*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......


Berkenaan ayat :

"Walillahi masyriqu wal maghribu fahainama tawalla fathamma
wajhullahi."

[Al-Baqarah : 115]


Maksudnya :     "Kepunyaan Allah timur dan barat, lantaran itu ke mana saja kamu 
menghadap, maka di situ wajah Allah."


Yang mana satu dikatakan wajah Allah? Adakah rupa manusia itu wajah Allah? 
Kenapa tidak terfikir, rupa manusia itu ('arad) tetap binasa, akhirnya 
hancur berderai dan berbau busuk. Yang kadim wajah Allah tidak ada permulaan 
dan tidak ada kesudahan. Lupakah kita dengan cerita Nabi Allah Musa a.s.? 
Yang termaktub di dalam al-Qur'anul Karim, apabila Nabi Musa hendak melihat 
Allah.


Firman Allah Ta'ala, bermaksud :

"Dan tatkala Musa datang di waktu yang Kami tentukan itu dan Tuhannya 
berkata-kata dengan dia, berkatalah ia : "Wahai Tuhanku! Tunjukkanlah 
(DiriMu) kepadaku supaya aku melihat kepada-Mu." Ia berfirman "Engkau tidak 
boleh melihat akan Daku, tetapi lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap pada 
tempatnya, maka engkau akan melihat akan Daku. Maka tatkala Tuhannya 
menunjukkan diri kepada gunung tadi, maka (Petunjuk diri) itu jadilah ia 
hancur dan jatuhlah Musa dengan pingsan. Maka tatkala ia sedar, berkatalah 
ia : "Maha Suci Engkau! Aku taubat kepada-Mu dan akulah orang yang pertama 
berIman."

[Al-A'raf : 143]


Tidak mungkin bagi yang baru hendak melihat wajah Allah, kerana masih ada 
lagi sifat-sifat Ubudiyyat iaitu pancaindera dan kesedaran tentang adanya 
perasaan keduniaan di sekeliling atau di sekitar alam semesta ini.

Berkata Abdul Karim al-Jily :

"Bahawa sesungguhnya soal mencapai Zat Allah atau melihat Allah yang Maha 
Agung itu ialah kamu tahu Tariqat cara kasyaf terbukanya rahsia Ketuhanan. 
Ketika itu kamu adalah Dia dan Dia adalah kamu. Tetapi tidak dalam bentuk 
ittihad dan hulul. Bahawasanya hamba tetap hamba, Tuhan tetap Tuhan. Tidak 
mungkin hamba jadi Tuhan dan tidak mungkin pula Tuhan jadi hamba."


Wajah Allah tidak serupa dengan rupa manusia, jangan hendak disamakan 
perkara-perkara yang ada pada diri manusia itu dengan sifat Ketuhanan. Ramai 
yang tidak mengetahui atau memahami ilmu Tariqat yang sebenarnya dan ambil 
mana yang boleh. Yang ada berkata tak ada rotan akar pun berguna juga, 
tetapi tentu ada bezanya rotan dengan akar, kerana tidak sama ialah dari 
segi benda dan bentuk semulajadinya. Dari itu Wajah Allah tetap Wajah Allah 
dan rupa manusia tetap rupa manusia.

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke