*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

1. I'tiqad ASWJ menyatakan bahwa org2 mukmin akan melihat Allah di syurga kelak.

2. "Ketika itu kamu adalah Dia dan Dia adalah kamu" adalah kenyataan yg berbahaya dan 
dekatnya kpd kekufuran..

Allahua'lam, wslm

----- Original Message -----
From: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

> ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......
> 
> 
> Berkenaan ayat :
> 
> "Walillahi masyriqu wal maghribu fahainama tawalla fathamma
> wajhullahi."
> 
> [Al-Baqarah : 115]
> 
> 
> Maksudnya :   "Kepunyaan Allah timur dan barat, lantaran itu ke mana saja
> kamu  menghadap, maka di situ wajah Allah."
> 
> 
> Yang mana satu dikatakan wajah Allah? Adakah rupa manusia itu wajah Allah? 
>  Kenapa tidak terfikir, rupa manusia itu ('arad) tetap binasa, akhirnya 
> hancur berderai dan berbau busuk. Yang kadim wajah Allah tidak ada
> permulaan  dan tidak ada kesudahan. Lupakah kita dengan cerita Nabi Allah
> Musa a.s.?  Yang termaktub di dalam al-Qur'anul Karim, apabila Nabi Musa
> hendak melihat  Allah.
> 
> 
> Firman Allah Ta'ala, bermaksud :
> 
> "Dan tatkala Musa datang di waktu yang Kami tentukan itu dan Tuhannya 
> berkata-kata dengan dia, berkatalah ia : "Wahai Tuhanku! Tunjukkanlah 
> (DiriMu) kepadaku supaya aku melihat kepada-Mu." Ia berfirman "Engkau tidak
>  boleh melihat akan Daku, tetapi lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap pada
>  tempatnya, maka engkau akan melihat akan Daku. Maka tatkala Tuhannya 
> menunjukkan diri kepada gunung tadi, maka (Petunjuk diri) itu jadilah ia 
> hancur dan jatuhlah Musa dengan pingsan. Maka tatkala ia sedar, berkatalah 
>  ia : "Maha Suci Engkau! Aku taubat kepada-Mu dan akulah orang yang pertama
>  berIman."
> 
> [Al-A'raf : 143]
> 
> 
> Tidak mungkin bagi yang baru hendak melihat wajah Allah, kerana masih ada 
> lagi sifat-sifat Ubudiyyat iaitu pancaindera dan kesedaran tentang adanya 
> perasaan keduniaan di sekeliling atau di sekitar alam semesta ini.
> 
> Berkata Abdul Karim al-Jily :
> 
> "Bahawa sesungguhnya soal mencapai Zat Allah atau melihat Allah yang Maha 
> Agung itu ialah kamu tahu Tariqat cara kasyaf terbukanya rahsia Ketuhanan. 
>  Ketika itu kamu adalah Dia dan Dia adalah kamu. Tetapi tidak dalam bentuk 
>  ittihad dan hulul. Bahawasanya hamba tetap hamba, Tuhan tetap Tuhan. Tidak
>  mungkin hamba jadi Tuhan dan tidak mungkin pula Tuhan jadi hamba."
> 
> 
> Wajah Allah tidak serupa dengan rupa manusia, jangan hendak disamakan 
> perkara-perkara yang ada pada diri manusia itu dengan sifat Ketuhanan.
> Ramai  yang tidak mengetahui atau memahami ilmu Tariqat yang sebenarnya dan
> ambil  mana yang boleh. Yang ada berkata tak ada rotan akar pun berguna
> juga,  tetapi tentu ada bezanya rotan dengan akar, kerana tidak sama ialah
> dari  segi benda dan bentuk semulajadinya. Dari itu Wajah Allah tetap Wajah
> Allah  dan rupa manusia tetap rupa manusia.
> 
> Wallahu ta'ala a'lam.......
> 
> Wassalamu.......
> 
> Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>
> 

Free email from http://www.yourmail.cc with choice of domain
and multiple personalities

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ibnu Muhajir" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke