*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




---------- Forwarded message ----------
Date: Tue, 30 May 2000 19:05:58 PDT
From: Parti Rakyat <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED]
Subject: Cili Api 102: Pemimpin BN terus fitnah KeADILan

Cili Api 102

Pedas-Pedas Cili Api
(31hb Mei 2000)

Pemimpin BN Terus Fitnah keADILan

Pilihanraya Kecil Teluk Kemang melihat perlawanan satu lawan satu di
antara 
calon BN (dari MIC) dengan calon BA (dari keADILan). Menjelang hari
mengundi 
pada 10hb Jun, para pemimpin BN tentu sekali akan menggunakan media yang 
dikuasainya untuk menghentam keADILan. Cara kotor yang akan mereka
gunakan 
ialah seperti biasa,   dengan menabur fitnah dan membuat tipu helah
terhadap 
parti itu dan pemimpin-pemimpinnya.

Cerita pemimpin-pemimpin mentohmah dan memfitnah keADILan ini memang
sudah 
lama diketahui, sejak ia ditubuhkan lagi setahun dulu. Tetapi, kini
setelah 
pilihanraya kecil ini diumumkan, fitnah dan tohmah yang baru segera
bermula. 
Media luas melaporkan kononnya ada krisis dalam pimpinan keADILan.
Kebetulan 
beberapa buah laman web telah berhenti dan bertafakur beberapa hari 
kerana 
mendesak Dr Chandra, Timbalan Presiden keADILan dan Haji Anuar Tahir, 
Setiausaha Agung supaya berundur. Inilah yang mereka jadikan asas berita 
besar di muka pertama media mereka.

Sudah beratus-ratus kali  laman-laman web ini mendesak supaya Cek Det,
yang 
mereka gelar sebagai Mahazalim dan Mahafiraun, berundur. Akan tetapi ini 
tidak pernah menjadi berita kecil pun dalam media tersebut. Mengapa? 
Sekarang Cili Api lihat bahawa laman-laman web berkenaan sudah memulakan 
kembali siaran mereka. Adakah ini diberitakan? Adakah cerita palsu
tentang 
krisis pimpinan dalam keADILanitu akan berakhir?

Sejak hari penaman calon,  fitnah telah berpindah pula kepada peribadi
Mohd 
Ezam Nor. Beliau ialah Ketua Pemuda keADILan, dan dalam pilihanraya
Teluk 
Kemang ini beliau  menjadi pengarah pilihanraya. Dua orang bekas ahli 
keADILan yang baru melompat masuk UMNO, semasa Cek Det ke Kedah
batu-baru 
ini, menuduh Ezam melakukan hubungan sulit dengan seorang gadis. Tuduhan 
mereka yang samar-samar dan tidak bertanggungjawab itu dibesar-besarkan 
dalam internet dan juga media.

Barangkali cerita ini akan diteruskan selepas pilihanraya pun nanti.
Cili 
Api rasa tidak perlu hendak komen. Setelah  apa yang dilakukan terhadap 
Anwar Ibrahim Cili Api tidak pelik dengan apa saja yang boleh dilakukan
oleh 
pemimpin dan media BN ini, terutama terhadap orang-orang kuat Anwar.
Semakin 
kuat serangan para pemimpin BN terhadap Ezam semakin nyatalah pengakuan 
mereka bahawa pengaruh anak muda itu semakin meluas dan
tindakan-tindakan 
politiknya semakin berkesan. Lagi pula, membuang masalah untuk membuat
komen 
terhadap dua orang bekas anggota keADILan itu, kerana khabarnya mereka
ini 
menghapi masalah kewangan dan oleh itu mudah saja sudah dibeli.

Pada hari penamaan calon semalam Dolah Badawi mengadakan sidang media.
Dalam 
sidang itu beliau menuduh kononnya keADILan akan menggunakan issu
perkauman. 
Betullah ini perbuatan mengata dulang paku serpih, mengata orang awak
yang 
lebih. Tidak seperti UMNO, keADILan bukannya parti berasaskan kepada
satu 
kaum saja. Tidak seperti UMNO, keADILan mempunyai anggota bukan Melayu
dan 
bukan Islam. Buktinya berlambak untuk menunjukkan pemimpin-pemimpin
BNlah 
yang paling banyak menggunakan issu perkauman.

Tengok saja apa yang mereka lakukan semasa pilihanraya umum tahun lalu. 
Pucuk pimpinan BN telah menggunakan media secara keji dan murahan untuk 
mengapi-apikan sentimen kaum dan menakut-nakutkan terutama sekali 
pengundi-pengundi bukan Melayu. Mereka tuduh jikalau BA menang,
kekacauan 
kaum akan timbul, perniagaan orang Cina dan India akan terancam, dan
orang 
bukan Melayu tidak akan dibenarkan  mengamal agma dan budaya mereka.
Tetapi, 
adakah perkara seperti ini berlaku di Kelantan dan Terengganu selapas BN 
jatuh di sana?

Dollah tuduh keADILan mainkan issu kaum. Sebenarnya dia dan Khalil Yakub 
menggalakkan MIC, PPP dan IPF menggunakan issu  kaum di kalangan orang
India 
supaya menyokong calon BN dari MIC itu. Memang sudah menjadi kebiasaan
pucuk 
pimpinan BN menuduh musuhnya membuat sesuatu yang buruk. Pada hal
merekalah 
yang melakukan perbuatan itu. Di Sanggang dulu dan juga di Telok Kemang 
sekarang Dollah dan Khalil tuduh BA mengamalkan sogokan. Apa kekayaan
yang 
ada pada BA untuk menyogok? Sebaliknya, selama ini BNlah yang paling
banyak 
menyogok dengan menggunakan politik wang.

Begitu juga semasa di Sanggang dulu BN menuduh BA menggunakan 
pelajar-pelajar universiti untuk berkempen. Pada hal BNlah yang paling 
banyak melakukannya. Dua tiga bas mahasiswa dari Universiti Utara
diangkut 
oleh BN untuk berkempen dan menjadi anak angkat di Sanggang. Selepas 
kemenangan di Sanggang, Cek Det tuduh hampir seribu pengundi dipindahkan
ke 
tempat lain. Tetapi siapa yang memindahkannya? Dapatkah dipindahkan
jikalau 
tidak dengan kerjasama SPR? Adakah SPR berani melakukannya tanpa arahan
dari 
pihak atas? Nampaknya, kali ini di Teluk Kemang, ramai pengundi yang 
dipercayai penyokong BA akan dipindahkan ke tempat lain dan tidak boleh 
mengundi. Ini untuk membolehkan BN menang besar.

Cili Api harap pengundi-pengundi Teluk Kemang tidak akan tertipu oleh
segala 
fitnah, momokan dan  tipu helah pemimpin-pemimpin BN itu. Cili Api harap 
mereka akan membuat perubahan.

Cili Api






________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com



--------------------------------------------------------------------------------
To unsubscribe, send a blank message to
<[EMAIL PROTECTED]>
or go to <http://www.malaysia.net/lists/sangkancil>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke