*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
Dalam siri 21 kita telah melihat kisah seorang pekerja yang lewat ke tempat
kerja, hampir-hampir  dilanggar kereta. kemudian kita lihat dari pandangan
orang awam. Dalam siri kali ini kita lihat dari sudut ahli psikobiologi
pula.

Berikut adalah urutan fikiran ahli psikobilogi :

1. Pekerja itu lewat ke tempat kerja.
2. Melalui pengalaman yang lepas dia akan dimarahi oleh ketuanya kalau
lewat sampai ke tempat kerja.(........kebetulan pula bossnya seorang wanita
).
3. Oleh itu dia pun berjalan dengan cepat tanpa memberi perhatian kepada
keadaan seliling.
4. Semua organ deriannya "tertutup" pada alam sekeliling.
5. Hon kereta akan mengejutkan deria telinganya. (kalau dia tak dapat
mendengar susah lah sikit...sedar-sedar sudah berada di bawah kereta...atau
sedar-sedar sudah berada di dalam kubur.....lihat betapa pentingnya telinga
...siapa yang beri telinga pada kita ???)
6. Persepsi (perhatian/tumpuan) pekerja tadi dengan cara "dipaksa",
tertumpu kepada rangsangan yang mengejutkan tadi ( siapa yang paksa
???....dipaksa atau ditolong ???)
7. Isyarat bunyi tadi melalui organ telinga akan ditukar kepada bentuk
isyarat elektrokimia. Isyarat itu akan melalui sistem sarafnya dan terus
dihantar ke otak untuk dianalisis dan dibandingkan dengan data-data yang
lampau/terdahulu yang tersimpan dalam ingatan.
(ada atau tidak bunyi hon itu dalam ingatan kita....kalau tak ada...nak
cari mana)
8. Untuk mengenali/mengecam bahaya , pekerja itu perlu mempunyai pengalaman
yang agak sama pada masa yang lalu . 
(kalau dia tak pernah alami keadaan itu (bunyi hon yang kuat)....atau dia
anggap bunyi orang jual ais krim sahaja.....peluang untuk mendapat
kemalangan adalah tinggi...(insuran pun tak ada))
9. Otak akan mengaitkan bunyi dengan keadaan bahaya untuk mengarahkan tubuh
supaya bertindak.
10. Bahagian motor otak akan menghatar isyarat melalui sistem saraf ke
otot-otot kaki untuk bergerak ketempat yang selamat. (rupa-rupanya ada
janakuasa dalam sistem tubuh kita...hebatkan )
11. Untuk menghantar isyarat tersebut, otak harus tahu di mana kaki berada
dan ke mana dia patut pergi untuk menyelamatkan dirinya.
12. Otak harus mempunyai pengetahuan relatif mengenai posisi satu anggota
dengan anggota lain, juga mengenali tempat yang selamat secara relatif
dengan tempat yang berbahaya.
13. Apabila otot-otot kaki digerakkan otok harus mengetahui berapa banyak
tenaga yang diperlukan. Jika dia harus melompat sejauh lima kaki, otak
perlu meaktivasikan (memberitahu/menaktifkan) hormon yang dapat menambahkan
tenaga untuk tujuan tersebut.
14.  Glukos (gula untuk tenaga) harus ditambah supaya meningkatkan tenaga
beliau untuk menjalankan tugas berat yang diperlukan.
15. Pada masa yang sama organ-organ deria yang lain akan memberitahu otak
akan keadaan sekeliling.
- mata akan menanggarkan jarak jauh lompatan melalui pandangan
binokularnya(pandangan keseluruhan dua-dua mata.( kalau lompat jauh sangat
jatuh dalam sungai pula)
-telinga pula akan mendaftarkan bunyi kenderan yang menghampiri pekerja
menandakan keadaan semakin bahaya. (kalau kenderaan itu brek dengan
mengejut...jauh lagi..tak payah lompat pun tak apa...nanti membazir glukos
pula)
16. Hormon epinephirne dan repinephirne (yang ini kita belajar dalam bab
hormon )akan ditukarkan untuk memberi sensasi 'tegang' kepada pekerja tadi.
Dengup jantung menjadi akan menjadi kuat berserta rasa takut,
mempercepatkan lagi dia menyelamatkan diri.

(sekarang apa pandangan anda........siapa hebat sistem tubuh kita hebat
ke...atau Yang mencipta sistem tubuh kita ????)

kalau ahli psikobiologi itu beriman lagi bertakwa maka dia akan buat ulasan
seperti berikut:
1. Betapa manfaatnya Allah menciptakan mata dan telinga, dua deria yang
penting :

Katakanlah:"Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan
penglihatan serta menutup hatimu, siapakah ilah selain Allah yang kuasa
mengembalikannya kepadamu" Perhatikanlah, bagaimana Kami berkali-kali
memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap
berpaling (juga). (QS. 6:46)

Katakanlah:"Siapakah yang memberi rezki kepadamu dari langit dan bumi, atau
siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah
yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mengeluarkan yang mati
dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan" Maka mereka
menjawab:"Allah". Maka katakanlah:"Mengapa kamu tidak bertaqwa
(kepada-Nya)?" (QS. 10:31)

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui
sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar
kamu bersyukur. (QS. 16:78)

2. Sistem tubuh kita cukup sempurna jadi kita kena bersyukur kepada Allah.
(TGMB Kelantan Nik Aziz pernah memberi tahu cara untuk membayar cukai
saraf, atau sistem sendi yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita....iaitu
dengan cara solat sunat Duha...kalau rasa hebat sistem tubuh kita buatlah
solat duha)

3. Benar lah perumpamaan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, umat Islam
sebagai satu tubuh, sakit satu anggota, sakit seluruh tubuh....ditambah
pula kerja sama yang erat antara tubuh badan kita.

4. Allah telah menganugerahkan kepada kita sistem keselamatan yang paling
lengkap dan canggih

dan (juga) pada dirimu sendiri.Maka apakah kamu tiada memperhatikan (QS.
51:21)

sayunya hati kita bila sentiasa mengulangi ayat dalam surah arRahman :

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan; (QS. 55:13)



wassalam



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke