*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lo' Lo' dalam bahasa Arab bermakna Mutiara.  Alangkah indahnya mutiara, 
ramai yang ingin memilikinya.  Mahal harganya!  Alangkah!  Pandai Dato' Mohd 
Ghazali menamakan anak - mutiara!

Adapun Dr Lo' Lo' adalah antara barisan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat dan AJK 
PAS Pusat.  Saya baru saja berpeluang bercakap personally dengan Dr Lo' Lo' 
dan bertanyakan issue ini.  Sebenarnya dia doktor saya semasa mengandungkan 
anak yang kedua.  Sebenarnya dia yang dapat kesan masalah sebenar kandungan 
kedua saya setelah Dr Hamid Arshad sendiri tidak perasan masalah saya.

Dr Lo' Lo' sebelum mengeluarkan issu tersebut telah mendapat green light 
dari pimpinan atasan untuk mengetengahkan issue berkenaan.  Sebelum 
dikemukakan, mereka telah mengetahui implikasinya - pasti issue ini akan 
dimainkan oleh pihak sebelah sana untuk memburukkan imej PAS.  Alhamdulillah 
kesannya positif.  Ramai wartawan asing dan parti-parti politik lain 
mengucapkan tahniah atas keberanian Muslimat.  Bukan kerana issue yang 
ditimbulkan tapi kerana keberanian dan kelantangan Muslimat menyuarakan 
pandangan.  Keberanian tersebut menunjukkan Muslimat bukan tukang buat teh 
dan kueh semasa muktamar saja, tapi muslimat juga ada suara dalam PAS.

Dalam kenyataannya Dr Lo' Lo' bukan meminta untuk turut berada di atas 
pentas, tapi mempertikaikan kenapa wanita lain boleh duduk di sana, tapi 
Muslimat dilarang?  Apa hukumnya?  Adakah hukumnya berbeza?  Itu saja.

Teguran ini menunjukkan muslimat bukan jenis pekak badak, membiarkan segala 
yang berlaku dalam PAS berlaku saja depan mata, baik yang maaruf mahupun 
yang munkar.  Kalau nampak tak kena, nak kena tanya pimpinan atas, tindakan 
sebegini, betul ke tak betul? elok atau tak elok?  Ini menunjukkan muslimat 
tidak diam membisu dan tak ada akal memikirkan apa yang berlaku di 
sekeliling mereka.

Tujuan di sebalik tindakan Dr Lo' Lo' itu sudah tercapai.  Wartawan asing 
dan ahli-ahli parti lain membuka mata.  Muslimat PAS bukan calang-calang.  
Muslimat PAS bukan katak di bawah tempurung, Muslimat PAS bukan manusia yang 
jumud dan boleh ditekan.  Muslimat PAS boleh bersuara menegur pemimpin 
mereka dan pemimpin mereka tidak marah ditegur sebaliknya berterima kasih 
atas teguran.  Wanita UMNO berani nak tegur Mahathir?  Ketaq lutut adalah.  
Depan Mahathir pijak semutpun tak mati.  Muslimat PAS hormat pemimpin, tapi 
mana yang dirasa tak kena, ditegur.  Tak apa menegur depan public supaya 
public tahu, itu muslimat yang tegur, jadi orang tak akan memperlekehkan 
muslimat PAS.

Dr Lo' Lo' tak perlu kepada jawatan Ketua Muslimat PAS Pusat.  Ketua 
Muslimat PAS Pusat gajinya lebih kecil dari gaji Pegawai Menjaga Pusat 
Perubatan Kohilal.  Kerjanya lebih banyak dari doktor di Pusat Perubatan 
Kohilal.  Subordinat yang nak dikawal lagi ramai dari kakitangan di Pusat 
Perubatan Kohilal.  Beliau menjadi AJK DMP Pusat dan AJK PAS Pusat kerana 
diminta, dicalonkan oleh perwakilan, tanpa gaji tanpa elaun, tapi beliau 
seronok kerana dengan itu beliau dapat menyampaikan mesej perubatan beliau.  
Dengan mendekati pemimpin PAS Pusat lebih senang beliau monitor kesihatan 
pemimpin PAS Pusat.  Idea beliau yang bernas dalam hal selain perubatan 
menyenangkan pemimpin pusat.  Cukup setakat jadi AJK, tak perlu jadi ketua.





>From: "muhammad abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

>Saudara Badar baca paper mana ni? Utusan Meloya? Berita hairan? Saudara
>kenal ka sapa tu Dr Lo'lo? - jangana cepat buat kesimpulan, apa lagi kalau
>berita tu dari paper-paper laknat berkenaan. Dr Lo'lo adalah salah sorang
>Ahli Majlis Syura'- -equivalent to UMNO punya MT.....ini bukan sembarangan
>orang.
>
>
>>From: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: Re: H-Net* Aman Rais : MT: Siapa pilihan Mahathir? Dr.Lo'Lo'???
>>Date: Tue, 06 Jun 2000 01:14:59 GMT
>>
>>
>>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>Aku terasa mual2 pagi hari minggu semalam semasa membaca suratkhabar. Ada
>>cerita pasal perwakilan kaum ibu PAS di muktamar di Teganu. Wakil kaum ibu
>>PAS yang bernama Dr. Lo'Lok (kalau di Kelantan atau Teganu, Lo'Lok =
>>main2/acah2/tipu) kata kaum wanita dalam PAS disisihkan dan tidak mendapat
>>tempat sewajarnya berbanding dengan kedudukan mereka dalam UMNO.Dr."Tipu"
>>itu juga kata PAS mengamalkan double standard dalam melayan orang betina,
>>sebab pemimpin PAS boleh duduk semeja dan sebangku dengan orang betina 
>>dari
>>parti lain seperti Marina Yusuf, Irene Fernandez (walaupun tak tutup pusat
>>dan kulit perutnya selambakkkkkk keluar) tetapi tak membenarkan pemimpin
>>kaum ibu PAS duduk dipentas semasa ceramah atau muktamar PAS sendiri!
>>
>>Aku tak berapa reti pasal politik sekarang... tapi sekali dua kali
>>dengar/baca kenyataan Dr. "Main2" tu, aku rasa beliau tu "lebih UMNO" dari
>>si Rafidah Aziz. Kalau para netters semua rasa pendapat aku ni tak berapa
>>cukup gula dan garam, maaf jer lah.Tapi rasa aku, si Dr."Acah2" tu tak
>>patut
>>bercakap macam tu secara terbuka. Kalau nak buat teguran, biarlah 
>>bertempat
>>dan dalam mesyuarat J/kuasa misalnya. Kecuali lah beliau nak memprojekkan
>>imej dan diri beliau supaya nanti ada yang calonkan sebagai Ketua Dewan
>>Muslimah. Alahai...........
>>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke