*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......

Semoga anda berilmu, berlapang dada dan rasional apabila membaca setiap 
penulisan saya ini.

Biar jiwa (hati) kita menguasai nafsu dan bukannya nafsu menguasai jiwa!

AJLAQ


                 Epistemologi (Theori Ilmu)- Final!



· Ciri-Ciri Ilmu Keruhanian Atau Ilmu Rasa


Ciri-ciri Ilmu Rasa atau Ilmu Keruhanian ini adalah seperti berikut :

1. Ilmu Rasa ini semulajadi. Ilmu akal diperolehi atau dipelajari. Ilmu Rasa 
ini adalah limpahan Ketuhanan (al-fayd al-ilahi) yang menyinari diri atau 
wujud sekalian makhluk. Ianya terzahir dalam Manusia dalam keadaan mistik 
(keruhanian) tertentu, misalnya dalam keadaan fikiran yang sempurna tenang 
dan pasif. Ini buklanlah hasil dari sebarang amalan (praktik) atau disiplin. 
Ianya terletak dalam hati (jiwa) manusia yang paling dalam dan dasar sekali.

2. Ilmu ini bukan menurut akal. Ianya tidak boleh diakal-akali. Kita tidak 
boleh menggunakan akal semata untuk menguji sah atau tidaknya. Jika Nabi 
atau Wali mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan akal kita, maka 
kita hendaklah mengesahkannya. Akal tidak boleh mengambil peranan di sini. 
Akal boleh jadi betul, boleh jadi salah. Akal itu bukan ma'sum. Kebenarannya 
adalah kebetulan saja. Akal saja tidak boleh masuk campur dengan ilmu 
Ketuhanan atau cuba mentafsirnya.

3. Ilmu ini menzahirkan dirinya dalam bentuk Nur (cahaya) yang menyinari 
setiap bahagian hati (jiwa) si Sufi apabila ia mencapai satu derajat 
pembersihan jiwa yang tertentu. Disiplin (cara-cara latihan keruhanian) 
hanya perlu untuk membantu membuangkan hijab (tabir) yang menghalang hati 
itu untuk menerima ilmu yang hakiki itu.

4. Ilmu ini hanya dianugerahkan kepada orang-orang tertentu. Sudah 
ditakdirkan seseorang itu mendapat ilmu yang demikian. Segala sesuatu itu 
telah ditetapkan terlebih dahulu. Seseorang waliyullah itu telah sememangnya 
ditakdirkan menjadi Waliyullah. Orang yang ditakdirkan menjadi Wali tidak 
akan dapat martabat Wali dan tidak akan dapat Ilmu Laduni atau Ilmu Dhawq 
(rasa) itu. Semua itu ditentukan oleh Allah dalam azali lagi. Sebagaimana 
anda dalam ilmu-Nya maka begitu jugalah anda dalam dunia ini.

Firman Allah Ta'ala, bermaksud :

"Tiada seorang pun di antara kami melainkan mempunyai kedudukan yang 
tertentu."

[Asy-Syaffat : 164]

Oleh yang demikian, yang dimaksudkan dengan kasyaf (pembukaan jiwa) ialah 
menimbul atau menyedarkan kesedaran Ketuhanan (divine consciousness) yang 
sedang tidur dalam hati (jiwa) seseorang insan itu. Apabila hijab itu 
tersingkap, "mata hati" itu melihat segala sesuatu, yang hakiki dan yang 
mungkin, yang kekal dan yang sementara sebagaimana sesuatu itu sebenarnya 
dalam keadaan terpendam (thubut) dalam azali.

5. Ilmu yang biasa hanya memperolehi pengetahuan yang mungkin (bukan 
hakiki). Tetapi ilmu dhawk (ilmu laduni) memperolehi ilmu yang hakiki. Ilmu 
yang biasa itu objeknya ialah bayangan Yang Hakiki - Alam Fana ini. Ilmu 
Laduni itu objeknya Yang Hakiki itu sendiri. Hanya satu cara saja mendapat 
pengetahuan demikian iaitu secara "Syuhud" (pandangan langsung) tentang 
segala hakikat. Ilmu Allah itu bercorak Syuhud dan begitu jugalah ilmu 
orang-orang yang dikehendaki-Nya berilmu sedemikian.

6. Ilmu Laduni atau Ilmu Dhawq (Rasa) ini serupa dengan ilmu Allah. Bezanya 
ialah Ilmu Allah itu tidak terhad tetapi ilmu si Sufi itu terhad. Meskipun 
nampaknya pelbagai jenis, tetapi pada hakikatnya satu jua. Ianya adalah Ilmu 
Allah dan ini terbukti dengan fakta bahawa tiada siapa pun yang mencapainya 
kecuali ia telah mencapai maqam kesufian di mana Ilmu Laduni dibukakan 
kepadanya dan di situ ia menyedari kesatuannya dengan Allah iaitu dalam 
keadaan "fana'" dalam mana Allah menjadi "pandangan", "penglihatan" dan 
semua fakulti (daya semulajadi) si Sufi itu. Ini adalah Ilmu Allah yang 
diperolehi dalam dan melalui Allah. Ini juga ilmu kita tentang-Nya dan 
melalui-Nya (Ma'rifatuka bihi bihi). Ilmu ini juga digelar ilmu berkenaan 
"rahsia qadar" (sirrul-qadar). Ada orang yang tahu rahsia qadar. Mereka tahu 
apa yang terkandung dalam Ilmu Allah, sama ada Allah memperkenalkan mereka 
dengan ilmu-Nya atau dengan membukakan kepada mereka a'yan (hakikat) mereka 
sendiri. Ilmu mereka tentang diri mereka sendiri serupa dengan Ilmu Allah 
berkenaan mereka kerana kedua-dua ilmu itu datang dari sumber yang sama. 
Meskipun ilmu ini nampaknya datang dari pelbagai saluran, namun pada 
hakikatnya adalah dari sumber yang satu jua. Perkara yang mengenal iaitu zat 
(huwiyyah) semua fakulti manusia itu adalah satu dan oleh itu ilmunya juga 
mestilah satu. Nur Suci (juga Wujud Suci) adalah sumber semua ilmu. 
Pancaindera dan semua fakulti manusia adalah alat (media) di mana cahaya 
(Nur) ini menzahirkan dirinya. Hanya Nur itulah Prinsip yang memahami 
(mudrik) dalam semua maujud yang ada kesedaran. Hanya Nur inilah yang boleh 
dilihat dan membuatkan benda-benda lain dapat dilihat.

7. Ilmu ini tidak terperi, seperti deria (sense) pandangan dan perasaan, 
iaitu tidak dapat diketahui kecuali dengan pengalaman yang langsung. Anda 
tidak akan dapat menerangkan ilmu yang dibukakan oleh pengalaman itu, 
seperti menceritakan "merah" kepada si buta. Hanya si Sufi saja faham 
sepenuhnya ilmu ini. Cara menerangkan ilmu ini, sebagaimana yang selalu 
dilakukan oleh orang Sufi, ialah dengan cara kiasan dan ibarat yang 
samar-samar dan sukar difahami.

8. Melalui ilmu ini si Sufi mendapat ilmu tentang Hakikat Yang Sempurna. 
Akal saja hanya mengisbatkat (mengadakan) aspek tanzih (aspek tidak 
tersifatkan) Ketuhanan itu. Si Sufi mengisbatkan tanzih dan tasybih (aspek 
yang disifatkan) Ketuhanan itu. Si Sufi melihat melalui tajalli Ketuhanan 
bagaimana Yang Satu itu menyerap dalam Yang Banyak, dan mengetahui bagaimana 
Yang Satu itu berbeza dari Yang Banyak. Inilah doktrin yang dibawa oleh 
semua agama langit dan diakui benar oleh "awham" (khayalan atau imaginasi). 
Tanzih yang si Sufi isbatkan tentang Tuhan tidak serupa dengan tanzih yang 
dikatakan oleh Ahli-ahli Falsafah. Kemutlakan yang Esa itulah yang dibukakan 
kepada si Sufi dalam "pandangan"-nya. Ini bukan berdasarkan penarikan 
kesimpulan (inference) atau membuat kesimpulan melalui deduksi yang logika. 
Ianya seperti mengenal seseorang itu secara peribadi (personally) tetapi 
akal biasa saja adalah seperti mengenalnya melalui nama saja.

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke