*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrt.

sdr/sdri, berikut adalah e-mail dari selatan filipina.
Sdr Dr Datu Bandira Datu Alang adalah ketua penerangan
PAS Sabah. Beliau banyak membuat kajian tentang
perjuangan Islam di selatan Filipina. Dr Datu Bandira
Datu Alang adalah bekas Pengurus Besar Sabah Fish
Marketing (SAFMA), Pegawai FELDA Sahabat dan
penyelidik di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Beliau adalah
pemegang PhD dalam bidang Public Admin.

Di bawah adalah jawapan beliau kepada salah seorang
pelajar di amerika berhubung abu Sayaf.

Diharap dengan penjelasan ini kita lebih maklum siapa
sebenarnya Abu Sayyaf.

Sekian.
dari tanjung aru

------------------------------------------------

Terima kasih kerana mohon pandangan saya mengenai Kes
Penculikan Abu Sayyaf (Tragedi Sipadan)

Untuk makluman, kumpulan Abu Sayyaf adalah sebuah
kumpulan serpihan yang keluar daripada MNLF, kerana
tidak puas hati dengan tindakan Nur Misuari menanda
tangani perjanjian dengan kerajaan Filipina untuk
mewujudkan kerajaan Autonomi Islam Mindanao (Autonomus
Region Muslim Mindanao). 

Kumpulan ini pada mulanya diketuai oleh Abdul Rajak
(Razak) Janjali (salah seorang pemimpin kanan MNLF
ketika itu). Seperti yang sedia dimaklumi bahawa 
pada tahun 1976 Perjanjian Tripoli ditanda tangani
oleh MNLF dengan kerajaan Filipina untuk memberikan
kuasa autonomi terhadap 13 wilayah di Mindanao.
 
Walau bagaimanapun, tidak semua pemimpin MNLF setuju
dengan perjanjian ini kerana ada klausa dalam
perjanjian tersebut menyatakan bahawa perjanjian ini 
dilaksanakan tertakluk kepada persetujuan senate
Filipina. Tambahan pula, perjuangan asal MNLF ialah
kemerdekaan Tanah Moro (Mindanao), bukan setakat 
autonomi. Kepada Salamat Hashim, menerima autonomi
bermakna mengiktiraf Perlembagaan Filipina, kerana
autonomi masih berada di bawah kerajaan federal
Filipina. Lantaran itu Salamat Hashim keluar daripada
MNLF dan menubuhkan MILF (Moro Islamic Liberation
Front) pada tahun 1978 dan mengutip al-quran dan hadis
sebagai teras perjuangan MILF, kerana wawasannya untuk

menubuhkan sebuah negara Islam yang merdeka di
Mindanao.

Manakala Abdul Rajak Janjali pula, meskipun keluar
tetapi tidak begitu menonjol pada mulanya. Hanya di
akhir 80an barulah muncul Abu Sayyaf dan sering
dikaitkan dengan keganasan seperti pengeboman
tempat-tempat awam, penculikan, peras ugut dan
sebagainya. Itulah beberapa siri aktiviti yang pernah
dilakukan sebelum ini. Pada tahun 1990 apabila ARMM
(Autonomus Region Muslim Mindanao) ditubuhkan dan
hanya terdiri daripada empat wilayah iaitu Lanao del
Sur, Maguindanao, Sulu dan Tawi-Tawi kumpulan ini
menjadi aktif. 

Namun pada ketika itu tidak seberapa menonjol
keganasannya kerana gabenor ARMM pada ketika itu ialah
Lininding Pangandaman. Pada tahun 1996 apabila Nur
Misuari menjadi gabenor ARMM dan sekali gus dilantik
pengerusi SPCPD (Southern Philippines Peace and
Development Council) kumpulan ini menjadi lebih ganas
kerana sebagai protes mereka terhadap tindakan Misuari
yang mengikut dakwaan mereka mengkhianati perjuangan
Moro. Untuk makluman Misuari adalah sama suku kaum
dengan Abu Sayyaf iaitu suku Bangingi. Untuk makluman 
juga pada bulan September ini term Misuari menjadi
gabenor ARMM akan berakhir, dan beliau ingin
mempertahankan jawatannya. 

Walau bagaimanapun, beliau mungkin ditentang oleh
beberapa tokoh lain seperti Dr. Mahid Mutilan 
(kini gabenor Lanao del Sur), Santanina Rasul (dari
Sulu), mungkin juga gabenor Maguindanao, Zacaria
Candao. Dan dipercayai kerajaan federal Filipina ada
juga calon iaitu Ibrahim Gazali.

Berdasarkan situasi di sana, sebenarnya insiden ini
lebih banyak berkisar soal politik dalam Filipina.
Sama ada diantara tokoh-tokoh Islam sendiri, ataupun
antara Islam dengan kerajaan. Tindakan Abu Sayyaf
sesuatu yang sukar ditafsirkan. Tuntutannya agar
diwujudkan negara Islam merdeka di Mindanao sesuatu
yang murni, tetapi adalah matlamat itu menghalalkan
cara. Mungkin saudara semua boleh tafsir sendiri.
Walau bagaimanapun, kita semua harap dapat memberi
kredit kepada MILF yang tidak berganjak di landasan
perjuangan Islam. MILF konsisten dalam perjuangannya
(matlamat dan cara) mencapai wawasan mereka. Untuk
makluman mereka sudahpun melaksanakan undang-undang 
syariah di kawasan-kawasan taklukan mereka.

sekian terima kasih.
dr bandira alang
Tubok - Malabang, Lanao del Sur.




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke