*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saudara Badar baca paper mana ni? Utusan Meloya? Berita hairan? Saudara 
kenal ka sapa tu Dr Lo'lo? - jangana cepat buat kesimpulan, apa lagi kalau 
berita tu dari paper-paper laknat berkenaan. Dr Lo'lo adalah salah sorang 
Ahli Majlis Syura'- -equivalent to UMNO punya MT.....ini bukan sembarangan 
orang.


>From: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Aman Rais : MT: Siapa pilihan Mahathir? Dr.Lo'Lo'???
>Date: Tue, 06 Jun 2000 01:14:59 GMT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Aku terasa mual2 pagi hari minggu semalam semasa membaca suratkhabar. Ada
>cerita pasal perwakilan kaum ibu PAS di muktamar di Teganu. Wakil kaum ibu
>PAS yang bernama Dr. Lo'Lok (kalau di Kelantan atau Teganu, Lo'Lok =
>main2/acah2/tipu) kata kaum wanita dalam PAS disisihkan dan tidak mendapat
>tempat sewajarnya berbanding dengan kedudukan mereka dalam UMNO.Dr."Tipu"
>itu juga kata PAS mengamalkan double standard dalam melayan orang betina,
>sebab pemimpin PAS boleh duduk semeja dan sebangku dengan orang betina dari
>parti lain seperti Marina Yusuf, Irene Fernandez (walaupun tak tutup pusat
>dan kulit perutnya selambakkkkkk keluar) tetapi tak membenarkan pemimpin
>kaum ibu PAS duduk dipentas semasa ceramah atau muktamar PAS sendiri!
>
>Aku tak berapa reti pasal politik sekarang... tapi sekali dua kali
>dengar/baca kenyataan Dr. "Main2" tu, aku rasa beliau tu "lebih UMNO" dari
>si Rafidah Aziz. Kalau para netters semua rasa pendapat aku ni tak berapa
>cukup gula dan garam, maaf jer lah.Tapi rasa aku, si Dr."Acah2" tu tak 
>patut
>bercakap macam tu secara terbuka. Kalau nak buat teguran, biarlah bertempat
>dan dalam mesyuarat J/kuasa misalnya. Kecuali lah beliau nak memprojekkan
>imej dan diri beliau supaya nanti ada yang calonkan sebagai Ketua Dewan
>Muslimah. Alahai...........
>
>
>>From: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: "'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>
>>Subject: H-Net* Aman Rais : MT: Siapa pilihan Mahathir?
>>Date: Tue, 06 Jun 2000 07:45:36 +0800
>>
>>
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>
>>                   June 1, 2000
>>
>>                   TANAHAIRKU
>>
>>
>>                   MT: Siapa pilihan
>>                   Mahathir?
>>
>>                   Kuasa untuk melantik dan memecat
>>                   ahli Majlis Tertinggi terletak
>>                   sepenuhnya di tangan Presiden
>>                   Umno, Datuk Seri Dr Mahathir
>>                   Mohamad. Dalam
>>                   perlantikan-perlantikan lalu, beliau
>>                   menggunakan sepenuhnya budi
>>                   bicara sendiri untuk memilih
>>                   calon-calon yang dirasakannya layak
>>                   untuk mengisi 10 kekosongan dalam
>>                   jawatan tersebut.
>>
>>                   Perlembagaan Umno
>>                   memperuntukkan 35 kerusi MT - 25
>>                   daripadanya diisi melalui pemilihan
>>                   dalam perhimpunan agung
>>                   manakala 10 lagi dilantik oleh
>>                   Presiden.
>>
>>                   Kini Dr. Mahathir sedang berkira-kira
>>                   siapa yang layak dilantik bagi
>>                   mengisi 10 kekosongan itu.
>>                   Katanya, tidak semestinya
>>                   perlantikan itu diumumkan dalam
>>                   mesyuarat MT pada 5 Jun depan. Dr.
>>                   Mahathir kini mahu berunding
>>                   dengan timbalannya, Datuk Seri
>>                   Abdullah Badawi dahulu mengenai
>>                   perlantikan tersebut.
>>
>>                   Seorang tokoh yang rapat dengan
>>                   ibu pejabat Umno berkata,
>>                   sebenarnya tidaklah terlalu sukar
>>                   bagi Dr. Mahathir memilih
>>                   tokoh-tokoh yang sesuai kerana
>>                   terdapat senarai panjang mereka
>>                   yang layak dilantik.
>>
>>                   "Dilema beliau sekarang ialah untuk
>>                   memilih yang terbaik dengan tidak
>>                   menyinggung mana-mana pihak
>>                   terutama para penyokong di
>>                   peringkat akar umbi. Beliau
>>                   terpaksa membuat perkiraan teliti
>>                   bagi mengelakkan tohmahan
>>                   bahawa semua yang dilantik adalah
>>                   orang kuatnya," kata sumber..
>>
>>                   Menurutnya lagi, Presiden Umno
>>                   perlu memilih tokoh-tokoh yang
>>                   dapat membantunya menguatkan
>>                   kembali parti yang semakin reput
>>                   itu. Tokoh-tokoh yang dilantik
>>                   hendaklah mereka yang diterima
>>                   oleh akar umbi, bukannya mereka
>>                   yang hanya tahu mengiyakan
>>                   kata-kata Presiden sahaja.
>>
>>                   Sebanyak 25 kerusi telah diisi
>>                   mengikut selera atau kehendak para
>>                   perwakilan. Pemilihan itu dilihat
>>                   menggambarkan kehendak akar
>>                   umbi yang mahukan perubahan
>>                   dalam parti. Beberapa tokoh
>>                   kontroversi yang pernah tersisih
>>                   daripada arus perdana politik Umno
>>                   seperti Datuk Shahrir Samad dan
>>                   Datuk Ahmad Zahid Hamidi terpilih.
>>
>>                   Pemilihan mereka tidak
>>                   mengejutkan kerana Umno sedang
>>                   dilanda arus baru. Sentimen dalam
>>                   parti mahukan perubahan besar
>>                   pada pucuk pimpinan tetapi hasrat
>>                   ahli Umno untuk melihat perubahan
>>                   yang ketara tidak tercapai apabila
>>                   MT "menasihatkan" jawatan
>>                   Presiden dan Timbalan Presiden
>>                   tidak dipertandingkan.
>>
>>                   Walaupun terdapat percubaan untuk
>>                   mencalonkan Tengku Razaleigh
>>                   Hamzah sebagai Presiden atau
>>                   Timbalan Presiden, namun semua
>>                   usaha itu tidak berhasil. Ku Li tidak
>>                   mendapat jumlah pencalonan yang
>>                   mencukupi dan akhirnya beliau
>>                   tercicir. Beliau juga gagal
>>                   bertanding jawatan Naib Presiden
>>                   walaupun meraih 17 pencalonan. Ku
>>                   Li dilarang bertanding atas sebab
>>                   -sebab teknikal.
>>
>>                   Oleh itu, para perwakilan yang tidak
>>                   puas hati dengan "nasihat" itu
>>                   membuat perubahan dalam barisan
>>                   MT. Hasilnya, tokoh seperti Shahrir
>>                   dan Zahid terpilih. Malah Datuk
>>                   Hassan Ariffin, bekas Timbalan
>>                   Menteri Besar Pahang yang rapat
>>                   dengan bekas Timbalan Presiden,
>>                   Datuk Seri Anwar Ibrahim turut
>>                   memenangi MT.
>>
>>                   Tidak cukup dengan itu, perwakilan
>>                   juga menolak tokoh-tokoh yang
>>                   difikirkan rapat dengan Presiden.
>>                   Datuk Megat Junid Megat Ayub,
>>                   Datuk Shahidan Kassim, Datuk
>>                   Hamid Pawanteh dan ramai lagi
>>                   tokoh yang dilihat sebagai "pak
>>                   turut" tewas dalam pemilihan
>>                   tersebut.
>>
>>                   Berdasarkan senario ini, Mahathir
>>                   mungkin terpaksa mengenepikan
>>                   beberapa tokoh yang disenanginya -
>>                   misalnya Megat Junid, Shahidan,
>>                   Datuk Isa Samad, Datuk Osu Sukam
>>                   dan Datuk Abu Hassan Omar -
>>                   daripada senarai ahli MT yang bakal
>>                   dilantik.
>>
>>                   Osu tidak perlu dilantik kali ini
>>                   kerana sudah terdapat ramai wakil
>>                   Sabah dalam MT. Datuk Lajim Okin,
>>                   Datuk Shafie Afdal dan Datuk Salleh
>>                   Said Keruak sudah memadai untuk
>>                   mewakili suara negeri itu .
>>
>>                   Menurut sumber pejabat Umno lagi,
>>                   Menteri Besar dan Ketua Menteri
>>                   tidak patut dilantik kerana status
>>                   mereka sebagai Pengerusi
>>                   Perhubungan Umno negeri sudah
>>                   melayakkan mereka menghadiri
>>                   semua mesyuarat MT. Tokoh-tokoh
>>                   lain yang tidak mempunyai saluran
>>                   untuk menghadiri mesyuarat MT
>>                   wajar dipertimbangkan oleh
>>                   Presiden.
>>
>>                   Selain itu tindakan melantik mereka
>>                   yang telah ditolak oleh perwakilan
>>                   akan dilihat sebagai
>>                   membelakangkan kehendak ahli-ahli
>>                   parti. Presiden perlu mengambil kira
>>                   arus perubahan yang sedang
>>                   melanda parti itu.
>>
>>                   Mahathir mesti sedar walaupun
>>                   gelombangnya belum cukup kuat
>>                   untuk menumbangkannya, namun ia
>>                   akan menjadi api dalam sekam yang
>>                   boleh memakan dirinya jika tidak
>>                   ditangani dengan baik.
>>
>>                   Oleh itu beberapa tokoh baru yang
>>                   bersih dan "segar" perlu dicari.
>>                   Antara tokoh-tokoh yang
>>                   disebut-sebut akan dilantik ialah
>>                   Datuk Idris Jusoh dari Terengganu.
>>                   Beliau kini merupakan Timbalan
>>                   Pengerusi Perhubungan negeri.
>>
>>                   Bekas Timbalan Menteri Perusahaan
>>                   Awam ini dilihat sebagai tokoh yang
>>                   mampu untuk memulihkan Umno di
>>                   Terengganu. Beliau dilihat sebagai
>>                   seorang yang bersih dan boleh
>>                   bekerja. Idris tidak membawa
>>                   stigma Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad
>>                   dalam permainan poilitiknya.
>>
>>                   Seorang lagi tokoh yang
>>                   disebut-sebut bakal dipilih oleh Dr.
>>                   Mahathir ialah Menteri Besar Kedah,
>>                   Datuk Syed Razak Syed Zain. Beliau
>>                   tidak bertanding dalam pemilihan
>>                   agung lalu dan sebagai seorang
>>                   menteri besar yang baru, beliau
>>                   perlu dilantik ke MT sebagai
>>                   pengesahan terhadap
>>                   kedudukannya.
>>
>>                   Pemerhati politik Umno juga
>>                   menjangkakan dua tokoh yang
>>                   tewas dalam pemilihan Naib
>>                   Presiden - Menteri di Jabatan
>>                   Perdana Menteri, Datuk Dr Rais
>>                   Yatim dan Menteri Besar Johor,
>>                   Datuk Abdul Ghani Othman - akan
>>                   terpilih.
>>
>>                   Rais diperlukan kerana beliau
>>                   adalah seorang pakar
>>                   undang-undang. Nasihat dan
>>                   ideanya diperlukan Umno. Ghani
>>                   pula dilihat sebagai cendekiawan
>>                   dalam parti. Oleh itu beliau
>>                   diperlukan bagi mendapatkan input
>>                   intelektual.
>>
>>                   Selain daripada nama-nama
>>                   tersebut, tokoh-tokoh pergerakan
>>                   Wanita Umno seperti Datuk Dr. Siti
>>                   Zaharah Sulaiman, Datuk Shahrizat
>>                   Jalil dan Dr. Noraesah Mohamad
>>                   juga disebut-sebut akan terpilih.
