*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*dua kali send baru masuk.

Assalamualaikum..kawan-kawan.

Kelmarin dulu kita bernafas, semalam kita bernafas, hari ni kita 
bernafas……esok tak tau lagi? Tapi kalau panjang umur, insyaAllah…….bernafas 
le lagi. Sebenarnya mencelah bukan nak cakap tentang bernafas, yang mencelah 
nak sentuh di sini ialah tentang umur kita. Setiap saat…setiap minit….setiap 
jam kita bernafas, bertambah tua le kita. Kalau bahasa yang sedap 
sikit….orang kata makin berumur, kalau nak sedap sikit lagi……orang kata 
bertambah umur atau meningkat umur. Macam mana sekalipun, maksudnya sama 
aje…….tapi, penerimaan dia tak sama. Yang orang tak mahu dengar….pendek 
umur.

Sebenarnya ada baiknya kalau kita sekali sekala ni….kita anggap diri kita ni 
dah tua. Selagi kita dok kata kita masih muda….masih solid molid(kecik molek 
le konon-
kononnya) masih gagah perkasa, lagi tu la kita lupa dunia. Bila kita ingat 
kita dok muda, kalau bagi orang lelaki….tak ada perkara lain lagi nak fikir, 
melainkan macam mana nak kawin dua. Jarang la…orang lelaki nak fikir macam 
mana nak kahwin 3 dan 4, sebab apabila dah berjaya kahwin dua….jadi nak 
kahwin 3-4 dah tahu le….selok beloknya.

Bagi orang pompuan lain cerita pulak. Bila dia orang ingat dia orang masih 
muda, mula la……dah 40 kali sambut hari jadi, tapi dok cerita kat 
member-member dia…..umur baru 29 tahun. Ada sesetengah tu, bila kita tanya 
anak bersekolah tingkat berapa……dia kata umur 6 tahun….baru tadika. Rupanya 
yang dia bagi tahu tu…..umur anak yang bongsu! Lepas tu canang sini sana…… 
“Kalau U nak tahu, I ni….kahwin muda. Anak I baru 
tadika”.ewah..ewahh!Sebenarnya mencelah bukan nak mengumpat atau nak 
mengata, tetapi semata-mata nak bercerita. Jadi maafkan lah mencelah…bagi 
mereka yang terasa.

Bila kita cakap tentang tua ni…..kawan-kawan, mencelah teringat orang-orang 
tua. Ada baiknya sekali sekala kita menyelami kedalam jiwa mereka ni….kan 
kawan-kawan??!! Sebab selama ini kita hanya melihat secara zahirnya sahaja, 
kita nampak kulit yang kendur…..jalan perlahan macam steamroll……masa telan 
makanan, nampak orat tenggok…..waktu berdiri, dia ingat lurus…..rupanya 
bengkok.Tapi perasaan mereka kita tak tahu, mungkin kita tak mengambil tahu, 
ataupun sengaja tak mahu tahu. Ada baiknya kalau kita melawat rumah 
orang-orang tua…..untuk merasai sendiri situasi semasa berada dalam kelompok 
mereka.

Orang tua sebenarnya lebih sensitif jiwa mereka berbanding orang yang muda 
macam mencelah ni. Cuma kesensitifan (betul ke ayat ini…sedara Adam, atau 
nak kena tanya pak samad jugak) kita sebagai orang muda….kita 
tunjuk-tunjuk…..dengan melepaskan geram le…dan sebagainya. Tatapi, orang 
tua-tua ni…dia orang lebih suka memendam rasa, lebih-lebih lagi si nenek 
dibanding dengan tok wan. Banyak perkara-perkara yang boleh kita lihat yang 
mana kerap berlaku dalam masyarakat kita…..yang di luar jangkaan ataupun 
luar pemikiran kita, ianya boleh berlaku.

Apabila kita berbual ke…berbincang ke….atau apa cara sekalipun kita 
berhadapan dengan orang tua-tua, kina kena pandai menggunakan sikologi dan 
pandai berdiplomasi…..walaupun kita tak begitu setuju dengan 
pendapatnya…..supaya apa maksud yang kita samapaikan….tak 
bertembung,walaupun tak sehaluan. Kadang kala, mencelah lihat orang-orang 
tua…lebih suka di layan apa yang nak dicerita.(ni…mencelah dok cerita kat 
kau orang….jangan kata mencelah orang-orang tua pulak!) Kelmarin ada sorang 
tua lalu depan rumah, jadi mencelah menyapa dia`pakcik nak kemana tu…` dia 
pun berhenti. Dia kata `pakcik nak gi ngurut orang` jadi mencelah tanya lagi 
`pakcik pandai ngurut ke?` apa lagi dia pun cerita …sampai mencelah tak 
boleh nak gi mana. Ya tak ya, kena layan le juga! Ada yang cerita dia 
melebih0lebih sangat pun ada, tapi mencelah dengar aje le. Dia kata, ada 
seorang lelaki sakit uluran (orang pompuan ada uluran ke?) lelaki tu dah 
pergi klinik swasta…klinik kerajaan, hospital swasta….hospital kerajaan, 
bomoh sana…bomoh sini, tapi tak pulih juga. Jadi bila lelaki tu datang jumpa 
dia…pakcik tu terkejut, sebab, uluran terok sangat! Sebelah kiri..ok, tapi 
sebelah kanan butir dia..sebesar bola tenis. Jadi pakcik tu kata, no 
problem…..dia pun mula ubati. Dia pun jamah (jamah tu…raba, bukannya makan) 
pakcik tu ambil masa 20 min saje, lepas tu….si lelaki tu terkejut (bukan 
sebab butir dia hilang) uluran dia sembuh terus! Bila pakcik tu tanya dekat 
orang lelaki tu….belah mana awak punya uluran tadi? Lelaki tu tak tahu nak 
jawab….sebab dua-dua belah dah jadi serupa. Mencelah ingat dalam hati, 
pakcik ni jual aku betul.

Adakala orang-orang tua, merajuk…kerana dia kata , anak-anak dia yang lain 
balik kampong….bawa dia pusing-pusing naik kereta, tapi kamu tidak. Adakala 
orang-orang tua merajuk sebab apabila menantu bersalin….tak bawa balik 
tunjuk cucu kat dia dulu. Adakala orang0orang tua merajuk sebab, setiap kali 
raya…..balik rumah pehak sana dulu. Jadi bukan senang nak memahami hati 
orang tua…kalau kita tak mahu berusaha memahaminya. Ok..le, mencelah 
berhenti dulu….dah lengoh jari. (kalau 70 kph lain..le)

[EMAIL PROTECTED]
(HAK CIPTA TERPELIHARA)
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke