*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ASSALAMUALAIKU yang dikasihi....... ILMU TAUHID BERASASKAN KAJIAN SAINTIFIK TUJUAN utama penulisan ini ialah untuk menjelaskan sama ada ilmu Tauhid boleh diasaskan atau tidak kepada kajian saintifik. Bagi menjawab soalan ini perlu terlebih dahulu diterangkan apa yang kita maksudkan dengan ilmu Tauhid dan kajian saintifik serta dijelaskan ruanglingkup masing. RUANGLINGKUP ILMU TAUHID KITA semua sedia maklum bahawa ilmu Tauhid adalah intisari ajaran agama Islam. Ilmu ini merujuk kepada hakikat keesaan Allah SWT. Ilmu Tauhid membicarakan prinsip keesaan Tuhan. Di dalam ketuhanan Islam, Allah adalah Esa dari segi Zat-Nya, Esa dari segi sifat-sifat-Nya dan Esa dari segi perbuatan-Nya. Sumber utama ilmu Tauhid ialah ajaran wahyu seperti yang terkandung di dalam Kitab Suci Al-Qur'an. Allah sendiri memberitahu manusia siapa Dia, apakah sifat-sifat diri-Nya dan apakah aktiviti-aktiviti-Nya. Di dalam hal ini, peranan akal adalah sekadar untuk memahami makna butir-butir diri Tuhan yang Dia sendiri telah maklumkan (tajallikan) kepada kita. Ayat Al-Qur'an yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad!) "Allah Maha Esa (Ahad)", menegaskan keesaan Tuhan dari segi Zat-Nya kerana Allah adalah nama zat Tuhan. Tetapi ayat yang sama turut menegaskan keesaan Tuhan dari segi sifat-sifat-Nya dan dari segi perbuatan-perbuatan-Nya (af'al) kerana Allah adalah nama Tuhan yang serba meliputi. Di dalam nama Allah terhimpun segala sifat Tuhan atau segala nama-Nya yang lain seperti Al-Rahman, Al-Rahim, Al-Hayy, Al-Qudus dan sebagainya. Sifat-sifat Tuhan atau nama-nama-Nya adalah sebenarnya hubungan antara zat Tuhan dan setiap sesuatu selain daripada-Nya. Dengan kata lain, alam semesta mempunyai hubungan dengan Allah menerusi nama-nama-Nya. Malahan alam semesta adalah mazahir (manifestasi) nama-nama Tuhan. Oleh sebab itulah di dalam Al-Qur'an setiap kali Allah menerangkan tentang sesuatu kejadian yang dicipta-Nya Dia sudahi keterangan-Nya itu dengan menyebut satu dua nama-Nya. Sebagai contoh, ayat di dalam surah Yasin yang bermaksud "Dan matahari beredar ke suatu tempat yang sudah ditetapkan baginya; demikianlah ketentuan (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Ada hubungan hakiki antara peredaran matahari dan dua nama atau sifat Allah yang disebutkan di sini. Gerakan matahari dan peredarannya yang mematuhi hukum-hukum tertentu adalah manifestasi keperkasaan dan kebijaksanaan Allah. Pengetahuan manusia yang mendalam tentang peredaran matahari di dalam sistem planet kita akan menimbulkan kesedaran di dalam dirinya tentang kekuasaan dan kebijaksanaan Penciptanya. Al-Qur'an memang menjelaskan bahawa nama Allah juga meliputi segala perbuatan-Nya. Keesaan Allah dari segi sifat-sifat-Nya yang bermakna keesaan Allah dari segi perbuatan-Nya. Menurut Al-Qur'an lagi, demikianlah juga sebaliknya. Kesatuan alam semesta membuktikan keesaan Allah. Sepotong ayat ayat Al-Qur'an mengemukakan hujjah berikut : · "Kalaulah terdapat di kedua-duanya (yakni langit dan bumi) Tuhan-tuhan selain Allah nescaya rosak binasalah kedua-duanya." · [Al-Anbiya' : 22] Ayat ini menegaskan kepada kita bahawa alam semesta wujud dalam keadaan kesatuan atau dalam keadaan teratur, bertertib dan terencana kerana yang menciptanya ialah Tuhan Yang Maha Esa. Dengan kata lain, Al-Qur'an memberitahu manusia bahawa sekiranya mereka mengkaji alam semesta ini dengan teliti serta adil dan saksama (atau objektif, menurut istilah ahli-ahli sains zaman sekarang) maka mereka akan dapati alam ini benar-benar merupakan sebuah kosmos, bukan chaos, yakni alam yang teratur, bertertib dan terencana. Hakikat ini sepatutnya diterima oleh mereka sebagai bukti keesaan Allah. Ajaran agama memberitahu kita bahawa tidak ada sesiapa pun yang dapat mengetahui tentang zat Allah. Hanya Allah yang mengetahui rahsia zat-Nya. Bagaimana pun, ada dua aspek diri Tuhan yang boleh diketahui oleh manusia. Aspek pertama ialah sifat-sifat-Nya dan aspek satu lagi ialah aktiviti-aktiviti-Nya. Sebenarnya dua aspek ini tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Aktiviti Tuhan mencerminkan sifat-sifat-Nya dan sebaliknya pada Tuhan menzahirkan sifat-sifat-Nya menerusi aktiviti-Nya. Di dalam konteks perbincangan kita tentang hubungan antara Tauhid dan sains, adalah penting kita merujuk kepada hakikat bahawasanya manusia boleh mengetahui sifat-sifat dan perbuatan Allah. Suatu soalan yang wajar ditimbulkan di sini ialah adakah sains berkemampuan mencapai ilmu pengetahuan tentang sifat-sifat Allah dan perbuatan-Nya tanpa bantuan agama atau wahyu??? Tentang perbuatan Allah yang samalah maksudnya dengan alam ciptaan-Nya manusia memang mampu mengetahuinya menerusi daya usahanya sendiri, iaitu dengan membuat pencerapan, menjalankan ujikaji dan analisis rasional dan berbagai-bagai lagi bentuk pengajian dan penyelidikan ilmiah. Namun demikian perlu ditegaskan bahawa tanpa bimbingan agama kemampuan sains untuk membongkar rahsia alam semesta ini adalah sangat terbatas. Sains akan memperolehi keupayaan yang lebih besar dan akan mencapai kemajuan yang lebih seimbang apabila kegiatannya disinari dengan cahaya agama. jangan sekali-kali pandangan kita dikaburi oleh kejayaan ajaib yang dicapai oleh sains moden, iaitu sains yang kita ketahui telah membelakangkan agama. Ada beberapa perkara yang patut ada di dalam ingatan kita. Pertama, sains moden tidak bermula daripa tiada dan berakhir dengan segala pencapaian yang menakjubkan seperti yang dapat kita lihat sekarang ini. Sains moden menggunakan tapak sains yang sudah disediakan oleh sains Islam. Dari segi falsafah alam, falsafah manusia dan falsafah ilmu, mungkin sains moden telah berkerat rotan, berputus arang dengan sains Islam dan sains pra-moden yang lain. Tetapi dari segi pengetahuan sains, sains moden adalah kesinambungan daripada sains Islam. Dengan kata lain, sains moden bertitik-tolak daripada pengetahuan saintifik yang sebahagian besarnya adalah sumbangan tamadun-tamadun beragama, khususnya tamadun Islam. Kedua, banyak ahli sains yang membuat sumbangan besar terhadap perkembangan dan kemajuan sains moden adalah individu yang mempunyai kepercayaan agama, sekurang-kurangnya kalau dilihat dari kacamata Islam tentang konsep agama. Tokoh-tokoh sains moden seperti Johannes Kepler, Isaac Newton dan Albert Einstein dan para pengasas ilmu fizik kuantum pada kurun ke-20 ini bukan sahaja menyakini kewujudan Tuhan Yang Maha Esa, malah konsep alam semesta mereka hampir-hampir sama dengan konsep alam semesta di dalam Islam yang berdasarkan ajaran Tauhid. Mereka ini boleh aku sifatkan sebagai ahli Tauhid tanpa Nabi dan Rasul dan tanpa syariah. Di dalam kes Einstein, memang ada hubungan konsep yang jelas antara pemikiran sainsnya dan pandangan Tauhidnya. Ketiga, sains moden baru berusia lebih kurang 350 tahun. Ini suatu usia yang sangat muda barbanding dengan usia sains di dalam kebanyakan tamadun beragama sebelum zaman moden seperti usia sains Islam yang mampu mempertahankan kegemilangannya selama lebih kurang lapan kurun. Walaupun usia sains moden masih muda, tetapi banyak pemerhati masa kini telah mengeluarkan pendapat yang era sains moden sudah berakhir. Teori ilmu dan pandangan alam semesta yang menjadi asas kepercayaan falsafah sains moden sejak kelahirannya pada kurun ke-17M tidak dapat dipertahankan lagi ekoran daripada perkembangan-perkembagan dalaman baru yang dicetuskan oleh sains itu sendiri. Ada pendapat mengatakan manusia Barat sekarang sedang memasuki suatu era baru di dalam sejarah pemikiran sains, iaitu era sains pasca moden. Berdasarkan ketiga-tiga perkara yang saya sebutkan ini saya ingin menegaskan semula kesimpulan berikut. Walaupun sains mampu menghasilkan penemuan-penemuan saintifik baru, merumuskan teori-teori sains baru dan menghasilkan berbagai-bagai bentuk teknologi baru tanpa bantuan agama, namun pencapaiannya tentu lebih besar, keterangan-keterangannya lebih memuaskan kehendak akal manusia dan kemajuannya lebih menguntungkan umat manusia sekiranya ia berpadu tenaga dengan agama. Dalam hal ini aku ingin memetik kata-kata masyhur Einstein : "Agama tanpa sains buta, sains tanpa agama cacat." Bagaimana pula dengan ilmu tentang sifat-sifat Tuhan??? Mampukah sains menemui sifat-sifat Tuhan dengan bergantung semata-mata kepada kaedah saintifik yang sudah terbuk sangat berkesan dan berhasil di dalam bidang pengajian alam lahiriah??? Elok kita bincangkan dahulu secara ringkas sifat sains dan ruanglingkup kajian saintifik menurut fahaman umum dewasa ini. Tetapi sebelum itu kita boleh memberi jawapan berdasarkan ajaran wahyu Islam. Ilmu Ilahiyah (metafizik) atau Ilmu Usuluddin memberitahu kita bahawa wahyu adalah satu-satunya sumber ilmu kita tentang sifat-sifat Allah. Allah sendiri yang mengajar kita nama-nama-Nya atau sifat-sifat-Nya. Kalau Dia tidak memberitahu kita tentangnya maka kita tidak akan mengetahuinya. Adalah di luar kemampuan tabii akal manusia untuk membuat penemuan sendiri tentang sifat-sifat Tuhan. Tetapi setelah kita diberitahu nama-nama-Nya akal kita mampu memahami makna yang terkandung di dalam nama-nama itu. Dan yang pentingnya, menurut Al-Qur'an, ilmu kita tentang sifat-sifat Allah boleh menjadi lebih mendalam dan lebih meyakinkan dengan bertambahnya ilmu pengetahuan kita tentang alam semesta. Tegasnya, andainya kita berIman dengan sifat-sifat Allah yang diwahyukan menerusi Al-Qur'an itu maka sains boleh membantu meningkatkan ilmu kita tentang sifat-sifat Allah. Dengan kata lain, ada peranan bagi sains untuk memantapkan ilmu Tauhid seseorang insan. Wallahu ta'ala a'lam....... TO BE CONTINUED....... Wassalamu....... Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>