>>
>>                   Zaharah perlu dilantik jika Dr.
>>                   Mahathir mahu menjaga hati para
>>                   penyokong bekas Ketua Wanita itu.
>>                   Kekalahannya dengan 12 undi
>>                   dalam pemilihan baru lalu
>>                   membuktikan pengaruh beliau
>>                   masih kuat.
>>
>>                   Dr. Mahatahir juga perlu melantik
>>                   Zaharah bagi membuktikan beliau
>>                   benar-benar serius untuk
>>                   menyatukan ahli-ahli Umno.
>>                   Perpecahan dalam Wanita ekoran
>>                   dari tindakan ketuanya, Datuk Seri
>>                   Rafidah Aziz memancung pengikut
>>                   Zaharah dalam perlantikan jawatan
>>                   ketua-ketua wanita negeri perlu
>>                   diubati.
>>
>>                   Shahrizat dan Dr. Noraesah mungkin
>>                   dilantik untuk mengisi kekosongan
>>                   wakil wanita dalam MT. Semua
>>                   calon wanita tewas dalam pemilihan
>>                   MT lalu. Perwakilan wanita telah
>>                   mendesak Presiden supaya
>>                   beberapa wakil mereka dilantik.
>>                   Mahathir tidak boleh lari daripada
>>                   menimbangkan desakan itu
>>
>>                   Para pemerhati politik juga
>>                   mengingatkan bahawa Presiden
>>                   mungkin akan membuat kejutan
>>                   apabila melantik ahli-ahli MT.
>>                   Jangan terperanjat, misalnya Ku Li
>>                   atau bekas penyakong kuat Anwar,
>>                   Datuk Afiffuddin Omar terpilih walau
>>                   mereka menunjukkan sikap
>>                   menentang Dr. Mahahthir.
>>
>>                   Walaupun kedua-duanya tidak
>>                   begitu disenangi, namun
>>                   pemilihannya akan dapat membantu
>>                   membersihkan dan memulihkan imej
>>                   Perdana Menteri. Dr. Mahathir boleh
>>                   menunjukkan kepada ahli Umno
>>                   bahawa beliau tidak berdendam dan
>>                   lebih mengutamakan parti daripada
>>                   perasaannya sendiri.
>>
>>                   Selain itu jika Dr. Mahathir
>>                   bercadang untuk membawa lebih
>>                   ramai orang-orangnya dalam MT,
>>                   mungkin perlantikan Ku Li dan Dr.
>>                   Affifuddin dapat mengimbangi
>>                   pemilihan berat sebelah beliau itu.
>>
>>                   Selain spekulasi mengenai
>>                   pelantikan MT, mesyuarat pertama
>>                   majlis itu pada 5 Jun depan juga
>>                   dijangka akan membincangkan
>>                   perlantikan Ketua Penerangan Umno
>>                   yang baru. Jawatan itu dulu
>>                   disandang Datuk Dr. Yusof Noor.
>>
>>                   Nama yang disebut-sebut akan
>>                   mengambil alih jawatan ialah Naib
>>                   Presiden Umno, Tan Sri Mohamad
>>                   Mohd Taib. Memandangkan beliau
>>                   adalah Naib Presiden sepenuh masa
>>                   dan rapat dengan akar umbi,
>>                   jawatan itu dirasakan sesuai
>>                   untuknya.
>>
>>                   Mahathir terkenal dengan sikapnya
>>                   yang suka membuat kejutan. Oleh
>>                   itu kemungkinan ini tidak boleh
>>                   ditolak.
>>
>>
>>                   AMAN RAIS adalah bekas wartawan
>>                   yang pernah berkhidmat dengan
>>                   beberapa akhbar arus perdana.
>>                   Beliau meninggalkan kerja sebagai
>>                   "pelapor berita-berita prokerajaan"
>>                   dan memilih menjadi wartawan
>>                   bebas bagi mencari wadah
>>                   perjuangan yang lebih terbuka dan
>>                   berkesan.
>>
>>
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "muhammad abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke