*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

Ada pendapat yg mengatakan MILF tidak sepatutnya bertahan/defensif,  kerana ceasefire 
yg lama akan meluangkan masa utk musuh membina kekuatan dan mengatur strategi. Bagi 
mereka Offensive adalah sebaik-baik defence, dimana musuh tidak sempat membina 
kekuatan, haru biru dan sentiasa ketakutan. Juga jika offensive terus dilakukan, 
bekalan senjata, peluru, logistik, sentiasa diperolehi dr kekalahan pihak musuh. 
Keadaan sekarang dimana MILF banyak kehilangan wilayah dan kekurangan peluru merupakan 
antara sebab sikap defensif MILF.

Abu Sayyaf pula dalam kumpulannya yg kecil berbanding MILF terpaksa melakukan serangan 
secara perang guerilla, sabotaj, raid, serang hendap, bombing, kidnap sebagai cara yg 
effektif.
 
Entahlah, mungkin mereka membaca kitab yg berbeda dan merujuk kpd ulama yg berbeda, 
dan mengikut pendapat yg berbeda, dlm lingkup da'wah dan jihad. Sebagai contoh, ada 
pembahasan di dalam fiqh jihad tntg boleh dibunuh wanita dan anak2 dlm beberapa 
keadaan.

Allahua'lam, semoga Allah memenangkan mereka.

----- Original Message -----
From: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Mon, 29 May 2000 19:48:01 -0700 (PDT)
Subject: H-Net* Abu Sayyaf  ? oleh Dr Datu Bandira 

> Assalamualaikum wrt.
> 
> sdr/sdri, berikut adalah e-mail dari selatan filipina.
> Sdr Dr Datu Bandira Datu Alang adalah ketua penerangan
> PAS Sabah. Beliau banyak membuat kajian tentang
> perjuangan Islam di selatan Filipina. Dr Datu Bandira
> Datu Alang adalah bekas Pengurus Besar Sabah Fish
> Marketing (SAFMA), Pegawai FELDA Sahabat dan
> penyelidik di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Beliau adalah
> pemegang PhD dalam bidang Public Admin.
> 
> Di bawah adalah jawapan beliau kepada salah seorang
> pelajar di amerika berhubung abu Sayaf.
> 
> Diharap dengan penjelasan ini kita lebih maklum siapa
> sebenarnya Abu Sayyaf.
> 
> Sekian.
> dari tanjung aru
> 
> ------------------------------------------------
> 
> Terima kasih kerana mohon pandangan saya mengenai Kes
> Penculikan Abu Sayyaf (Tragedi Sipadan)
> 
> Untuk makluman, kumpulan Abu Sayyaf adalah sebuah
> kumpulan serpihan yang keluar daripada MNLF, kerana
> tidak puas hati dengan tindakan Nur Misuari menanda
> tangani perjanjian dengan kerajaan Filipina untuk
> mewujudkan kerajaan Autonomi Islam Mindanao (Autonomus
> Region Muslim Mindanao). 
> 
> Kumpulan ini pada mulanya diketuai oleh Abdul Rajak
> (Razak) Janjali (salah seorang pemimpin kanan MNLF
> ketika itu). Seperti yang sedia dimaklumi bahawa 
> pada tahun 1976 Perjanjian Tripoli ditanda tangani
> oleh MNLF dengan kerajaan Filipina untuk memberikan
> kuasa autonomi terhadap 13 wilayah di Mindanao.
>  
> Walau bagaimanapun, tidak semua pemimpin MNLF setuju
> dengan perjanjian ini kerana ada klausa dalam
> perjanjian tersebut menyatakan bahawa perjanjian ini 
> dilaksanakan tertakluk kepada persetujuan senate
> Filipina. Tambahan pula, perjuangan asal MNLF ialah
> kemerdekaan Tanah Moro (Mindanao), bukan setakat 
> autonomi. Kepada Salamat Hashim, menerima autonomi
> bermakna mengiktiraf Perlembagaan Filipina, kerana
> autonomi masih berada di bawah kerajaan federal
> Filipina. Lantaran itu Salamat Hashim keluar daripada
> MNLF dan menubuhkan MILF (Moro Islamic Liberation
> Front) pada tahun 1978 dan mengutip al-quran dan hadis
> sebagai teras perjuangan MILF, kerana wawasannya untuk
> 
> menubuhkan sebuah negara Islam yang merdeka di
> Mindanao.
> 
> Manakala Abdul Rajak Janjali pula, meskipun keluar
> tetapi tidak begitu menonjol pada mulanya. Hanya di
> akhir 80an barulah muncul Abu Sayyaf dan sering
> dikaitkan dengan keganasan seperti pengeboman
> tempat-tempat awam, penculikan, peras ugut dan
> sebagainya. Itulah beberapa siri aktiviti yang pernah
> dilakukan sebelum ini. Pada tahun 1990 apabila ARMM
> (Autonomus Region Muslim Mindanao) ditubuhkan dan
> hanya terdiri daripada empat wilayah iaitu Lanao del
> Sur, Maguindanao, Sulu dan Tawi-Tawi kumpulan ini
> menjadi aktif. 
> 
> Namun pada ketika itu tidak seberapa menonjol
> keganasannya kerana gabenor ARMM pada ketika itu ialah
> Lininding Pangandaman. Pada tahun 1996 apabila Nur
> Misuari menjadi gabenor ARMM dan sekali gus dilantik
> pengerusi SPCPD (Southern Philippines Peace and
> Development Council) kumpulan ini menjadi lebih ganas
> kerana sebagai protes mereka terhadap tindakan Misuari
> yang mengikut dakwaan mereka mengkhianati perjuangan
> Moro. Untuk makluman Misuari adalah sama suku kaum
> dengan Abu Sayyaf iaitu suku Bangingi. Untuk makluman 
> juga pada bulan September ini term Misuari menjadi
> gabenor ARMM akan berakhir, dan beliau ingin
> mempertahankan jawatannya. 
> 
> Walau bagaimanapun, beliau mungkin ditentang oleh
> beberapa tokoh lain seperti Dr. Mahid Mutilan 
> (kini gabenor Lanao del Sur), Santanina Rasul (dari
> Sulu), mungkin juga gabenor Maguindanao, Zacaria
> Candao. Dan dipercayai kerajaan federal Filipina ada
> juga calon iaitu Ibrahim Gazali.
> 
> Berdasarkan situasi di sana, sebenarnya insiden ini
> lebih banyak berkisar soal politik dalam Filipina.
> Sama ada diantara tokoh-tokoh Islam sendiri, ataupun
> antara Islam dengan kerajaan. Tindakan Abu Sayyaf
> sesuatu yang sukar ditafsirkan. Tuntutannya agar
> diwujudkan negara Islam merdeka di Mindanao sesuatu
> yang murni, tetapi adalah matlamat itu menghalalkan
> cara. Mungkin saudara semua boleh tafsir sendiri.
> Walau bagaimanapun, kita semua harap dapat memberi
> kredit kepada MILF yang tidak berganjak di landasan
> perjuangan Islam. MILF konsisten dalam perjuangannya
> (matlamat dan cara) mencapai wawasan mereka. Untuk
> makluman mereka sudahpun melaksanakan undang-undang 
> syariah di kawasan-kawasan taklukan mereka.
> 
> sekian terima kasih.
> dr bandira alang
> Tubok - Malabang, Lanao del Sur.
> 

----------------------------------------------------------
Free email from http://www.yourmail.cc

==========================  New domains ==========================
@crazy-life.com  @crazy-guy.com  @crazy-girl.net  @yourhotdate.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ibnu Muhajir" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke