*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ---------- Forwarded message ---------- Date: Tue, 30 May 2000 03:03:19 PDT From: Parti Rakyat <[EMAIL PROTECTED]> To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] Subject: Cili Api 101: Penamaan calon Teluk Kemang Cili Api 101 Pedas-Pedas Cili Api (30hb Mei 2000) Penamaan Calon Teluk Kemang Semalam Cili Api ke Teluk Kemang untuk menyaksikan penaman calon bagi pilihanraya kecil Teluk Kemang pagi ini. Selepas asar semalam Cili Api pusing-pusing kawasan untuk melihat suasana. Nampaknya banyak bilik gerakan BN yang telah didirikan, tetapi yang BA/keADILan masih kurang lagi. Poster, bendera dan papan iklan BN sudah banyak dinaikkan di merata tempat. Hampir semua yang bergambar mempamerkan wajah Dr M @ Cek Det dan Mat Esa. Agaknya mereka hendak tenggelamkan hakikat siapakah sebenarnya yang bertanding. Cili Api diberitahu semuanya telah dinaikkan lebih daripada semingu lalu. Khabarnya BN telah kontrakkan segalanya kepada swasta. Mereka boleh buat begini sebab wang banyak. Cili Api nampak siang-siang lagi BN tidak menghomati undang-undang mereka sendiri. Kalau mengikut undang-undang, poster, bendera dan papan iklan ini hanya boleh dipasang pada dan selepas hari penamaan calon. Itulah susahnya. Mereka ingat boleh buat apa suka saja. Cek Det dan BN segalanya boleh. Kalaulah BA yang melanggar undang-undang itu tentulah BN dan SPR akan buat heboh. Cili Api percaya lebih banyak lagi undang-undang yang akan dilanggar oleh BN. Tentu sekali perbelanjaan mereka untuk pilihanraya ini akan mencecah berpuluh, bahkan beratus kali ganda, had RM50,000 yang ditetapkan. Pagi ini, apabila sampai ke tempat berkumpul, sebelum berarak ke tempat penamaan calon, Cili Api lihat sudah berlaku ketidakadilan. Pihak berkuasa menetapkan padang letak kereta dan jalanraya untuk BN. Mereka boleh terus berjalan kaki menuju hadapan tempat penamaan calon itu, di mana mereka boleh melihat dan mendengar semua yang berlaku. Sebaliknya, orang BA diberikan jalan belakang yang lebih sempit. Mereka terpaksa berjalan jauh sedikit dan diberhentikan oleh pihak polis jauh di belakang pejabat daerah, tempat penamaan calon itu. Mereka tidak nampak dan kadang-kadang tidak dengar apa yang berlaku. Cili Api lihat ramai sekali pemimpin dan penyokong BN yang telah dibenarkan masuk ke dalam kawasan berpagar pejabat itu, hampir semuanya tanpa apa-apa pas. Tetapi sebaliknya, para pemimpin BA diberi pas “jabatan haiwan” untuk membenarkan mereka masuk. Beribu-ribu anggota dan penyokong BA tidak dibenarkan masuk. Beberapa orang pemimpin BA membantah kepada pegawai-pegawai tinggi polis yang berada di situ. Mereka berkata mereka tidak boleh buat apa-apa sebab ini keputusan SPR. Pegawai-pegawai SPR pula tidak dapat ditemui. Hanya kira-kira 15 minit sebelum nama-nama calon diumumkan, barulah para penyokong BA ini dibenarkan beredar ke depan sedikit. Perkara ini mungkin dilihat kecil saja. Tetapi, jikalau dalam perkara kecil pun SPR tidak boleh berlaku adil, bagaimana pula dengan perkara besar. Satu perkara yang agak besar ialah tentang undi pos. Lazimnya, dalam keadaan terhimpit, BN bergantung kepada undi pos untuk menentukan kemenangan mereka. Misalnya, dalam pilihanraya lalu, Najib anak Tun Razak telah menang dengan 241 undi saja. Yang membantunya ialah undi pos. Itu sebab ramai orang menganggap Najib ini bukan sebagi wakil rakyat, akan tetapi wakil pos saja. Di Teluk Kemang ini ada kira-kira 5,000 orang pengundi pos. Mereka akan mengundi dua hari sebelum hari pengundi pada 10 Jun. Kemudian undi mereka akan disimpan di pejabat daerah. Kita tahu pihak calon atau wakil daripada parti-parti calon tidak boleh melihat proses pengundian itu. Banyak kongkalikong boleh berlaku. Adakah semua pengundi pos ini akan mengundi sendiri? Apabila undi mereka disimpan di pejabat pegawai daerah selama dua hari siapakah yang boleh menjamin penipuan tidak akan berlaku? Nampaknya SPR ini perlu direformasikan. Berbalik kepada soal penyokong-penyokong tadi, nampaknya lebih ramai penyokong BA yang datang (tak kurang 5000 orang), dengan membawa lebih banyak bendera. Kebanyakan bendera ialah bendera keADILan, tetapi kelihatan juga bendera PAS, DAP dan PRM. Tentang BN pula, bendera yang banyak sekali ialah dari PPP dan IPF, dan sedikit sekali bendera BN. Dan mengapa tidak banyak bendera MIC dan tidak ada bendera MCA? Orang MCA hampir tidak kelihatan. Mengapa? Belum terima wang yang cukup lagikah? Cili Api mendoakan pengundi-pengundi Teluk Kemang akan membuat perubahan. Bak kata Wan Azizah, Teluk Kemang ini selalu dihubungkan dengan melihat anak bulan untuk menentukan permulaan bulan puasa. Beliau harap rakyat Teluk Kemang akan mengundi lambang anak bulan. Hebat juga, bukan? Cili Api ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com -------------------------------------------------------------------------------- To unsubscribe, send a blank message to <[EMAIL PROTECTED]> or go to <http://www.malaysia.net/lists/sangkancil> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>