berdakwah pada awal tahun 2001. Kehadiran saya dalam HizbiNet hanya buat sementara. Cuba gambarkan, orang bukan Islam yang berdebat dengan saya adalah orang-orang yang berugama Buddha, Hindu, Ateis, Agnostik, Kristian dan Yahudi. Biasanya orang Kristian yang paling ramai melibatkan diri dalam forum-forum antarabangsa. Masih ramai lagi orang Barat yang ingin tahu tentang Islam. Mereka boleh membaca buku, tetapi timbul di kepala mereka berbagai persoalan. Mereka lebih gemar mengemukan soalan-soalan untuk mengetahui lebih halus apa perkara-perkara yang menjadi tandatanya kepada mereka. Sehingga ada orang Barat pernah ingin tahu tentang apakah pandangan Islam tentang wujudnya UFO? Maka fikirlah ... apa patut kita jawab. Cuma mesej saya untuk semua dalam HizbiNet, (penyokong PAS dan UMNO), jangan abaikan sikap menimba ilmu untuk masa hadapan. Berdakwah akan menjadi aktiviti yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi di zaman internet. TIGER ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>